Sabtu, 3 Februari 2024

APA SEBAB HUKUMAN NAJIB DI KURANGKAN ?


RAKYAT BERHAK

DIBERI TAHU

SEBAB MUSABAB

HUKUMAN NAJIB

DI KURANGKAN

AMIN 

TANYA KENAPA NAJIB DAPAT DISKAUN ?



Pertikai keputusan Lembaga Pengampunan, Pua kurang ajar – Veteran UMNO

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO tidak boleh menerima kebiadapan melampau bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang memperli dan menyindir keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengurangan hukuman  Najib Razak.

Setiausahanya, Mustapha Yaakub menegaskan, sikap Pua terhadap bekas perdana menteri itu merupakan satu perlakuan kurang ajar dan biadab oleh seorang Cina yang rasis dan berfahaman komunis.

“Kami kesal kerana dia adalah ahli DAP yang menjadi rakan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. Sikap kurang ajar dan biadab Tony ini boleh menjejaskan hubungan suam-suam kuku UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan sekarang.

“Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan tegas ke atas Tony. DAP jangan ingat UMNO menumpang mereka. Tanpa UMNO mana mungkin DAP berada di dalam kerajaan sekarang,” katanya menerusi kenyataan.

Mustapha berkata, veteran UMNO tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti supaya mengkaji semula keberadaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sekarang.

Tegasnya, langkah itu boleh dibuat sekiranya orang-orang seperti Pua yang berada dalam DAP lantang bersuara memperkecil dan memperlekehkan pemimpin UMNO tanpa dikenakan tindakan oleh kepimpinan DAP sendiri.

Semalam, Phua menyindir keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pengurangan hukuman Najib.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Pua dilihat menzahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi sebaris ayat.

Dalam hantaran berasingan, Pua secara sinis turut menyindir Najib dan keputusan pengampunannya itu.

“Bolehkah seseorang menghantar saya ke penjara selama setahun dan sebagai pertukaran, membayar saya RM50 juta, tolong cantik?” katanya.

Terdahulu, hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

Perkara itu diputuskan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 pada 29 Januari lalu.

Urusetia lembaga itu menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, oleh demikian Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurang kepada RM50 juta.





WOIT

BUKAN HANYA

TONI PUA 

PERTIKAI

AMIN

BERJUTA RAKYAT

SAMA PERTIKAI

NAK TAHU MENGAPA

NAJIB DAPAT

DISKAUN

AMIN

APAKAH INI SEMUA

KURANG AJAR ?

KHALAS

SAPA KENCING GEROMBOLAN


SAPA KENCING

GEROMBOLAN ?

AMIN 

KEADILAN DUA DARJAT


KEADILAN

DUA DARJAT

AMIN

Unknown commented on
 "BUKAN CERET BERET"

Najib dapat diskaun sehingga 50 peratus lah, kalau curi billion dapat diskaun 50, kalau curi juta juta dapat diskaun 30 percent, kalau curi ribu ribu mungkin diskaun 20 percent, kalau setakat curi susu, curi tin milo, curi roti, curi beras curi makanan kerana tak ada makanan sorry ya tak ada diskaun, kena hukuman penuh, siap gari siap pakai baju oren ungu siap masuk penjara langsung kah kah kah inilah kejayaan ketuanan Melayu Islam selama ini, cukup hebat semuanya sampailah warganegara asing ketawa terberak dalam seluar kah kah kah



 

NILAI RINGGIT TERUS JATUH


NILAI RINGGIT

TERUS JATUH

AMIN

Unknown commented on
 "JAWAPAN BIJAK DARI MENTERI"

Takut sampai level duit cetak Jepun pokok pisang saja lah nanti, nak teh tarik kena bayar 100,000 pulak nanti kah kah kah, kalau lah bank pun asyik kena curi siang malam, asyik bertukar geng penyeluk geng penyamun geng komisen geng ulamak geng Alphard geng Mercedes mana tak bangkrap negara woit kah kah kah


 

HARI MENDAFTAR


HARI MENDAFTAR


SABTU 3 FEBUARI 2024
HARI INI HARI GUA DI DAFTAR
PADA 3 FEBUARI 1951
DI RUMAH PASONG PADANG LEBAR
MAK GUA YANG DAFTAR

HARI INI BUKAN HARI GUA DI LAHIR
GUA TAK TAHU BILA
GUA DI LAHIR
GUA HANYA TAHU
HARI GUA DIDAFTAR

GUA TAK PERNAH ADA
PARTI SAMBUATN HARI JADI
LAGI PUN BUKAN
BUDAYA MELAYU
AMIN

HEBOH HEBOH
NAJIB DAPAT DISKAUN
KAH KAH KAH

KELUARGA NAJIB 
TAK PUAS HATI
PARTI GEROMBOLAN  KATA
MEREKA KENCING
KAH KAH KAH
BARU SEKARANG SEDAR

RAKYAT MAJORITI MARAH
KENAPA PENCURI
DI BERI DISKAUN


BILA NAJIB BAYAR DENDA
50 JUTA YANG DISKAUN
DARI 210 JUTA  
SPRM WAJIB MASUK SIASAT
MACAM SIASAT DAIM
DARI MANA NAJIB DAPAT
DUIT 50 JUTA RINGGIT
NAK BAYAR DENDA
JENG JENG JENG

AMERIKA
MELAKUKAN 85 ++ SERANGAN
BOM DAN PELURU BERPANDU
KE ATAS IRAQ DAN SYRIA
LAPORAN AWAL
18 TEWAS

SEPANYOL
PULAU CANARY
PENDATANG HARAM 
BERTAMBAH 1000%
DARI AFRIKA MASUK
KE PULAU MILIK SEPANYOL
YANG TERLETAK DISEBELAH
AFRIJA DI LAUT ATLANTIK

AUSTRALIA
PANAS MENGGILA SAMPAI
KE MELBOURNE SYDNEY
SATU LAGI TANDA
MALAPETAKA IKLIM

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
ADA HUJNA PETANG
DI TAMBAH HUJAN SUBUH

LOPAK LOPAK AIR DIJALAN
HOW WOW BERSUARA
KENG KENG BERSUARA
MENDOMINASI HOKKIEN
PAGI INI

DI LORONG JALAN
DALAM SAWAH RUMPUT
CENGERIK BERSIMPONI
AMAT SUKA HATI BUMI BASAH

DIATAS LANGIT
SEBUAH PESAWAT
MELINTAS  MENUJU ARAH KLIA

HARI INI AKAN PANAS
BALKONI GUA DAH BERSINAR
GUA AKAN PERGI KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
APAKAH BUAH MANGGIS MASIH ADA ?
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
SABTU YANG INDAH

BRO
JIKA LU GAGAL
CUBA LAGI
KALI PERTAMA GAGAL
CUBA LAGI
INI PELAJARAN
CUBA CUBA CUBA

BRO
MASA AMAT  LAMBAT
 PADA YANG MENANTI
MASA AMAT CEPAT
PADA YANG TAKUT
MASA AMAT PANJANG
PADA YANG BERSEDIH
MASA AMAT PENDEK
KETIA ENJOI DE MENJOI
PADA YANG BERCINTA
TIDAK ADA MASA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI