Sabtu, 29 Julai 2023

PEMIKIRAN AMAT BIJAK


BIJAK

KAH KAH KAH

DAYA FIKIR PENUH KELAKAR
AMAT AMAT DI PERLUKAN
DALAM SUASANA 
MALAPETAKA POLITIK
YANG
SEDANG BERCHELARU
KHALAS


MANGSA MAHARAJA BANGUN MELAWAN

Calon DAP kerusi Perai ditentang bekas ahli parti dalam pertembungan 4 penjuru

BUKIT MERTAJAM – Calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai,  S.Sundarajoo berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, 12 Ogos.

Ahli perniagaan dari DAP iberusia 61 tahun tu akan berhadapan bekas ahli parti tersebut, David Marshall yang menggunakan tiket bebas, calon Perikatan Nasional (PN), Sivasuntaram Rajalinggam dan Viknesvary Harikrishnan dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).


David muncul di pusat penamaan calon dengan berpakaian tradisional Jippa dan Dhoti manakala Vikneswary berpakaian sari hijau.

DAP memilih Sundarajoo sebagai calon muka baharu di DUN Perai bagi menggantikan penyandangnya selama tiga penggal, PRamasamy yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang.

Sundarajoo, keputusan untuk menceburi dunia politik adalah mendekati dan menangani isu rakyat.

“Saya memang anak jati Pulau Pinang dan berkecimpung dalam bidang perniagaan lebih 15 tahun dan bukan muka asing untuk masyarakat di Pulau Pinang,” katanya selepas penamaan calon di Sekolah Vokasional Seberang Perai, di sini, hari ini.

Menurut Sundarajjo, beliau yakin mampu menawarkan perkhidmatan terbaik jika terpilih mewakili masyarakat setempat untuk lima tahun akan datang. –

MANGSA 

MAHARAJA

 BANGUN

MELAWAN

KAH KAH KAH

AMIN

RAMASAMY MANA

HILANG 

KAH KAH KAH

PAKAI PROKSI

LAWAN

MAHARAJA 

KAH KAH KAH

KHALAS

MENGOLAH PERSETUJUAN



Jangan guna kaedah berniat jahat, provokasi dalam kempen, kata SPR

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) berkata semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, kecuali kaedah dan bahan kempen yang menyebarkan perasaan jahat, tidak puas hati atau menimbulkan provokasi, kata Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata lambang, simbol atau bendera parti politik calon yang bertanding termasuklah lambang, simbol atau bendera parti politik komponen yang berdaftar secara rasmi atau tidak berdaftar secara rasmi namun menyokong/bersekutu calon parti politik bertanding, adalah dibenarkan untuk dipamerkan secara bersama atau berasingan.

“SPR telah menubuhkan 252 pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya untuk memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon, di Putrajaya hari ini.

Abdul Ghani berkata tiada had ditetapkan kepada gambar bagi parti politik yang bertanding dan gambar pemimpin parti politik komponen, gabungan atau pakatan pada bahan kempen pilihan raya.

Beliau berkata gambar pemimpin parti politik pada bahan kempen termasuklah gambar pemimpin parti politik komponen yang berdaftar secara rasmi atau tidak berdaftar secara rasmi namun menyokong/bersekutu calon parti politik bertanding, boleh digabung atau diletakkan secara berasingan tertakluk kepada bahagian pilihan raya calon atau parti politik yang bertanding.

“Pemimpin yang dimaksudkan adalah individu-individu yang mempunyai apa-apa jawatan di mana-mana peringkat di dalam parti atau parti gabungan atau komponen,” katanya.

Abdul Ghani berkata calon-calon boleh mula berkempen selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga pukul 11.59 malam, 11 Ogos (Jumaat).

“SPR berharap agar aktiviti berkempen berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan,” katanya.

SPR menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – Bernama, 29 Julai, 2023.

SAPA BIJAK

MENGOLAH

PERSETUJUAN

AKAN BERJAYA

AMIN

DI BANTU OLEH

DANA RAKSASA

AMIN

NIAT TEKAD

CITA CITA BAIK

BUKAN BUDAYA

POLITIK UNDI

KHALAS

INI CONTOH SEDEKAH JARIAH !!!


INI BUKAN RASUAH

INI SEDEKAH

 JARIAH 

KAH KAH KAH

KHALAS


KEMPEN BERMULA



570 calon bertanding PRN, satu lawan satu di 180 kerusi

SEBANYAK 570 calon bertanding merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya enam negeri pada 12 Ogos ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata 571 kertas pencalonan diterima bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi satu ditolak.

Kertas yang ditolak itu dikemukakan calon Bebas yang menawarkan diri bertanding di DUN Kota Lama di Kelantan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) dan PAS, katanya pada sidang media mengenai urusan penamaan calon PRN dan PRK Kuala Terengganu di Putrajaya hari ini.

“SPR menerima 83 kertas penamaan calon di Kedah, 97 di Kelantan, Terengganu 66, Pulau Pinang (95), Selangor (147), Negeri Sembilan (83) dan PRK Kuala Terengganu dua kertas penamaan,” kata beliau.

Abdul Ghani berkata seramai 168 calon yang bertanding dalam PRN itu adalah daripada Perikatan Nasional (PN),  Pakatan Harapan (PH) seramai 137 calon, Barisan Nasional (BN) seramai 108 calon, 77 calon bertanding mewakili PAS.

Seramai 13 calon bertanding atas tiket Parti Rakyat Malaysia, 19 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), empat calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), dua calon Penang Front Party (PFP), seorang calon Parti Utama Rakyat (PUR) dan 41 orang bertanding sebagai calon Bebas, katanya.

Abdul Ghani berkata pertandingan satu lawan satu yang terlibat dalam PRN membabitkan 180 kerusi, tiga penjuru di 51 kerusi, empat penjuru di 13 kerusi manakala kerusi DUN Lunas, Kedah menyaksikan pertandingan lima penjuru.

“Calon paling ramai bertanding adalah dalam kalangan yang berusia antara 50 hingga 59 tahun iaitu seramai 204,” katanya.

Seramai 111 calon berusia lebih 60 tahun, calon berumur 40 hingga 49 tahun seramai 157, calon berusia 30 hingga 39 seramai 83 orang manakala calon berusia 21 hingga 29 seramai 17 calon, katanya.

Abdul Ghani berkata calon tertua adalah calon PRM di DUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang iaitu Ravinder Singh yang berusia 80 tahun, manakala calon termuda adalah Melanie Ting Yi-Hlin, 23, yang mewakili Muda di DUN Bukit Antarabangsa, Selangor.

Seramai 501 calon yang bertanding pada PRN dan PRK Kuala Terengganu itu adalah lelaki manakala 71 calon adalah wanita, katanya.

SPR menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – Bernama, 29 Julai, 2023.

KEMPEN BERMULA

JANJI DI TABUR

KAH KAH KAH

RASUAH REFORMASI

KLEPTOKRASI

KLUSTER 

MAHKAMAH

DAN PENJARA

PASTI JADI ISU

AMIN

KHALAS

GEDEBE PULANG - POLITIK SIAM MAKIN KACAU


GEDEBE PULANG

POLITIK SIAM

MAKIN KACAU

KHALAS