Khamis, 15 Mei 2025

DARI KAJIAN SEJARAH


DARI KAJIAN

SEJARAH

AMIN

IRAN YANG BERANI



Iran tegaskan tidak akan tunduk pada mana-mana pembuli

KAHERAH: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak akan 'tunduk kepada mana-mana pembuli', membalas kritikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap Tehran semasa lawatannya ke Asia Barat.

"Dia (Trump) fikir dia boleh datang ke sini, melaungkan slogan dan menakutkan kami. Bagi kami, syahid jauh lebih manis daripada mati di atas katil.

"Kamu datang untuk menakutkan kami? Kami tidak akan tunduk kepada mana-mana pembuli," katanya dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen negeri.

Beliau berkata demikian susulan kritikan Trump yang menuduh Tehran terbabit dalam perang proksi di rantau Teluk.

Russia jangka hubungan dengan ASEAN terus berkembang - Putin
Terdahulu, pada Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, Trump menyatakan hasrat untuk mencapai perjanjian dengan Iran.

Namun, beliau menegaskan Tehran mesti menghentikan sokongan terhadap kumpulan pengganas, menamatkan perang proksi berdarah, serta menghentikan sepenuhnya program senjata nuklear secara kekal dan membuktikannya.

Menurut laporan, Washington dan Tehran telah mengadakan empat rundingan dengan Oman sebagai pengantara, bagi mencapai kata sepakat mengenai program nuklear Iran.

Dalam satu majlis makan malam negara di ibu negara Qatar, Doha, pada Rabu, Trump mengulangi pendiriannya bahawa beliau mahu penyelesaian secara aman dicapai berhubung isu nuklear Iran dan menyatakan bahawa langkah seterusnya terletak di tangan Tehran.

"Ia keadaan yang berbahaya, dan kami mahu lakukan perkara yang betul. Kami mahu buat sesuatu yang boleh menyelamatkan berjuta nyawa. Kerana perkara seperti ini boleh meledak dan jadi di luar kawalan," katanya.

Pada Selasa, Trump menegaskan, beliau bersedia untuk membuat perjanjian dengan Iran, tetapi jika kepimpinan Iran menolak tawaran untuk berdamai, AS tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tekanan maksimum.

Beliau turut mengulangi pendiriannya tidak akan membenarkan Iran memiliki senjata nuklear.

Sejak sekian lama, pentadbiran AS cuba menghalang Iran daripada membina senjata nuklear.

Usaha itu membuahkan hasil melalui Perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2015 di bawah pentadbiran bekas Presiden AS, Barack Obama.

Namun, sebaik Trump mengambil alih jawatan Presiden, beliau bertindak menarik diri secara sebelah pihak daripada perjanjian tersebut pada 2018, sekali gus menyebabkan JCPOA terbatal.

Meskipun terdapat rundingan yang berterusan, pentadbiran Trump tetap meneruskan tekanan ke atas Iran dengan pelbagai sekatan.

Pada Rabu, AS mengumumkan sekatan baharu terhadap Iran, menyasarkan individu dan entiti yang didakwa terbabit dalam usaha membangunkan komponen tempatan untuk peluru berpandu balistik.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata, enam individu dan 12 entiti dikenakan sekatan kerana terbabit dalam usaha menyokong program peluru berpandu Iran dengan membekalkan bahan-bahan kritikal yang diperlukan untuk pembinaan sistem senjata itu. - AGENSI



DALAM SEMUA

NEGARA YG

KLIM ISLAM

HANYA IRAN

YANG BERANI

MELAWAN 

KEMUNGKARAN 

KHALAS 

MAJORITI JADI

PENINDAS

ATAU

BARUA AMERIKA

KHALAS

JANGAN MARAH


JANGAN MARAH

Unknown commented on 

"PAGI INI"

Dem la TT. Dah berjalan baru nak kabor. Selamat berehat. Semoga kemaskini makanan dan gambar yang cantik disini.

DAH BALIK KE PEKAN LAMA


DAH BALIK

KE PEKAN LAMA


Manbelangkas commented on 
"PAGI INI"

Lama benar tuan TT ke pekan baru...ayam kat sana besr TT....tu yg tak mau balik malaya

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 15 MEI 2025

PAGI INI JADI PAGI INI


MENCARI NASI PADANG DI PADANG
Kah kah kah
Kah kah kah
Gua mencari nasi padang di Padang. Dari warung ke warung dari rumah   makan ke rumah makan Jeng jeng jeng. Akhirnya bertemu dengan gunung Merapi dan Gunung Singgalang –

Dari Bintang ke Bintang ke Bintang – panas yang membakar di sejuki oleh Bintang. Nikmat yang paling nikmat ialah Bintang sejuk cahaya panas.

Ha ha ha ...  LU NAK JADI JUTAWAN amat mudah – LU MASUK KE PADANG – lu pasti jadi jutawan. AMIN

PAGI INI
Gua kembali seperti biasa. Kah kah kah. Kah kah kah. Menulis menghadapi komputer. Tapi enak kerana di belakang gua TAK TAK tebaring rehat. EZI tidur di pintu.

POLITIK
Gua tak tahu apa berlaku. Gua OFF – balik balik gua dengar Rafizi  akan di cabar oleh Nurul kah kah kah AMIN

SYRIA
Trump jumpa PM Syria. Jumpa kejap. Ini sebahagian dari  Projek Ibrahim Accord. Kah kah kah. Arab kena tipu lagi.

TURKI
Presiden Ukraine Zelenskiy sampai ke Istambul. Ada rancangan Perundingan  Damai dengan Putin. Tapi Putin tak datang hanya hantar pegawai kecil kah kah kah.

GAZA
Israel terus bom Gaza. Ramai gugur. Hari Nakba – 77 Tahun Zionis menjajah. 

SIAM
Gerakan Pembebasan Patani makin menyerlah. Suasana baik untuk terus angkat senjata lawan penjajah Siam. Soldadu penjajah di bedil di sana sini.

HOKKIEN
Pagi ini panas. Matahari dah keluar. Langit biru terbentang. Sinar matahari  terasa di pipi. 

Suara sekor gagak Gak Gak Gak. Di atas bukit suara Tekukur. Murai juga bersiul jauh. Ha ha pagi yang indah.
Gua yakin hari akan panas hingga ke petang. Bulan lima musim panas dah sampai. Cahaya matahari ialah Vitamin D.

BRO
SENYUM
SENYUM
 DI PAGI KHAMIS

Orang Fiji jual angsa
Itik terbang naik ke awan
Kesian Rafizi jadi mangsa
Dulu kawan sekarang lawan

Orang berada jual tembaga
Lalu sebelah Bukit Rapat
Nurul janda beranak tiga
Masih ketat boleh melipat

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HAI INI
SELAMAT BEKERJA

Khamis, 8 Mei 2025

PAGI INI



PAGI INI

BRO
Bila lu baca ini gua dalam perjalanan
nak merayau rayau. Gua nak berjalan
nak naik perahu
 nak tukar udara dari udara Hokkien
ke udara Pekan Baru

Gua nak nengok
RUMAH GADANG
nak nengok
Ayam den Lopeh
kah kah kah
jeng jeng jeng

Gua akan cuba update
perjalanan tapi tak janji
gua ini GATEK
Gagap Teknologi
kah kah kah

Nanti kita jumpa lagi
gua berjalan tak lama
ops... busuk busuk
satu minggu
KHALAS
AMIN