Selasa, 26 November 2024

TRUMP MULAKAN PERANG EKONOMI


Trump umum bakal kenakan tarif import tinggi ke atas barangan Mexico, Kanada dan China

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengumumkan bakal mengenakan tarif import yang tinggi ke atas semua barangan dari Mexico dan Kanada, serta tarif tambahan terhadap barangan dari China sebaik saja beliau kembali ke Rumah Putih nanti.

Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial Truth Social, Trump berkata, beliau akan menandatangani Perintah Eksekutif berhubung perkara itu pada hari pertama kembali memegang jawatan berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

"Pada 20 Januari depan, sebagai satu daripada Perintah Eksekutif pertama, saya akan menandatangani kesemua dokumen yang diperlukan bagi mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua produk yang masuk ke AS dari Mexico dan Kanada, serta sempadan terbuka mereka yang tidak masuk akal.

"Kami akan mengenakan tarif tambahan 10 peratus ke atas China, melebihi tarif tambahan yang sedia ada terhadap semua produk mereka yang masuk ke AS," katanya.

Sepanjang penggal pertama beliau sebagai Presiden AS sebelum ini, Trump mengenakan tarif punitif yang tinggi ke atas banyak barangan dari China.

Dalam kempen Pilihan Raya Presiden AS 2024, beliau mengancam untuk mengenakan lebih banyak tarif ke atas produk China, yang dijangka memberi kesan besar terhadap perdagangan dunia.

Sementara itu, dpa Washington melaporkan China memberi tindak balas terhadap pengumuman Trump, dengan menyatakan tiada pihak akan menang dalam perang perdagangan.

"Tiada pemenang dalam perang tarif atau perang perdagangan. Dunia juga tidak akan mendapat manfaat daripadanya," kata jurucakap Kedutaan China, Liu Pengyu, melaluit platform X.

Pengyu berkata, China bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi menegakkan multilateralisme, membina ekonomi dunia yang terbuka, menyokong pembangunan mampan, mencapai kemakmuran bersama, serta membina sebuah komuniti dengan masa depan bersama demi kemanusiaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kanada turut menegaskan kepentingannya kepada AS, sejurus selepas Trump mengumumkan akan mengenakan tarif import yang tinggi ke atas semua barangan dari negara jiran itu.

"Kanada dan AS mempunyai hubungan paling kukuh serta rapat, terutama dalam hal perdagangan dan keselamatan sempadan.

"Kanada memberi keutamaan tertinggi kepada keselamatan dan integriti sempadan," kata Timbalan Perdana Menteri, Chrystia Freeland, dan Menteri Keselamatan Awam Kanada, Dominic LeBlanc, dalam satu kenyataan bersama.

Mereka sekali gus menekankan hubungan yang 'seimbang dan saling menguntungkan' antara kedua-dua negara jiran, dengan menegaskan Kanada memainkan peranan penting dalam bekalan tenaga domestik AS, malah pada tahun lalu, 60 peratus daripada import minyak mentah AS berasal dari Kanada.

"Kami tentu akan terus membincangkan isu-isu ini dengan pentadbiran yang akan datang," menurut kenyataan berkenaan tanpa secara khusus menyebut pengumuman Trump yang dibuat beberapa jam sebelum itu. – BERNAMA-dpa

TAHNIAH TRUMP

MULAKAN PERANG

EKONOMI

AMIN

INI JANJI

PILIHANRAYA

AMIN

TRUMP BUKAK

MULUT TIDAK

MOHONG

AMIN

KACAU EKONOMI

KAPITALIS

KACAU EKONOMI 

CHINA

HURU HARAKAN

DUNIA

AMIN

DAHULUKAN

AMERIKA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini berita lagi best..si madanon tak dijemput sebagai ketua asean..ke amerika untuk trump ditabalkan..kakakakaka..pelesitin asyik pelesitin..kakakakak..padan jubo planta