Khamis, 8 Ogos 2024

MAT LEBONG BIKIN GEMPAQ


Oi! Bila lagi? Tunjukkan bukti saya curi berbilion-bilion – Tun M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana, Menteri  Dr. Mahathir Mohamad mendesak pihak yang menuduhnya mencuri berbilion-bilion ringgit wang kerajaan untuk segera menampilkan bukti.

Dr. Matathir yang menjadi perdana menteri sebanyak dua kali berkata, beliau telah menunggu lebih setahun untuk pihak berkenaan memberikan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Beliau yang pernah memimpin beberapa parti politik termasuk UMNO dan Bersatu sebelum ini berkata, sanggup pergi ke Switzerland bersama dengan pihak yang menuduh dirinya menyembunyikan wang di negara tersebut.

“Oi! Bila lagi? Kata nak tunjuk bukti jika diberi masa dua minggu. Sekarang sudah lebih satu tahun. Bukti konon saya curi duit Kerajaan berbillion-billion. Duit sebanyak ini tidak boleh disembunyi.

“Kalau benar saya curi berbillion ringgit, awak tentu boleh bukti. Tapi mana dia bukti? Konon ada kotak penuh dengan dokumen-dokumen. Tunjuk la.

“Oh. Rahsia konon. Ada duit di bank Switzerland. Saya jemput kita sama-sama pergi Switzerland. Senyap sunyi. Tak sambut jemputan saya,” desak Dr. Mahathir.

Pihak terbabit dakwa Dr. Mahathir, hanya berani mengganggu anak-anak beliau.

Tambah Dr. Mahathir, tanpa sebarang buktik, pihak yang menuduhnya mencuri wang sewaktu mentadbir negara jelas melakukan pembohongan.

“Sebaliknya pergi kacau anak saya. Tunjuk la – mereka bagi berbillion kepada saya? Tidak tunjuk sampai sekarang.

“Yang tahu cakap bohong. Buka mulut bohong. Takut hadap mahkamah. Tidak payah takut Semua orang tahu awak bohong. Tunjuklah bukti kalau ada. Saya sedang tunggu,” cabar Dr. Mahathir.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak Dr Mahathir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM,  Azam Baki berkata, peguam kepada Mirzan Mahathir dan Mokhzani Mahathir sudah berhubung dengan pengawai penyiasat mengenai tempoh pengisytiharan.

Pada 24 Mei lalu, media melaporkan kedua-dua anak Dr. mahathir memohon lanjutan tempoh pengisytiharan harta walaupun telah diberikan sebelum ini.

SPRM sekali lagi memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi dua anak Mahathir mengisytiharkan harta milik mereka Pada 26 Mei.

Pada 18 Januari lalu, kedua-dua ahli perniagaan itu diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, media turut melaporkan Mokhzani juga disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.-

WOIT

MADEY TAK FAHAM

INI HANYA GEMPAK

 MAT LEBONG

KAH KAH KAH

NAK JADIKAN

BERITA

KAH KAH KAH

NAK PERGI

SWITZERLAND

NAK BUAT APA?

NGABIH BOREH

KAH KAH KAH

AMIN

JANGAN KOMEN RAJA WALAU PUN MENTAL


Mahkamah perlembagaan Thailand larang ahli politik popular, bubar parti

BANGKOK: Ahli politik paling popular di Thailand telah diharamkan daripada politik selama 10 tahun dan partinya dibubarkan pada hari ini atas percubaannya untuk memperbaharui undang-undang fitnah diraja kerajaan itu.

Mahkamah Perlembagaan di Bangkok mengundi "sebulat suara" untuk membubarkan Parti Move Forward dan mengharamkan lembaga eksekutifnya, termasuk bekas pemimpinnya Pita Limjaroenrat, selama 10 tahun, kata hakim Punya Udchachon.

Keputusan itu bermakna Pita, 43, yang mengetuai parti reformis Move Forward Party (MFP) ke tempat pertama yang mengejutkan dalam pilihan raya umum tahun lalu, akan dihalang daripada mengambil sebarang peranan dalam politik untuk dekad akan datang.

Populariti Pita melonjak menjelang pilihan raya apabila dia menarik perhatian pengundi muda dan bandar dengan ikrarnya untuk memperbaharui undang-undang ketat fitnah diraja Thailand, yang menurut kumpulan hak asasi manusia telah disalahgunakan untuk menyekat kumpulan prodemokrasi.

Namun, usahanya untuk menjadi perdana menteri telah dihalang oleh pasukan konservatif di senat.

Kerjaya politiknya semakin goyah pada Mac apabila suruhanjaya pilihan raya Thailand meminta mahkamah tertinggi negara itu membubarkan MFP.

Ini berikutan keputusan sebelum ini bahawa ikrar parti untuk memperbaharui undang-undang lese-majeste diraja adalah sebagai percubaan untuk menggulingkan raja berperlembagaan.

Tuduhan lese-majeste amat serius di Thailand, di mana Raja Maha Vajiralongkorn menikmati status seakan-akan ketuhanan yang meletakkannya di atas pertikaian politik. - AFP


DILARANG KOMEN

RAJA WALAU

 DAH MENTAL

AMIN

AKAN MUNCUL

GERAKAN ANTI

FEUDAL

AMIN

AKHIRNYA DALAM

DUNIA INI AKAN

HANYA ADA

EMPAT RAJA

AMIN

RAJA DEMAN

RAJA SEPIT

RAJA LEKUK &

RAJA KELAWAR

AMIN

KHALAS

MAT BOPENG KLIM LAGI


MAT BOPENG KLIM

RINGGIT NAIK

KERANA DIA

KAH KAH KAH

AMIN

OTAK JADI BONSAI


OTAK JADI

BONSAI

AMIN

Unknown commented on 
"BEBAL MACAM LOKMAN ADAM"

Sejarah sudah buktikan penjajah lebih afdal, lebih baik uruskan negaraku, segala kemajuan infrastruktur awal zaman diperolehi semasa zaman penjajah, maka apabila kaum kerabatku ambil alih dia pun ikut jejak penjajah, sapu sapu sapu sehingga hutang berbilion walaupun negaraku ada segalanya, namun masih ketinggalan dari sebuah pulau yang asal usul rangkaian Tanah Melayu, cerita dongeng cerita takut hantu terus disebarkan, cerita pendatang kaya cerita tanah dirampas dari penduduk asal, usul dibiarkan berleluasa sehingga mind set dibonsaikan selama lamanya kah kah kah 

yang jual hak yang jual warganegara yang jual tanah air pasir berdengung semuanya kerja para penjajah atas nama pejuang agama bangsa negara kah kah kah sekian lama otak bonsai sukar terima hakikat kah kah kah kepada mereka semuanya, orang kita memang begitulah

JADI PENUMPANG


JADI PENUMPANG

DI TANAH MELAYU

KHALAS

Unknown commented on
 "APAKAH BANI MELAYU AKAN JADI RED INDIAN DI TANAH MELAYU ?"

Tiduurrr lah permaisuri....tidurlah...esok kamu jadi penumpang di Tanah Melayu

RINGGIT


RINGGIT


KHAMIS 8 OGOS 2024
ANWAR KLIM RINGGIT
TERBAIK DALAM MASA 14 TAHUN
KAH KAH KAH

BETUL NILAI RINGGIT NAIK SIKIT
BUKAN 14 TAHUN
 BUKAN KERANA ANWAR

NILAI RINGGIT NAIK
KERANA EKONOMI AMERIKA
MERUNDUM
AMERIKA NAK  TURUNKAN
FAEDAH BANK
MAKA SEMUA PELABUR PEJUDI
BUANG DOLAR
KAH KAH KAH

TAK CAYA KE
LIHAT BURSA SAHAM KL
JATUH GILA
BURSA SAHAM NEW YOK
LONDON TOKYO
SEMUA JATUH
KAH KAH KAH

WOIT
ANWAR JANGAN TIPU
JANGAN PUTAR
JANGAN LOKMAN ADAMKAN 
BANI MELAYU

BILA MELAYU SEDAR
BILA MELAYU MARAH
MELAYU AKAN HASINA KAN
ANWAR IBRAHIM
KAH KAH KAH

UKRAINE
SOLDADU UKRAINE
MASUK KE WILAYAH RUSIA
UNTUK HARI KE DUA

SIAM
MAHKAMAH SIAM KEMARIN 
ARAH PEMBUBARAN
PARTI MOVE FOWARD
MARA KE DEPAN
PEMIMPIN PARTI TAK BOLEH
BERPOLITIK SELAMA
10 TAHUN
KERANA  PARTI INI DIDAKWA SALAH
KERANA INGIN MEREFORM
SISTEM  FEUDAL SIAM

BANGLADESH
PEMENANG HADIAH NOBEL
MUHAMAD YUNUS
KINI DILANTIK UNTUK MENGEPALI
KERAJAAN SEMENTARA

RUSIA
MEMINTA IRAN JANGAN
BUNUH ORANG AWAM
BILA MENYERANG ISRAEL

AMERIKA
PRESIDEN  BIDEN INGATKAN
RAKYAT AMERIKA AKAN BAHAYA
YANG DIBAWA OLEH TRUMP
KATA BIDEN AMERIKA AKAN
MANDI DARAH JIKA
TRUMP KALAH

AUSTRIA
TIGA KONSERT TAYLOR SWIFT
DI VIENNA DI BATAL
KERANA INTEL CIUM 
ISLAMIK STATE AKAN 
MELAKUKAN AKSI

HOKKIEN
PAGI INI SEJUK BASAH
LANGIT KELABU 
MATAHARI TIDAK KELIHATAN
KEMARIN PETANG HUJAN
BAWA BASAH

DI PINTU MASUK 
DENGAR SUARA TERKUKUR
DARI ARAH KWANTUNG
SUARA GAGAK MENANGIS
DALAM SAWAH RUMPUT 
SUARA PIPI

MELINTAS DEPAN POHON ARA
TIGA WARGA HOKKIEN
DUA PUTIH SATU ITAM
MENYALAK MARAH
KAMI MASUK
KE KAWASAN MEREKA

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
MATAHARI AKAN KELUAR
DAN PETANG AKAN INDAH

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI 
KHAMIS

BRO
KELUAR DARI RUMAH
SETIAP HARI
MUNDAR DAN MANDIR
KECUALI LU SAKIT

BRO
KALAU LU ADA KAWAN BAIK
JANGAN BIARKAN 
DIA HANYUT
HUBUNGI SELALU

BRO
BILA LU KE MANA MANA
JANGAN LUPA
BAWA SAPU TANGAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA