Wakil AS sahkan pembunuhan ratusan rakyat Palestin di pusat agihan bantuan
GAZA: Wakil khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff , hari ini melawat sebuah pusat agihan makanan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong negara itu dan menyaksikan sendiri bagaimana mereka jadi mangsa serangan.
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa tentera Israel membunuh ratusan rakyat Palestin yang kelaparan ketika menunggu bantuan.
Lawatan berkenaan berlangsung ketika laporan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) yang turut menuduh Israel menjadi menyebabkan pembunuhan beramai-ramai secara berkala berhampiran lokasi bantuan yang disokong AS.
Pejabat hak asasi manusia PBB di Palestin menyatakan sekurang-kurangnya 1,373 orang terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan di Gaza sejak 27 Mei lalu termasuk 105 orang dalam dua hari terakhir bulan Julai.
Katanya, kebanyakan kematian berkenaan berpunca daripada tindakan ketenteraan Israel, menyebabkan 859 terbunuh berhampiran tapak bantuan makanan yang disokong AS dan 514 lagi di sepanjang laluan konvoi bantuan PBB dan agensi kemanusiaan lain.
Duta AS ke Israel, Mike Huckabee, menerusi hantaran di platform X memaklumkan beliau dan Witkoff mengunjungi Gaza bagi mengetahui kebenaran mengenai pusat bantuan swasta yang dikendalikan Gaza (GHF) yang menerima sokongan AS.
Huckabee berkata, pihaknya menerima taklimat daripada Pasukan Pertahanan Israel IDF dan bercakap dengan penduduk di lapangan dan GHF mengagihkan lebih satu juta hidangan sehari iaitu satu pencapaian luar biasa.
"Hamas membenci GHF kerana mereka mampu menyampaikan makanan kepada rakyat tanpa dirampas oleh Hamas," katanya.
GHF dalam satu hantaran di akaun X rasminya menyifatkan lawatan Witkoff dan Huckabee sebagai satu penghormatan dan keistimewaan ketika mereka meraikan penghantaran hidangan ke-100 juta di Gaza, memenuhi seruan Presiden AS, Donald Trump untuk memimpin dengan kekuatan, belas kasihan dan tindakan.
Dalam pada itu, agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan 11 orang terbunuh akibat serangan udara dan tembakan Israel hari ini, termasuk dua mangsa yang berada berhampiran tapak agihan bantuan GHF.
GHF dilihat semakin mengambil alih peranan sistem bantuan kemanusiaan yang sejak sekian lama diketuai PBB, ketika Israel mula melonggarkan sekatan bantuan selama lebih dua bulan yang memburukkan lagi kekurangan makanan dan keperluan asas. – AFP


2 ulasan:
kalau US stop gimanasih isroel nak tapau Iran
Wow dahsyat tahun 2025 baru sedar, baru terbangun mimpi indah, selama ini tidak sedar? Kah kah kah pelik orang politik mimpi siang hari, terbangun mimpi semuanya mengikut acuan politik, rosak rosak rosak dunia woit, sama macam orang politik kita, tetiba sedar, tetiba muncul tetiba faham, tetiba semuanya jadi malaikat maut kah kah kah selama ini curi rompak projek komisen tak nampak? Kah kah kah
Catat Ulasan