Khamis, 8 Ogos 2024

MAT LEBONG BIKIN GEMPAQ


Oi! Bila lagi? Tunjukkan bukti saya curi berbilion-bilion – Tun M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana, Menteri  Dr. Mahathir Mohamad mendesak pihak yang menuduhnya mencuri berbilion-bilion ringgit wang kerajaan untuk segera menampilkan bukti.

Dr. Matathir yang menjadi perdana menteri sebanyak dua kali berkata, beliau telah menunggu lebih setahun untuk pihak berkenaan memberikan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Beliau yang pernah memimpin beberapa parti politik termasuk UMNO dan Bersatu sebelum ini berkata, sanggup pergi ke Switzerland bersama dengan pihak yang menuduh dirinya menyembunyikan wang di negara tersebut.

“Oi! Bila lagi? Kata nak tunjuk bukti jika diberi masa dua minggu. Sekarang sudah lebih satu tahun. Bukti konon saya curi duit Kerajaan berbillion-billion. Duit sebanyak ini tidak boleh disembunyi.

“Kalau benar saya curi berbillion ringgit, awak tentu boleh bukti. Tapi mana dia bukti? Konon ada kotak penuh dengan dokumen-dokumen. Tunjuk la.

“Oh. Rahsia konon. Ada duit di bank Switzerland. Saya jemput kita sama-sama pergi Switzerland. Senyap sunyi. Tak sambut jemputan saya,” desak Dr. Mahathir.

Pihak terbabit dakwa Dr. Mahathir, hanya berani mengganggu anak-anak beliau.

Tambah Dr. Mahathir, tanpa sebarang buktik, pihak yang menuduhnya mencuri wang sewaktu mentadbir negara jelas melakukan pembohongan.

“Sebaliknya pergi kacau anak saya. Tunjuk la – mereka bagi berbillion kepada saya? Tidak tunjuk sampai sekarang.

“Yang tahu cakap bohong. Buka mulut bohong. Takut hadap mahkamah. Tidak payah takut Semua orang tahu awak bohong. Tunjuklah bukti kalau ada. Saya sedang tunggu,” cabar Dr. Mahathir.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak Dr Mahathir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM,  Azam Baki berkata, peguam kepada Mirzan Mahathir dan Mokhzani Mahathir sudah berhubung dengan pengawai penyiasat mengenai tempoh pengisytiharan.

Pada 24 Mei lalu, media melaporkan kedua-dua anak Dr. mahathir memohon lanjutan tempoh pengisytiharan harta walaupun telah diberikan sebelum ini.

SPRM sekali lagi memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi dua anak Mahathir mengisytiharkan harta milik mereka Pada 26 Mei.

Pada 18 Januari lalu, kedua-dua ahli perniagaan itu diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, media turut melaporkan Mokhzani juga disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.-

WOIT

MADEY TAK FAHAM

INI HANYA GEMPAK

 MAT LEBONG

KAH KAH KAH

NAK JADIKAN

BERITA

KAH KAH KAH

NAK PERGI

SWITZERLAND

NAK BUAT APA?

NGABIH BOREH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: