Rabu, 28 Februari 2024

LEPAS BANJIR KEMARAU SAMPAI


Pembenihan awan di P. Pinang untuk pertahankan rizab air mentah


GEORGE TOWN – Operasi pembenihan awan (OPA) akan dijalankan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang selama dua hari bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K. Pathmanathan berkata, operasi yang dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dibuat ekoran penurunan ketara paras air di kedua-dua empangan.

Katanya, ia adalah usaha mendorong hujan sebaik mungkin di kawasan tadahan air dua empangan terbabit namun tertakluk kepada keadaan atmosfera dan awan di kawasan sekitar.

“Dalam tempoh sejak 1 Januari hingga 27 Februari, hanya 45 milimerer (mm) hujan direkodkan di Empangan Air Itam manakala 71.5 mm di Empangan Teluk Bahang.

“Kapasiti efektif di Empangan Air Itam menurun daripada 68.9 peratus pada 1 Januari lalu kepada hanya 37 peratus yang direkodkan hari ini.

“Bagi Empangan Teluk Bahang pula, daripada 95.4 peratus kepada 79.6 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Pathmanathan, sebarang jumlah hujan disebabkan OPA amat berguna susulan pihaknya berusaha untuk mempertahankan rizab air mentah empangan terbabit sehingga musim hujan akan datang.

“Sehubungan itu, kami mengucapkan terima kasih kepada NADMA, TUDM, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas maklum balas pantas terhadap permintaan pembenihan awan yang dibuat (PBAPP) awal bulan ini,” katanya.

Untuk rekod, Empangan Air Itam membekalkan air kepada kira-kira 170,000 penduduk di kawasan Air Itam, Paya Terubong dan Jalan Masjid Negeri di bahagian pulau negeri ini. – MalaysiaGazette


LEPAS BANJIR

KEMARAU

SAMPAI

AMIN

INI TANDA

MALAPETAKA

CUACA

AMIN

POTONG BUJET - RAMAI KIOK



POTONG BUJET

RAAMI KIOK

KHALAS

Unknown commented on
 "POTONG BUJET 
POTONG NAFAS PESAKIT"


Salam dan Sejahtera semua..

Ini bukan kali pertama dan yang terakhir saya memberikan respons kepada isu berulang ini.

1. IJN & KKM telah pun mempunyai hubungan kerja yang baik, walaupun selepas pengkorporatan IJN.

2. Sejak sekian lama, KKM telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN dan terutamanya untuk mengurangkan 'kesesakan dan masa menunggu yang lama' Pusat Jantung KKM (cth. Pusat Jantung Serdang). Kami mempunyai 10 hospital yang mempunyai Perkhidmatan Kardiologi dan 7 termasuk mempunyai Perkhidmatan Surgeri Kardiotorasik.

3. KKM membayar kepada IJN untuk setiap pesakit yang dirujuk ke lJN, menggunakan pembiayaan tahunan persekutuan yang diterima daripada MOF. Oleh itu, untuk memastikan lebih ramai pesakit boleh dirujuk ke lJN, pesakit dibenarkan didiscaj apabila keadaan mereka stabil ke Pusat-Pusat Jantung KKM yang lain.

4. Pusat Jantung KKM kami juga diuruskan oleh Pakar Kardiologi dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang bereputasi dan bertauliah.

5. Paling penting, KKM akan terus memastikan penjagaan dan keselamatan pesakit tidak terjejas termasuk pesara-pesara Kerajaan.

7. Semoga ada pencerahan dari penjelasan ini dan tuduhan terhadap YAB PMX, KKM dan Kerajaan Madani, tidak sewenang-wenang dibuat tanpa kita memahami isu dan rasional disebalik dasar dan tindakan Kerajaan Madani ini.

Dr Dzulkefly Ahmad
27 Februari 2024

KES POTONG BUJET IJN


KES POTONG

BUJET IJN

AMIN

PUNAH SEHAT EKONOMI


PUNAH SEHAT

EKONOMI

KAH KAH KAH

KHALAS


Unknown commented on 
"PANDAI BERCAKAP -
TAK PANDAI BUAT KERJA"

itu yang kita risau ada dah dengar2 cerita anak dapat gaji 35k sebulan keje 3 hari seminggu tak kena cukai lak tu... harap bukan cerita betul... kah kah kah

JANJI TINGGAL JANJI


JANJI TINGGAL

JANJI

AMIN


Amier The Hero commented on 
"POTONG BUJET IJN - 
BANYAK AKAN MATI"

Kah kah kah kah kah.. den mampu golak ajo. Mano walaun² penyokong pi em ex? Jawab la.. tunggu la time omak dgn abah ekau lak kono cegitu. Den nak tgk, apo jadi eh kek ekau. Den kalu buleh, mmg nak topuk tgn dopan muko penyokong² pee H ni. Lopeh tu den nak kato, hadap an dek ekau!!! Ranap malaysia dapek kek diorg ni. Janji tinggal janji.. kah kah kah kah kah.

DEMO BERSIH


DEMO BERSIH

RABU 28 FEBUARI 2024
KELMARIN BERSIH
MENGADA DEMO KE PARLIMEN

INI PERTANDA BAIK
BERSIH MAHU
REFORMASI YANG DIJANJIKAN
DI TUNAIKAN

CAKAP DAN JANJI
BERTABURAN SEBELUM
BERKUASA
DAH BERKUASA
TARAAAAAK
KAH KAH KAH

BERAS
MASIH LAGI BELUM TUNTAS
JADI KE TAK JADI 
BERAS MADANI

RINGGIT
INI AGENDA NEGARA
NILAI RINGGIT JATUH
DI RASAKAN OLEH SEMUA
HARGA BARANG MELEDAK NAIK
JENG JENG JENG

HARGA BARANG NAIK
RAKYAT AKAN NAIK MINYAK
TAK TAHAN LAGI

JENG JENG JENG
KES IJN
KES JIMAT BUJET
KES TAK CUKUP DANA PERUBATAN
JENG JENG JENG
BERAT BERAT
BERAT
AMIN

ISRAEL
HARAPAN BIDEN SENIN
INI AKAN ADA PERJANJIAN
GENCATAN SENJATA
HANYA MIMPI BIDEN

AMERIKA
SEORANG SOLDADU AMERIKA
BAKAR DIRI SENDIRI
DEPAN KEDUTAAN ISRAEL
DI WASHINGTON DC
SOLDADU INI BANTAH
GENOSID YANG DILAKUKAN
OLEH ZIONIS ISRAEL

EROPAH
CADANGAN MACRON
NAK HANTAR SOLDADU
KE  UKRAINE DAPAT TENTANGAN
DARI NATO DAN NEGARA EROPAH

TURKI
SELASA KELMARIN  7 PEREMPUAN
TELAH DI BUNUH OLEH SUAMI
ATAU OLEH BEKAS  SUAMI
DI BEBERAPA BANDAR
DI TURKI

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
LANGIT BIRU TERBENTANG
TERNAMPAK BULAN
DI LANGIT

MURAI BERKICAU DALAM BELUKAR
TERKUKUR MENDAYU
PALING BISING PAGI INI
3 EKOR WARGA HOKKIEN
MENYALAK KUAT
BILA KAMI MELINTAS
DEPAN POKOK ARA
INI KAWASAN MEREKA

HARI INI AKAN PANAS
SEPERTI KELMARIN
DENGAN ANGIN YANG AGAK KUAT
MENJADIKAN MALAM SANTAI
AMIN

BRO 
SENYUMLAH
DI PAGI INI

PERGI KE PASAR MEMBELI SOTONG
SOTONG DIAMBIL DALAM PETI
HOSPITAL IJN BUJET DI POTONG 
TAK CUKUP RAWATAN PESAKIT MATI

KE PASAR  MEMBELI BUAH PALA
JANGAN LUPA MEMBELI DEDAK
RINGGIT TURUN MEMBAWA BALA
HARGA MAKANAN NAIK MENDADAK 

LAKUAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERABU