Sabtu, 2 Ogos 2025

KES MATI ZARA QAIRINA MAKIN PELIK


"Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni" - Kak M ugut Zara Qairina


KOTA KINABALU: Keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, memohon satu inkues diadakan bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar itu.

Peguam mewakili keluarga mangsa, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri memaklumkan ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, 45, sudah pun membuat laporan polis tambahan pada 30 Julai lalu yang mana antara lain, memohon supaya kubur arwah anaknya itu digali semula bagi tujuan inkues.

"Selaras kehendak anak guam kami, pada 31 Julai 2025 (semalam) kami telah menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara di Kota Kinabalu memohon mereka melaksanakan kuasa di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk mengarahkan majistret mengadakan satu inkues bagi menentukan punca kematian si mati dengan kadar segera.

"Kami berharap Jabatan Peguam Negara akan bersetuju dengan permohonan kami di atas bagi membantu pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dalam tempoh terdekat.

"Kami dengan ini juga menafikan semua tuduhan bahawa kematian Zara Qairina disebabkan ibunya. Tuduhan ini tidak benar dan adalah satu fitnah jahat kepada anak guam kami. Tidak ada 'plot twist' dalam kes ini," kata peguam melalui kenyataan hari ini.


BH hari ini melaporkan Noraidah mengarahkan dua peguam menguruskan proses bagi membolehkan kubur Zara Qairina digali semula untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazahnya, demi mendapat jawapan dan keadilan untuk arwah anaknya itu.

Dalam pada itu, pihak peguam melalui kenyataan media sama memaklumkan laporan polis tambahan itu difailkan di Balai Polis Sipitang memohon pihak polis menyiasat kes kematian Zara Qairina secara teliti.

"Beliau (Noraidah) mempunyai rakaman perbualan telefon dengan Zara Qairina yang mana anaknya itu memaklumkan terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu dan/atau membulinya. Antaranya ialah Kak M yang pernah mengugut Zara Qairina dengan berkata "kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni".

"Dalam laporan polis itu juga, anak guam kami menyatakan keraguannya tentang punca kematian Zara Qairina yang kononnya jatuh dari tingkat tiga bangunan.

"Wajah Zara Qairina tidak mempunyai kecederaan fizikal, lebam atau luka yang lazimnya berkait kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi. Ini ditambah tindakan pihak sekolah yang meminta anak guam kami agar tidak membuat laporan polis," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, anak guamnya berpendapat pihak polis sepatutnya melakukan bedah siasat terhadap mayat Zara Qairina bagi membantu siasatan.

"Ini kerana tidak ada bedah siasat dilakukan terhadap mayat Zara Qairina sebelum beliau dikebumikan. Bedah siasat akan membantu siasatan pihak polis dalam menentukan punca sebenar kematian Zara," kata peguam.

Keluarga percaya Zara Qairina tak bunuh diri

Pihak peguam juga berkata, ibu Zara Qairina percaya bahawa arwah tidak membunuh diri, sebaliknya wujud unsur-unsur jenayah yang menyebabkan kematian.

"Atas dasar ini, anak guam kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan," katanya.

Namun, menurut peguam sejak 17 hingga 27 Julai lalu, anak guam mereka tidak menerima sebarang maklumat daripada pihak polis tentang perkembangan siasatan dan pihak polis juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang siasatan mereka kepada media massa dalam tempoh berkenaan.

"Kesunyian inilah yang merisaukan anak guam kami. Kesunyian ini bagi anak guam kami bagaikan satu indikasi bahawa kematian Zara Qairina tidak disiasat oleh pihak polis.

"Hanya pada 28 Julai Pesuruhjaya Polis Sabah mengeluarkan satu kenyataan ringkas bahawa siasatan sedang dijalankan dan pada 31 Julai dimaklumkan dalam satu sidang media oleh Pesuruhjaya Polis Sabah bahawa 60 orang telah dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.

Dalam pada itu, Hamid dan Shahlan turut menasihati netizen tidak membuat sebarang fitnah terhadap mana-mana individu berkaitan dengan kematian Zara Qairina, namun sesiapa yang mempunyai maklumat dan boleh membantu siasatan diminta menyalurkannya maklumat itu kepada pihak polis atau pihak peguam.

KES INI MAKIN

PELIK

AMIN

SEBELUM 

DIKEBUMIKAN 

ADA BUAT

 POST MOTERM

ATAU TIDAK?

JENG JENG JENG

MAKIN PELIK

LAPORAN AWAL

JAM 3 PAGI 

PENGHUNI ASRAMA

MASIH BELUM

TIDUR

KAH KAH KAH

PELIK

AMAT PELIK

KHALAS

MADAFAKA TERUS MOHONG

 


MADAFAKA

TERUS MOHONG

AMIN

LEBANON DISERANG ISRAEL




Israel lancar serangan udara bertalu-talu ke atas Lubnan


ANKARA: Kementerian Kesihatan Lubnan hari ini mengumumkan beberapa siri serangan udara yang dilancarkan Israel, semalam, meragut sekurang-kurang empat nyawa, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Agensi berita rasmi Lubnan, NNA, melaporkan jet pejuang Israel melancarkan serangan udara bertalu-talu ke atas kawasan selatan dan timur negara itu pada malam Khamis.

Serangan berkenaan menyasarkan bandar dan kawasan pergunungan di Lembah Beqaa serta daerah selatan, dalam satu peningkatan konflik yang ketara.

Israel melancarkan operasi ketenteraan di Lubnan pada 8 Oktober 2023, yang kemudian berkembang menjadi serangan berskala penuh menjelang September 2024 sehingga mengorbankan lebih 4,000 mangsa dan mencederakan kira-kira 17,000 lagi.

Satu gencatan senjata dicapai pada November, namun tentera Israel terus melancarkan serangan hampir setiap hari di selatan Lubnan atas alasan menyasarkan aktiviti kumpulan Hizbullah Lubnan.

Bawah perjanjian gencatan senjata itu, Israel sepatutnya berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan menjelang 26 Januari lalu tetapi tarikh akhir itu dilanjutkan kepada 18 Februari selepas Tel Aviv enggan mematuhi perjanjian.

Israel masih mengekalkan kehadiran tenteranya di lima pos sempadan.

SELAGI ISRAEL

WUJUD

TIMUR TENGAH

TIDAK AKAN

AMAN

KHALAS

JIKA MCA & MIC KELUAR BN - SPRM MASUK


JIKA MCA& MIC

KELUAR BN

SPRM AKAN MASUK

KHALAS

Unknown commented on 
"MIC TERAJANG UMNO"

MiC keluar, terus SPRM igat Saravanan kes rasuah HRDF Corp!

Semua bosses MIC dan MCA ada kes dan fail sakaw takut talian hayat depa putus kalu keluar UMNO!

TIU NA MA - CHINA KATA


TIU NA MA

CHINA KATA

AMIN

Unknown commented on
 "APA ITU MADAFAKA ?"

Omputih kata "mother fucker". 
Orang Cina kata "Tiu nia ma ka cau hai"

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 2 OGOS 2025

TERBAIK

TRUMP SEMAKIN GILA


TARIF
Kah kah kah... banyak negara kena cukai. Trump naikkan cukai – ada negara  kena 50% ada 25% ada 30% ada 10% ada 15% - Malaysia kena 19% - berat amat berat. 

Kalau di asrama – Trump ini kaki buli.

Dalam dunia politik Trump ini terbaik. DIA sedang huru harakan kaum kapitalis dunia – kah kah kah. Ini belum pernah berlaku.

STATITIK tenaga kerja Amerika baru keluar dari Jabatan Buruh. Jeng jeng jeng. Angka menunjukkan jumlah warga tak ada kerja meningkat. Maka Trump buang ketua pengarah kajian ini. 

Trump kata ekonomi Amerika sedang rancak berkembang. Trump kata angka ini sengaja di manipulasi untuk tunjukkan bahawa dasar Trump gagal. Kah  kah kah.

DUNIA DALAM BAHAYA:
Trump beri arahan kepada 2 kapal selam nuklear Amerika untuk beralih tempat. Ini sebagai jawapan pada tweet  bekas Presiden Rusia yang berkata: Langkah Trump untuk kenakan lagi sekatan-sanction kepada Rusia akan menuju perang.

Pasti dua kapal selam ini beralih dari lautan Hindi  ke laut yang hampir dengan Rusia.

MALAYSIA BELI 30 BOEING
Kah kah kah.. Sekarang penumpang kapal terbang sebelum beli tiket bukan tanya HARGA tapi tanya KAPAL TERBANG JENIS APA – kah kah kah..

KALAU dengar BOEING – ramai tak jadi naik kapal tersebut – SEMUA nak naik AIRBUS. Ini kerana dalam masa beberapa tahun ini satu demi satu pesawat Boeing jatuh. 

Boeing terakhir jatuh ialah AIR INDIA.

Untuk sedap cerita ada Mamat Jurutera  Boeing dia buka cerita tentang cara buat pesawat Boeing   makin manai. Makin sambil lewa – tidak teliti -   ini kerana syarikat ini lebih menumpukan pembuatan  jet pejuang untuk askar.

Tup tup – Mamat ini di temui mati. Seperti biasa dituduh bunuh diri macam Teo Beng Hock dan Sara. AMIN

AMERIKA
Syarikat Tesla diarah oleh mahkamah bayar ganti rugi 200 juta dolar  pada keluarga dua mangsa terkorban.  Dua mangsa dilanggar oleh kereta Tesla TANPA PEMANDU ketika mereka di tempat letak kereta.

INDONESIA
Gunung berapi Lowotobi meletup sekali lagi. Gunung ini memuntahkan abu panas setinggi 10 kilometer.

COLOMBIA
Bekas Presiden Columbia didapati bersalah kes rasuah. Kena penjara – tahanan rumah – selama 12 tahun.

GAZA
Kapal terbang dari German mula menggugurkan bantuan makan dan ubatan pada  warga Gaza.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Angin sejuk. Matahari bersinar indah. Langit biru terbentang dengan sedikit awan putih.  KK & KL Sentral cerah. Petang kemarin  hujan sekejap sekejap.

Seperti biasa suara Tekukur dan suara Pipit di dengar. Pagi Sabtu ini Abang Potong Rumput bekerja seorang diri.

Gua yakin hari ini akan panas. Petang jika berangin akan sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI AHAD

BRO
Bila keadaan tidak stabil ini bermakna perubahan akan sampai. 

BRO
Bila lu lupakan apa yang lu nak sangat maka yang tinggal hanya apa yang lu perlukan.

BRO
Dimana ada air di situ ada ikan. Dimana ada cinta di situ ada kehidupan. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEREHAT