Sabtu, 29 Julai 2023

BERITA BURUK UNTUK KITA SEMUA


Harga makanan dijangka naik lagi 10%-15% bulan depan, kata pengimport


PENGIMPORT memberi amaran rakyat Malaysia akan sekali lagi berdepan kenaikan harga barang makanan berikutan ringgit yang terus melemah berbanding dolar AS, mata wang yang digunakan untuk membayar barangan import.

Kenaikan dalam tariff elektrik industri di semenanjung memburukkan lagi keadaan kerana kos pengeluaran bahan makanan keluaran tempatan – daripada bahan import – bakal bertambah mahal, kata mereka.

Pengerusi Persatuan Kedai Runcit Perak Beh Keat Soon berkata kenaikan itu mungkin berlaku seawal bulan depan.

Pengerusi Persatuan Peniaga Barangan Runcit Klang Tan Teck Hock sementara itu berkata kenaikan itu hanya kesinambungan daripada trend kenaikan yang bermula sejak tiga bulan lalu.

Kenaikan itu paling terasa bagi bahan import, tepung, sos dan makanan dalam tin, kata pengimport.

Beh memberitahu The Malaysian Insight kadar kenaikan itu antara 10% hingga 15%.

Katanya, nilai ringgit yang merosot dan kenaikan tariff elektrik untuk bangunan industri adalah dua faktor punca kenaikan itu.

“Pengimport menggunakan dolar AS dalam berurus niaga dan ringgit makin turun menyukarkan keadaan. Jika ringgit kukuh, perkara seperti ini tidak akan berlaku,” katanya.

Beh berkata peniaga mungkin akan menjual stok lama pada harga lama bagi melengahkan kenaikan harga barangan makanan berkenaan.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan makanan import, beliau berkata kerajaan perlu mula menggalakkan pengilang dan pengeluar tempatan untuk menyokong produk pertanian tempatan.

Sementara itu, Tan berkata harga tepung beras pulut dari Thailand, serta bawang putih dari China mungkin akan naik lagi.

“Apa yang pasti ialah harga sos soya dan gula batu pasti naik bulan depan,” katanya.

Bahan makanan ini kebanyakannya diimport dari China dan Hong Kong, kata Tan. – 29 Julai, 2023.




BILA DOLAR

NAIK NILAI

RINGGIT JATUH

NILAI

AMIN

BARANG MAKANAN

JADI MAHAL

AMIN

PASAL APA

RINGGIT JATUH 

NILAI ?

JENG JENG JENG

PASAI POLITIK

TAK STABIL

KHALAS

Tiada ulasan: