Khamis, 31 Julai 2025
KES ZARA QAIRINA?
KES ZARA INI
HEBOH
PASAL APA?
AMIN
ADA APA PULAK
DENGAN VVIP ?
AMIN
KES PEDO KE?
KES ENTOT ENTOT
LARI KE?
KHALAS
RUNDINGAN GENCATAN SENJATA GAGAL
Delegasi Hamas tinggalkan Doha selepas rundingan gencatan senjata tergendala
GAZA: Delegasi perunding Hamas dilapor meninggalkan Doha, Qatar semalam menuju ke Turkiye bagi membincang perkembangan terkini rundingan gencatan senjata Gaza yang kini tergendala.
Menurut seorang pegawai Hamas, delegasi berkenaan akan mengadakan beberapa pertemuan dengan pegawai kanan Turkiye.
"Satu delegasi kepimpinan tertinggi Hamas diketuai Presiden Majlis Kepimpinan, Mohammed Darwish bersama pasukan perunding yang diketuai oleh Khalil al-Hayya, telah berlepas dari Doha ke Istanbul.
"Delegasi itu akan mengadakan beberapa pertemuan dengan pegawai Turkiye berhubung perkembangan terkini dalam rundingan gencatan senjata yang terhenti sejak minggu lalu," katanya.
Lebih dua minggu, perantara di Qatar berulang-alik antara delegasi Israel dan Hamas dalam usaha mencapai titik kemajuan dalam rundingan tidak langsung bagi melaksanakan gencatan senjata serta pembebasan tebusan di Gaza, hampir dua tahun selepas perang tercetus.
Amerika Syarikat (AS) turut menarik keluar perundingnya dari rundingan terbabit minggu lalu, sejajar dengan tindakan Israel.
Wakil Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff, menyalahkan Hamas atas kegagalan mencapai perjanjian sambil berkata Washington akan mempertimbang pilihan alternatif.
Ahli Biro Politik Hamas, Bassem Naim, Jumaat lalu berkata perbincangan terbaru memberi tumpuan butiran penarikan keluar tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
Israel terus mengabaikan desakan antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza, sementara pakar di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memberi amaran bahawa penduduk di wilayah Palestin semakin dihimpit kebuluran.
RUNDINGAN
GENCATAN
SENJATA
GAGAL
AMIN
PERANG
DITERUSKAN
AMIN
JANGAN HINA ANJING
MINTA JANGAN
HINA ANJING
AMIN
JANGAN SAMAKAN
ANJING DENGAN AMK
KHALAS
Unknown commented on
"SEBAT JANGAN TAK SEBAT"
gua dengar amk sekarang bukan lagi angkatan muda keadilan tapi dah jadi anjing mudah koyak betul ke ? maaf kalau gua salah dengar.. kah kah kah
NAK RASUAH ADA CARANYA
NAK RASUAH
ADA CARANYA
AMIN
Unknown commented on
"CALON PERDANA MENTERI"
Ini cara menipu lagi, kemudian bincang berapa share masuk kementerian mana dapat projek berapa dihulurkan akan menetapkan kemudian naungan payung kuning jangan lupa kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 31 JULAI 2025
SATENGAH TAHUN DAH BERLALU
BRICKFEILDS
Ini wilayah gua – semenjak gua balik dari 20 tahun berkelana Brickfeilds menjadi pilihan. Gua MERAKAM sejarah. Dari melihat tidak wujud KL SENTRAL hingga tersergam KL Sentral. Jalan Thambypillay dari wilayah Rumah Merah menjadi chic dan elegan – wilayah mahal.
Brickfeilds wilayah ORANG BUTA – pejabat, sekolah dan dewan Orang Buta ada di Brickfeilds. Ini juga wilayah Orang Buta cari makan. Berpuluh rumah kedai ada RUMAH URUT – kalau dulu ada rumah urut untuk berancuk – kini hanya urut untuk sihat.
Gua pelanggan tetap – berurut disini. Juga di Brickfeilds tempat gua lepak. Dulu di Old Town – kemudaan di Husen – Kini dah ada Mamak Cafe.
Gua juga pelanggan tetap – regular – di warung tom Yam di belakang YMCA – kerana gua pelanggan tetap gua ada membawa udang, ikan, cendawan untuk di masak. Gua hanya bayar upah masak.
Kerana gua pelanggan tetap gua juga sesekali ada bawa air anggur untuk melayan selera. Enak Masakan melayu dengan air anggur – sapa tak mencuba masakan Melayu dengan air anggur maknanya belum cukup hidup.
Dulu Pejabat SUARA KEADILAN terletak di Brickfeilds. Justeru kolum gua dalam akhbar mingguan ini bernama DARI BRICKFEILDS
SATU PERKARA gua marah kepada pemandu yang selalu membunyikan hon bila melintas di Brickfeilds. Apakah mereka TIDAK tahu yang berjalan itu adalah ORANG BUTA. Sosok berjalan seorang atau seorang di hadapan ada yang mengekor di belakang – mereka berjalan perlahan-lahan.
Kadang-kadang berjalan berderet tiga empat orang. Yang di hadapan mungkin rabun boleh melihat sedikit dan yang mengekor buta gelap. Juga jika lu melihat satu Kakak berjalan di hadapan dan satu Mamat memegang bahu Kakak – ini Orang Buta sedang berjalan. Tak perlu bunyikan hon kereta. Orang Buta sedang di pimpin.
Jika mereka berdiri pinggir jalan – mereka Orang Buta sedang menunggu Grab – Tak perlu bunyikan hon.
Orang Buta mudah di kenali. Mereka membawa tongkat besi. Tongkat mereka menjadi mata mencari lorong lapang tanpa halangan untuk berjalan.
Justeru – Bila lu lalu ke Brickfeilds - bila lu melintas ke Brickfeilds harap sedar bahawa ini adalah wilayah Orang Buta. TAK PERLU BUNYIKAN HON KERETA. Amin.
CANADA
Negara ini akan mengiktiraf negara Palestin dalam persidangan PPB di New York bulan September ini. France dan UK telah umumkan awal lagi.
AMERIKA
Trump kenakan tarif 50% keatas Brazil. Ini kerana Trump marah pada kerajaan Presiden Lula yang mendakwa bekas Presiden Bolsonaro yang kalah undi tapi mahu lakukan rampasan kuasa.
ISRAEL
Setanyahu marah kepada UK, France dan Canada kerana akan iktiraf negara Palestin. Setanyahu kata ini sama sebagai memberi hadiah kepada Pengganas bernama Hamas.
KOREA SELATAN
Rundingan tarif selesai. Trump kenakan 15% tarif kepada Korea Selatan. Awal Trump kenakan tarif 25%. Korea Selatan juga akan melabur 250 bilion dolar di Amerika.
JEPUN- RUSIA
Gempa bumi di Rusia tidak menimbulkan Tsunami. Jepun telah tarik balik amaran Tsunami. Rusia juga tarik balik amaran yang sama. Tapi masih berjag-jaga.
GAZA
Seramai 30 orang warga Palestin di tembak mati ketika beratur untuk mendapatkan makanan.
HOKKIEN
Pagi ini segar. Matahari dah keluar. Cahaya lembut. KL & KL Sentral berjerebu dan berkabus agak tebal. Kemarin ada rintik-rintik – ada wilayah hujan turun.
Langit agak pucat – awan putih bercampur biru.
Dari juah gua dengar Tekukur. Apa yang jelas ketika kami melintas depan Pokok Ara semua sunyi – Warga Asal tidak menyalak. Entah ke mana mereka berhijrah. Agak sunyi juga tanpa salakan mereka.
Gua rasa hari ini akan panas. Juga angin bertiup akan kuat. Kain baju gua terampai di balkoni bergerak-gerak. Jika angin terus kuat seperti ini petang agak sejuk dan enak. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
HARI KHAMIS
BRO
Lu jangan sesat dalam kehidupan orang laian.
BRO
Apa yang berlaku pada lu mungkin lu tak boleh kontrol tapi lu boleh kawal apa jawapan dan tindakan lu.
BRO
Keberanian ada pada diri lu. Perjuangan ada di dunia luar. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA.
Langgan:
Catatan (Atom)



