Ahad, 3 Ogos 2025

RIZAL KHALID KAHWIN DENGAN SIAPA ?

 


ORANG JAHAT  INDON

KAHWIN DENGAN

SIAPA?

KHALAS

PENJAHAT INDON DI LINDUNGI DI MALAYSIA


PEJAHAT INDON

DILINDUNGI

DI MALAYSIA

AMIN

AMERIKA SAHKAN ADA GENOSID DI CAZA


Wakil AS sahkan pembunuhan ratusan rakyat Palestin di pusat agihan bantuan


GAZA: Wakil khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff , hari ini melawat sebuah pusat agihan makanan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong negara itu dan menyaksikan sendiri bagaimana mereka jadi mangsa serangan.

Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa tentera Israel membunuh ratusan rakyat Palestin yang kelaparan ketika menunggu bantuan.

Lawatan berkenaan berlangsung ketika laporan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) yang turut menuduh Israel menjadi menyebabkan pembunuhan beramai-ramai secara berkala berhampiran lokasi bantuan yang disokong AS.

Pejabat hak asasi manusia PBB di Palestin menyatakan sekurang-kurangnya 1,373 orang terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan di Gaza sejak 27 Mei lalu termasuk 105 orang dalam dua hari terakhir bulan Julai.

Katanya, kebanyakan kematian berkenaan berpunca daripada tindakan ketenteraan Israel, menyebabkan 859 terbunuh berhampiran tapak bantuan makanan yang disokong AS dan 514 lagi di sepanjang laluan konvoi bantuan PBB dan agensi kemanusiaan lain.

Duta AS ke Israel, Mike Huckabee, menerusi hantaran di platform X memaklumkan beliau dan Witkoff mengunjungi Gaza bagi mengetahui kebenaran mengenai pusat bantuan swasta yang dikendalikan Gaza (GHF) yang menerima sokongan AS.

Huckabee berkata, pihaknya menerima taklimat daripada Pasukan Pertahanan Israel IDF dan bercakap dengan penduduk di lapangan dan GHF mengagihkan lebih satu juta hidangan sehari iaitu satu pencapaian luar biasa.

"Hamas membenci GHF kerana mereka mampu menyampaikan makanan kepada rakyat tanpa dirampas oleh Hamas," katanya.

GHF dalam satu hantaran di akaun X rasminya menyifatkan lawatan Witkoff dan Huckabee sebagai satu penghormatan dan keistimewaan ketika mereka meraikan penghantaran hidangan ke-100 juta di Gaza, memenuhi seruan Presiden AS, Donald Trump untuk memimpin dengan kekuatan, belas kasihan dan tindakan.

Dalam pada itu, agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan 11 orang terbunuh akibat serangan udara dan tembakan Israel hari ini, termasuk dua mangsa yang berada berhampiran tapak agihan bantuan GHF.

GHF dilihat semakin mengambil alih peranan sistem bantuan kemanusiaan yang sejak sekian lama diketuai PBB, ketika Israel mula melonggarkan sekatan bantuan selama lebih dua bulan yang memburukkan lagi kekurangan makanan dan keperluan asas. – AFP 

AMERIKA SAHKAN

ASKAR ZIONIS 

BUNUH

ORANG AWAM

YANG BERATUR

MENUNGGU 

BANTUAN

 MAKANAN
AMIN

APAKAH AMERIKA

AKAN HENTIKAN

HANTAR SENJATA

PADA ISRAEL ?

KHALAS

MALAYSIA DI PAKSA BELI BOEING



MALAYSIA DIPAKSA

BELI 30 PESAWAT

BOEING YANG

RAJIN TERHEMPAS

KHALAS

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Terpaksa akur terpaksa ikut kerana Amerika ada masuk pelaburan berbillion di negara ini, beribu orang kita bergantung kepada pelaburan Amerika, ada juga yang tidak masuk apa-apa terus dibela terus dipertahankan terus diangkat seagama sebangsa sebudaya kah kah kah 

maka golongan ini dilabelkan sebagai apa? Belum ada ayat yang sesuai? Apapun Madafaka semakin rancak seiring sejalan mengatur langkah menuju kesempurnaan kah kah kah

RASUAH BERMULA DARI PEMIMPIN NEGARA


RASUAH BERMULA

DARI PEMIMPIN

NEGARA

AMIN

Unknown commented on 
"JIKA MCA & MIC KELUAR BN - 
SPRM MASUK"

Ya betul betul betul, seluruh organisasi seluruh kepimpinan seluruh bijak pandai tersangkut rasuah kerana rasuah bermula dari kepala kah kah kah, kalau nak hapuskan rasuah mula dari teratas sekali bawa payung kiri kanan itu kah kah kah

PAGI INI


 PAGI INI

PAGI INI

AHAD 3 0GOS 2025

TEMPAT BELAJAR TEMPAT MATI


SEKOLAH JADI TEMPAT MATI
Hoi... kita baca berita Zara di Sabah meninggal dunia. DI lapor bunuh diri tapi keluarga menolak cadangan ini.

Apa berlaku ? 
Jeng jeng jeng.

Di Johor juga ada  siswa mati. Sedang di siasat. Keluarga mahu peguam ikut sama dalam tim siasat. Keluarga tak puas hati apakah  siswa ini kemalangan atau jeng jeng jeng ... di bunuh... jeng jeng jeng.

Di Utara juga seorang pelajar mati di langgar kereta. Ini kemalangan. Tapi yang nak jadi cerita kereta yang melanggar ini di pandu oleh Abang Polis – bukan kereta polis.  Di laporkan kereta ini langgar lampu merah. Jeng jeng jeng.

Dulu DI IPOH juga ada kes polis ada pangkat langgar pelajar – apa JADI ? jeng jeng  jeng.

Semua janji nak siasat – Tapi gua harap  JANGAN JADI KES TEO BENG HOCK. 

MAT INDON BERNAMA RIZAL KHALID
Berita Mamat Orang Jahat INDON heboh di Indonesia.  Mamat ini di cari polis. Pasport Mamat ini dah di lupus.  Mamat ini dikatakan menyorok di Malaysia. Jeng jeng jeng.

Nak buat ceriat MAMAT ini kenal dengan MADAFAKA. Malah di lapor  Mamat ini nak melabur  cari gali RARE EARTH – Nadir Bumi di Kedah. Cerita ini di bocor oleh  Sanusi ketika kempen PRN Kedah. Jeng jeng jeng.

Ketika Madafaka di Jakarta rupa-rupanya Madafaka kena tanya oleh media Indon ...jeng jeng jeng ... Madafaka seperti biasa MOHONG kah kah kah.

KES ini molek sekali... kita  ada satu peluru untuk tibai Madafaka... kah kah kah. AMIN

UKRAINE
Rasuah makin menjadi-jadi di Ukraine. YB yang rapat dengan Presiden Zelensky telah di tahan kerana rasuah.  Rasuah beli drone – harga berganda-ganda mahal.

INDIA
Negara ini masih lagi membeli minyak dari Rusia walau pun Trump dah beri amaran. Trump juga beri ancaman.

BANGLADESH
Bicara  Sheikh Hasina  bermula. Bekas PM ini   sedang menyorok di India.

SWEDEN FINLAND NORWAY
Panas yang maha panas. Musim panas yang ter panas dalam sejarah negara Nordic ini.

GAZA
Hamas buat kenyataan yang HAMAS TIDAK AKAN LETAK KAN SENJATA – sehingga  NEGARA PALESTIN di dirikan.

KAMBOJA
Negara ini minta Malaysia bantu  pembebasan 18 orang askar Kemboja yang masih di tawan di Siam.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Mata hari dah keluar. Cahaya bersinar indah. Langit biru pucat – berawan putih.

Di pintu masuk Cengkerik mendesit.  Agak sunyi pagi Ahad. Dua Abang Potong Rumput bekerja. Wow berbelas-belas – ramai sungguh – tiong mengelilingi  Abang yang sedang bekerja. Bila gua melintas  Tiong berterbangan . Ini kawasan rezeki untuk Tiong.

Dari dapor  gua terdengar Jantan berkokok dalam hutan belukar. Menjadikan pagi Ahad ini indah.

Hari ini akan panas. Jika angin kuat  petang ini malam jadi sejuk santai. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
PAGI AHAD

BRO
 Ketika lu bercinta hanya ada dua perkara :  Badan lu dan kata-kata lu.

BRO
Masa lu jatuh cinta jiwa lu akan keluar merangkak dari tempat sembunyi.

BRO
Tidak ada sapa pun dapat mengukur menimbang   hati yang menahan.

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERCUTI