Selasa, 26 November 2024
TRUMP MULAKAN PERANG EKONOMI
WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengumumkan bakal mengenakan tarif import yang tinggi ke atas semua barangan dari Mexico dan Kanada, serta tarif tambahan terhadap barangan dari China sebaik saja beliau kembali ke Rumah Putih nanti.
Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial Truth Social, Trump berkata, beliau akan menandatangani Perintah Eksekutif berhubung perkara itu pada hari pertama kembali memegang jawatan berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
"Pada 20 Januari depan, sebagai satu daripada Perintah Eksekutif pertama, saya akan menandatangani kesemua dokumen yang diperlukan bagi mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua produk yang masuk ke AS dari Mexico dan Kanada, serta sempadan terbuka mereka yang tidak masuk akal.
"Kami akan mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas China, melebihi tarif tambahan yang sedia ada terhadap semua produk mereka yang masuk ke AS," katanya.
Sepanjang penggal pertama beliau sebagai Presiden AS sebelum ini, Trump mengenakan tarif punitif yang tinggi ke atas banyak barangan dari China.
Dalam kempen Pilihan Raya Presiden AS 2024, beliau mengancam untuk mengenakan lebih banyak tarif ke atas produk China, yang dijangka memberi kesan besar terhadap perdagangan dunia.
Sementara itu, dpa Washington melaporkan China memberi tindak balas terhadap pengumuman Trump, dengan menyatakan tiada pihak akan menang dalam perang perdagangan.
"Tiada pemenang dalam perang tarif atau perang perdagangan. Dunia juga tidak akan mendapat manfaat daripadanya," kata jurucakap Kedutaan China, Liu Pengyu, melaluit platform X.
Pengyu berkata, China bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi menegakkan multilateralisme, membina ekonomi dunia yang terbuka, menyokong pembangunan mampan, mencapai kemakmuran bersama, serta membina sebuah komuniti dengan masa depan bersama demi kemanusiaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Kanada turut menegaskan kepentingannya kepada AS, sejurus selepas Trump mengumumkan akan mengenakan tarif import yang tinggi ke atas semua barangan dari negara jiran itu.
"Kanada dan AS mempunyai hubungan paling kukuh serta rapat, terutama dalam hal perdagangan dan keselamatan sempadan.
"Kanada memberi keutamaan tertinggi kepada keselamatan dan integriti sempadan," kata Timbalan Perdana Menteri, Chrystia Freeland, dan Menteri Keselamatan Awam Kanada, Dominic LeBlanc, dalam satu kenyataan bersama.
Mereka sekali gus menekankan hubungan yang 'seimbang dan saling menguntungkan' antara kedua-dua negara jiran, dengan menegaskan Kanada memainkan peranan penting dalam bekalan tenaga domestik AS, malah pada tahun lalu, 60 peratus daripada import minyak mentah AS berasal dari Kanada.
"Kami tentu akan terus membincangkan isu-isu ini dengan pentadbiran yang akan datang," menurut kenyataan berkenaan tanpa secara khusus menyebut pengumuman Trump yang dibuat beberapa jam sebelum itu. – BERNAMA-dpa
RUSIA AKAN SERANG LONDON ?
BARAT & NATO
UK DAN NATO
TIDAK AMBIL POT
AMARAN DARI PUTIN
YANG BERJANJI AKAN MENGGUNAKAN
SENJATA SUPERSONIK BARU
SENJATA BARU PELURU BERPANDU INI
TIDAK ADA KUASA PENAHAN
JANGAN TERPERANJAT
JIKA POLAND
JIKA UK
AKAN DI SERANG
KHALAS
RAKYAT KECEWA
BETUL KE?
JIKA SAHIH
RAKYAT KECEWA
AMIN
Unknown commented on
"PEGAWAI POLIS INI
TIDAK RASUAH"
Mamak nie kompom kaki sakau...dia bukan serpico. Ini negara isle la TT semua kaki rasuah kaki planta burit bagai...ini fuckta..bukan auta singh.
PEGAWAI KERAJAAN RAMAI ANTI MADANI
PEGAWAI
KERAJAAN
BENCI MADANI
BENCI UMDAP
BANYAK BELOT
BOCOR MAKLUMAT
KHALAS
Unknown commented on
"DOKUMEN SULIT !!!"
jika lapor ke pdrm, sprm takkan ada apa2 akan berlaku.
Bentuk suruhanjaya diraja. serah laporan ke majlis raja2 biar semua orang tahu segala butir segala amaun nilai duit ringgit apa yang malaon bermesyuarat secara sulit tertutup.
ini zaman maklumat di hujung jari. malam tadi bincang nak mencuri nak merasuah nak merompak duit pembayar cukai. belum cerah tanah lagi orang ramai sudah tahu.
kepada pengundi tambun yang undi malaon penyamun ini jadi mp jadi pm. tentu tuan puan senang hati sebab undi penyamun.
BUKAN MENIRU - SATU KAUM
BUKAN MENIRU
SATU KAUM
KHALAS
Unknown commented on
"PRESIDEN ZIMBABWE
MENINGGAL DUNIA"
ini berita lawak
gwa tak pasti yang malaon dari negara ini tiru malaon di zimbabwe atau sebaliknya.
malaon di sini ke sana ke mari tunjuk yang dia lebih islam dari islam itu sendiri walhal semua tahu perangai buruknya
Langgan:
Catatan (Atom)




