Rabu, 28 Februari 2024

LEPAS BANJIR KEMARAU SAMPAI


Pembenihan awan di P. Pinang untuk pertahankan rizab air mentah


GEORGE TOWN – Operasi pembenihan awan (OPA) akan dijalankan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang selama dua hari bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K. Pathmanathan berkata, operasi yang dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu dibuat ekoran penurunan ketara paras air di kedua-dua empangan.

Katanya, ia adalah usaha mendorong hujan sebaik mungkin di kawasan tadahan air dua empangan terbabit namun tertakluk kepada keadaan atmosfera dan awan di kawasan sekitar.

“Dalam tempoh sejak 1 Januari hingga 27 Februari, hanya 45 milimerer (mm) hujan direkodkan di Empangan Air Itam manakala 71.5 mm di Empangan Teluk Bahang.

“Kapasiti efektif di Empangan Air Itam menurun daripada 68.9 peratus pada 1 Januari lalu kepada hanya 37 peratus yang direkodkan hari ini.

“Bagi Empangan Teluk Bahang pula, daripada 95.4 peratus kepada 79.6 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Pathmanathan, sebarang jumlah hujan disebabkan OPA amat berguna susulan pihaknya berusaha untuk mempertahankan rizab air mentah empangan terbabit sehingga musim hujan akan datang.

“Sehubungan itu, kami mengucapkan terima kasih kepada NADMA, TUDM, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas maklum balas pantas terhadap permintaan pembenihan awan yang dibuat (PBAPP) awal bulan ini,” katanya.

Untuk rekod, Empangan Air Itam membekalkan air kepada kira-kira 170,000 penduduk di kawasan Air Itam, Paya Terubong dan Jalan Masjid Negeri di bahagian pulau negeri ini. – MalaysiaGazette


LEPAS BANJIR

KEMARAU

SAMPAI

AMIN

INI TANDA

MALAPETAKA

CUACA

AMIN

Tiada ulasan: