Ahad, 8 September 2024

LAGI TANAH RUNTUH


Kerja di tapak projek bekalan air Rasau dihentikan

SEMUA kerja di tapak pembinaan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) di Taman Mas, Puchong, Selangor dihentikan bagi menilai semula keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

Gamuda Bhd dalam satu kenyataan berkata semua pihak di tapak pembinaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar untuk menyiasat punca kejadian dan menentukan tindakan yang sesuai.

“Keutamaan kami ialah keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar.

“Tiada kecederaan dialami oleh pekerja pembinaan mahupun orang awam dalam kejadian itu,” katanya.

Syarikat berkata pada jam 2 petang semalam, tebing sungai di tapak projek runtuh menyebabkan limpahan air kolam memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan.

“Air melimpah memenuhi tapak pembinaan,” katanya. – 8 September, 2024.

WOIT

LAGI TANAH

RUNTUH

AMIN

KALI INI

TEBING SUNGAI

AMIN

SEMENJAK

MASJID INDIA

KITA SEMUA

WAJIB BERAWAS

AMIN

KHALAS

TURUN KE JALAN RAYA



Ribuan protes pelantikan Barnier sebagai Perdana Menteri di seluruh Perancis


MOSCOW: Ribuan orang turun ke jalanan di seluruh Perancis pada Sabtu atas gesaan parti sayap kiri untuk membantah pelantikan pemimpin sayap kanan, Michel Barnier, sebagai perdana menteri baharu, lapor Sputnik.

Parti sayap kiri Perancis dalam pakatan New Popular Front, yang memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya Parlimen terkini, menyeru rakyat mengadakan protes di seluruh negara selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron, enggan melantik calon mereka, Lucie Castets, sebagai ketua kerajaan.

Parti sayap kiri terbesar blok itu France Unbowed sebelum ini mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 138 demonstrasi akan diadakan di bandar Perancis yang berbeza.

Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan berkumpul di bandar barat Perancis, La Rochelle, manakala kira-kira 300 orang berjalan keluar dalam demonstrasi di bandar jiran Saintes, lapor penyiar radio France Bleu.

Satu lagi demonstrasi dijadualkan pada 1300 GMT di bandar Angouleme.

Kira-kira 600 orang menyertai protes di jabatan barat Dordogne, manakala antara 300 dan 400 orang membantah di luar bangunan wilayah di bandar barat daya Pau, kata France Bleu. Kira-kira 600 orang berkumpul berhampiran bangunan wilayah itu di bandar barat laut Le Mans.

"Saya terkejut dengan penolakan terhadap demokrasi ini, penolakan terhadap suara pengundi.

"Kumpulan kiri mendahului tetapi individu yang paling berhaluan kanan pula dilantik sebagai perdana menteri," kata seorang daripada penunjuk perasaan di Le Mans kepada stesen radio itu.

Protes itu juga melanda pulau Corse iaitu kira-kira 100 orang berkumpul di bandar terbesarnya Ajaccio untuk berhimpun menentang Macron, kata penyiar itu.

Pada Khamis, Barnier, 73, dilantik oleh Macron ke jawatan tertinggi dalam Kabinet Perancis 60 hari selepas pilihan raya parlimen awal negara itu.

Barnier ahli politik Perancis tertua memegang jawatan itu, menggantikan Gabriel Attal yang berusia 35 tahun, yang merupakan perdana menteri termuda yang dilantik.

Keputusan pilihan raya Perancis menyebabkan negara itu berhadapan dengan Parlimen tergantung, tanpa parti yang memegang majoriti.

New Popular Front, perikatan luas yang merangkumi France Unbowed, Sosialis, Greens dan Komunis, meraih kemenangan dalam pusingan kedua, merampas 182 kerusi di Dewan Negara.

Gabungan Macron berada di tempat kedua dengan 168 kerusi, manakala parti sayap kanan National Rally memenangi 143 kerusi. - BERNAMA-SPUTNIK

JIKA PILIHAN

RAYA BOLEH

MENGUBAH

APA APA

PASTI DAH LAMA

DI HARAMKAN

AMIN

HANYA JALAN RAYA

BOLEH MENGUBAH

POLITIK NEGARA

AMIN

KHALAS

RIBUT TAUFAN - DARI CHINA KE VIETNAM


RABUT TAUFAN

DARI CHINA

KE VIETNAM

AMIN

SITI KHADIJAH DARI MALAYSIA


SITI KHADIJAH

DARI MALAYSIA

AMIN

Unknown commented on
 "LUBANG DAH LOHE"

Kita ada identiti sendiri, tak payah ikut cara, tak payah ikut budaya, ikut saja ajaran baik sudah, yang lain selain daripada itu tak payah, tutuplah apa patut, buka apa patut sudah, tak payahlah lebih tak payah kurang kah kah kah, prof kangkung itu bukan apa, saja cari populariti, kan dah popular dengan kenyataan semberono,

 seluruh dunia dah tahu level dia, sampai phd pun orang dah tak percaya, sedikit demi sedikit hakis kepercayaan orang biasa kah kah kah, sebab itu lah, dia rosak sendiri tak payah musuh tak payah Yahudi tak payah DAP sendiri korek lubang masuk dalam woit kah kah kah

KESAH INI AMAT MENARIK


KESAH INI

AMAT MENARIK

AMIN

Unknown commented on
 "MENGAPA ANWAR TAKUT"

TT ingat tak kesah seorang perempuan kalau tak silap dari Serawak mengatakan anaknya adalah anak dia denga Timbalan Perdana Menteri, perempuan tu kata anak tersebut anak dia buat projek tanpa nikah dengan Timbalan Perdana Menteri masa tu, apa kesudahan kesah tersebut?

CUACA


CUACA


IKLIM DAN CUACA DUNIA
MAKIN BERUBAH
JELAS AMAT JELAS
MUSTAHIL
TIDAK DISEDARI

TAUFAN YAGI
BERMULA DI LAUTAN SUNDA
MASUK KE CHINA
KELUAR MASUK KE VIETNAM
ANGIN SELAJU 90++ BATU SEJAM
MELANGGAR APA SAJA
JENG JENG JENG

DARI NEW YORK
PBB KELUAR AMARAN MERAH
INI TANDA BAHAYA
KERANA BULAN OGOS LALU
BUMI KITA INI
TERPANAS DALAM SEJARAH

CHINA JUGA
MENGALAMI KEPANASAN
YANG PALING PALING PANAS
DALAM  MASA 60 TAHUN
OGOS LALU

KITA JUGA SEDANG
BERHADAPAN DENGAN
PERUBAHAN IKLIM
PERUBAHAN CUACA
HUJAN PANAS
HUJAN PANAS
BANJIR KERING
BANJIR KERING

KITA SEMUA
UMAT MANUSIA
SEDANG DIDUGA OLEH ALAM
APAKAH KITA AKAN MENGUBAH
GAYA HIDUP KITA
SEBELUM KITA SEMUA
DIBUNGKUS  BUMI
AMIN

FRANCE
RIBUAN RAKYAT
DARI KAUM KIRI TURUN BERDEMO
MEREKA MENOLAK
PM BARU YANG DICADANGKAN
OLEH PRESIDEN MACRON

AMERIKA
BILL BURNS
KEPALA CIA KATA
AMERIKA DAN EROPAH
JANGAN TAKUT DENGAN
ANCAMAN NUKLEAR
DARI PUTIN

GAZA
PERANG HAMPIR SETAHUN
GENCATAN SENJATA
SEMAKIN TIPIS

VIETNAM
TAUFAN YAGI
92 BATU SEJAM
MASUK MELANGGAR VIETNAM
4 DI SAHKAN  MATI
78 CEDERA

GAZA
JUMLAH KEMATIAN
MELEBIHI 40,900 ORANG
KEMARIN ISRAEL BUNUH
61 WARGA PALESTIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
RENYAI KEMARIN
ARAH SHAH ALAM
LANGIT INDAH BIRU BERAWAN PUTIH

HA HA HA
GUA DENGAR SUARA MURAI
MENYAMBUT PAGI

SUARA KUMPULAN TIONG
MENGHAMPIRI MESIN RUMPUT
MENCARI REZEKI
BUNYI BEREBUT REBUT
SUARA TERKUKUR
DI SANA SINI

MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA BELUM BERSINAR
GUA YAKIN
HARI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR 
DI BALKONI
MENUNGGU CAHAYA MATAHARI

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD

BRO
BERJALAN JANGAN BERLARI
HIDUP INI SATU PERJALANAN
BUKAN SATU PELARIAN

BRO
PERJALANAN ITU
MAKIN MUDAH JIKA 
LU TAK BAWA SAMA
BEBAN MASA LALU

BRO
HIDUP DULU MUNGKIN
PAYAH DAN GETIR
JANGAN RISAU
LU BOLEH MULA
HIDUP BARU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI