Sabtu, 2 Ogos 2025

LEBANON DISERANG ISRAEL




Israel lancar serangan udara bertalu-talu ke atas Lubnan


ANKARA: Kementerian Kesihatan Lubnan hari ini mengumumkan beberapa siri serangan udara yang dilancarkan Israel, semalam, meragut sekurang-kurang empat nyawa, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Agensi berita rasmi Lubnan, NNA, melaporkan jet pejuang Israel melancarkan serangan udara bertalu-talu ke atas kawasan selatan dan timur negara itu pada malam Khamis.

Serangan berkenaan menyasarkan bandar dan kawasan pergunungan di Lembah Beqaa serta daerah selatan, dalam satu peningkatan konflik yang ketara.

Israel melancarkan operasi ketenteraan di Lubnan pada 8 Oktober 2023, yang kemudian berkembang menjadi serangan berskala penuh menjelang September 2024 sehingga mengorbankan lebih 4,000 mangsa dan mencederakan kira-kira 17,000 lagi.

Satu gencatan senjata dicapai pada November, namun tentera Israel terus melancarkan serangan hampir setiap hari di selatan Lubnan atas alasan menyasarkan aktiviti kumpulan Hizbullah Lubnan.

Bawah perjanjian gencatan senjata itu, Israel sepatutnya berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan menjelang 26 Januari lalu tetapi tarikh akhir itu dilanjutkan kepada 18 Februari selepas Tel Aviv enggan mematuhi perjanjian.

Israel masih mengekalkan kehadiran tenteranya di lima pos sempadan.

SELAGI ISRAEL

WUJUD

TIMUR TENGAH

TIDAK AKAN

AMAN

KHALAS

Tiada ulasan: