Sabtu, 29 Julai 2023

MENGOLAH PERSETUJUAN



Jangan guna kaedah berniat jahat, provokasi dalam kempen, kata SPR

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) berkata semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, kecuali kaedah dan bahan kempen yang menyebarkan perasaan jahat, tidak puas hati atau menimbulkan provokasi, kata Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata lambang, simbol atau bendera parti politik calon yang bertanding termasuklah lambang, simbol atau bendera parti politik komponen yang berdaftar secara rasmi atau tidak berdaftar secara rasmi namun menyokong/bersekutu calon parti politik bertanding, adalah dibenarkan untuk dipamerkan secara bersama atau berasingan.

“SPR telah menubuhkan 252 pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya untuk memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon, di Putrajaya hari ini.

Abdul Ghani berkata tiada had ditetapkan kepada gambar bagi parti politik yang bertanding dan gambar pemimpin parti politik komponen, gabungan atau pakatan pada bahan kempen pilihan raya.

Beliau berkata gambar pemimpin parti politik pada bahan kempen termasuklah gambar pemimpin parti politik komponen yang berdaftar secara rasmi atau tidak berdaftar secara rasmi namun menyokong/bersekutu calon parti politik bertanding, boleh digabung atau diletakkan secara berasingan tertakluk kepada bahagian pilihan raya calon atau parti politik yang bertanding.

“Pemimpin yang dimaksudkan adalah individu-individu yang mempunyai apa-apa jawatan di mana-mana peringkat di dalam parti atau parti gabungan atau komponen,” katanya.

Abdul Ghani berkata calon-calon boleh mula berkempen selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga pukul 11.59 malam, 11 Ogos (Jumaat).

“SPR berharap agar aktiviti berkempen berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan,” katanya.

SPR menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – Bernama, 29 Julai, 2023.

SAPA BIJAK

MENGOLAH

PERSETUJUAN

AKAN BERJAYA

AMIN

DI BANTU OLEH

DANA RAKSASA

AMIN

NIAT TEKAD

CITA CITA BAIK

BUKAN BUDAYA

POLITIK UNDI

KHALAS

Tiada ulasan: