Ahad, 8 September 2024

LAGI TANAH RUNTUH


Kerja di tapak projek bekalan air Rasau dihentikan

SEMUA kerja di tapak pembinaan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) di Taman Mas, Puchong, Selangor dihentikan bagi menilai semula keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

Gamuda Bhd dalam satu kenyataan berkata semua pihak di tapak pembinaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar untuk menyiasat punca kejadian dan menentukan tindakan yang sesuai.

“Keutamaan kami ialah keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar.

“Tiada kecederaan dialami oleh pekerja pembinaan mahupun orang awam dalam kejadian itu,” katanya.

Syarikat berkata pada jam 2 petang semalam, tebing sungai di tapak projek runtuh menyebabkan limpahan air kolam memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan.

“Air melimpah memenuhi tapak pembinaan,” katanya. – 8 September, 2024.

WOIT

LAGI TANAH

RUNTUH

AMIN

KALI INI

TEBING SUNGAI

AMIN

SEMENJAK

MASJID INDIA

KITA SEMUA

WAJIB BERAWAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: