Sabtu, 3 Februari 2024

TANYA KENAPA NAJIB DAPAT DISKAUN ?



Pertikai keputusan Lembaga Pengampunan, Pua kurang ajar – Veteran UMNO

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO tidak boleh menerima kebiadapan melampau bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang memperli dan menyindir keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengurangan hukuman  Najib Razak.

Setiausahanya, Mustapha Yaakub menegaskan, sikap Pua terhadap bekas perdana menteri itu merupakan satu perlakuan kurang ajar dan biadab oleh seorang Cina yang rasis dan berfahaman komunis.

“Kami kesal kerana dia adalah ahli DAP yang menjadi rakan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. Sikap kurang ajar dan biadab Tony ini boleh menjejaskan hubungan suam-suam kuku UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan sekarang.

“Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan tegas ke atas Tony. DAP jangan ingat UMNO menumpang mereka. Tanpa UMNO mana mungkin DAP berada di dalam kerajaan sekarang,” katanya menerusi kenyataan.

Mustapha berkata, veteran UMNO tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti supaya mengkaji semula keberadaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sekarang.

Tegasnya, langkah itu boleh dibuat sekiranya orang-orang seperti Pua yang berada dalam DAP lantang bersuara memperkecil dan memperlekehkan pemimpin UMNO tanpa dikenakan tindakan oleh kepimpinan DAP sendiri.

Semalam, Phua menyindir keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pengurangan hukuman Najib.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Pua dilihat menzahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi sebaris ayat.

Dalam hantaran berasingan, Pua secara sinis turut menyindir Najib dan keputusan pengampunannya itu.

“Bolehkah seseorang menghantar saya ke penjara selama setahun dan sebagai pertukaran, membayar saya RM50 juta, tolong cantik?” katanya.

Terdahulu, hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

Perkara itu diputuskan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 pada 29 Januari lalu.

Urusetia lembaga itu menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, oleh demikian Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurang kepada RM50 juta.





WOIT

BUKAN HANYA

TONI PUA 

PERTIKAI

AMIN

BERJUTA RAKYAT

SAMA PERTIKAI

NAK TAHU MENGAPA

NAJIB DAPAT

DISKAUN

AMIN

APAKAH INI SEMUA

KURANG AJAR ?

KHALAS

Tiada ulasan: