Sabtu, 4 Oktober 2025

AGENDA PALESTIN DI BANGSA BANGSA BERSATU



AGENDA PALESTIN

DI BANGSA BANGSA

BERSATU



Persidangan Tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu September 2025 di New York  kali ini di dominasi oleh Palestin. Apa yang telah berlaku di Gaza semenjak 7 Oktober 2023  telah membuka mata dunia dan membawa Palestin ke PBB di New York.

Dulu pada tahun 1973 perkara yang sama  berlaku. Ini sesudah Perang Ramadan atau Perang Yom Kippur. Perang  Arab -Israel ini bermula pada 6 Oktober dan berhenti pada 25 Oktober 1973,

Perang Ramadan ini membawa  perbincangan di PBB. Kemudian membuka jalan  ke Perjanjian Camp David pada 17 September 1978. Pertemuan dan Perjanjian Camp David   antara Anwar Sadat dari Mesir  dengan Menachem Begin dari Israel. Presiden Jimmy Carter menjadi Orang Tengah.

Perjanjian Camp David adalah  pembelotan pertama negara Arab. Negara Mesir yang terkuat dan terunggul menjadi mandul satelah Camp David. 

Kemudian ke Perjanjian Oslo 13 September  1993. Perjanjian ini menemukan Yasser Arafat dan Yitzhak Rabin.  Presiden Bill Clinton menjadi Orang  Tengah. Diikuti dengan Perjanjian Oslo 2 tahun 1995. Latar belakang Perjanjian Oslo ini ialah Intifada 1 dan Intifada 2.  Dari sini  konsep  Penyelesaian Dua Negara mengeram dan menetas.

Ini adalah pembelotan Kedua. Kali ini  pemimpin Palestin di mandulkan  dan menerima wujudiah Israel. 

Kali ini  agenda Palestin juga muncul pada  bulan September. Pada 9 September 2025 – di hari ulang tahun PBB yang ke 80 agenda Palestin muncul kembali.  Kali ini yang membawa Palestin ke PBB ialah Taufan Al-Aqsa. 

Pada subuh Sabtu 7 Oktober 2023 gerila Hamas – Brigade Al-Qassam -  telah masuk menyerang  Israel. Hamas menamakan  subuh ini Operasi Taufan Al-Aqsa. Pertempuran berlaku. Lebih dari 1200 warga Israel telah tewas. Seramai 251 warga Israel telah ditawan oleh gerila Hamas dan dibawa masuk ke Gaza.

Soldadu Zionis menyerang balas. Gaza meledak menjadi sasaran bala tentera Zionis Israel.  Mengikut data terakhir dari Jabatan Kesihatan Gaza hingga ke hari ini lebih dari 65 ribu warga Gaza tewas. Mengikut  data UNICEF – berakhir bulan Jun 2025 -  lebih 50 ribu kanak-kanak tewas dan cedera.

Gaza hancur  musnah. Bangunan tinggi semua menyembah bumi.  Padang jarak padang tekukur.

Gaza di bom dari udara dan dari darat.  Israel menjalankan   dasar pembunuhan beramai-ramai – genosid. 

Projek genosid ini bertujuan untuk menghapuskan umat Palestin.  Pemimpin Eropah – German, UK dan Peranchis  - buat-buat tak nampak. Pemimpin  Negara Selatan mula bersuara.  Warga dunia marah menyinga bila melihat jenayah Zionis Israel.

Trump   dan Netanyahu berjabat salam sambil tersenyum  puas. Trump merancang untuk menjadikan Gaza tempat  bercanda-canda para elit  politik dan orang-orang kaya dunia. Gaza akan di bersihkan untuk dijadikan hartanah mewah yang  berhadapan dengan Lautan Tengah.

Si Kaya dan Cukong Pemaju  Hartanah tersenyum dan meleleh air liur melihat   tanah di tepi pantai berpasir landai. Menantu Trump – Yahudi Zionis  Jared Kushner  -  seorang   pemaju  sedang merancang dengan para saudagar Arab untuk membina Gaza. Ini perancangan  senyap pasca perang.

Selama dua tahun kebelakangan ini  -  semenjak 7 Oktober 2023 – berita  Gaza terus menjadi induk berita di media dunia.  Serangan soldadu Zionis Israel berlaku tanpa henti.

Pada 21 November 2024, berikutan penyiasatan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant, bekas Menteri Pertahanan Israel.

Demo besar-besaran berlaku di New  York, di London, di Paris, di Melbourne  , di Tehran di Jakarta juga  di Kuala Lumpur – kerajaan di negara-negara ini mendapat tekaan dari rakyat untuk membantai Israel dan menyokong Palestin. 

Manakala pemimpin negara Arab  seperti Mesir, Tunis, Moroko dan Negara Telok senyap menggaru telor. Rakyat  di larang berdemo di jalan raya. Malah kerajaan Saudi mengharamkan penggunaan kaffiyeh - selendang hitam putih simbol Palestin.

Dalam Israel Netanyahu juga mendapat tekanan dari keluarga tawanan Hamas.  Dalam masa yang sama perang di Gaza ini memaksa Isreal memanggil soldadu simpanan. Ekonomi Isreal terbarai. Semua Ini  menambah tekanan kepada Netanyahu. 

Justeru untuk meredakan tekanan keluarga tawanan Netanyahu bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata. Maka gencatan senjata dilakukan pada 19 Januari 2025 hingga 25 Mac 2025.  Gencatan  senjata ini hanya untuk sementara – untuk pertukaran tawanan. Kemudian perang bermula kembali - lebih ganas dan lebih dahsyat.

Netanyahu mahu : Hampas di hapuskan.  Tawanan  Hamas dibebaskan. Ini mantra Netanyahu kepada dunia.

Penjenayah genosid kurun ini – Netanyahu yang ada waran tangkap -   masih lagi mendapat sambutan permaidani merah  bila datang ke Rumah Putih. Presiden Trump bukan hanya  mengalu-alukan Netanyahu malah memberi lampu hijau : ‘ Buatlah yang  perlu kamu buat ... lakukan apa yang perlu kamu laku ... demi keselamatan Israel....’ 

Dunia hari ini jelas melihat dan memahami  tanpa sokong Amerika  negara Yahudi Zionis  Israel akan musnah.  Tanpa Amerika malah lebih tepat tanpa Presiden Donald Trump  Perdana Menteri  Netanyahu tidak ada keupayaan untuk melakukan apa yang sedang Israel lakukan hari ini terhadap Gaza dan Palestin.

Sokongan padu  – dana dan bantuan senjata – dolar,  bom dan roket  - dari Amerikalah yang menjadikan Zionis Israel  merasa berani melakukan jenayah genosid terhadap Palestin.

Negara sekutu Israel seperti UK, German dan Peranchis – membekal  senjata. Negara-negara ini menjadi pembekal senjata untuk menyokong  bantuan senjata dari Amerika. UK  bersama Amerika – CIA – MI5 dan Mossad – bekerja sama  mengumpul maklumat dan memberi panduan sulit  untuk  membantai Palestin.

Ajen  CIA, MI5 dan Mossad berkeliaran di serata dunia untuk mengumpul maklumat.   Siapa dan sosok mana yang wajib dibunuh kini disenaraikan. Teknologi canggih terus membantu lembaga risikan ini. Ajen Mossad  menyusup masuk secara gelap ke  dalam badan-badan risikan di Negara Selatan.

Pada 18 September  2025 Majlis Keselamatan PBB telah  meluluskan resolusi  menuntut Israel  melakukan gencatan senjata dan semua tawanan  di bebaskan.  Sebanyak 15 negara dalam Majlis Keselamatan telah bersetuju tetapi resolusi ini telah di veto oleh Amerika.

Perang berterusan. Netanyahu  mengumumkan bahawa tentera darat  Isreal akan masuk secara besar-besaran untuk menghalau semua warga Palestin yang masih lagi berada di Gaza – atas alasan untuk memusnahkan gerila Hamas.

Kem-kem penempatan warga pelarian sudah disediakan di wilayah sempadan Mesir -Israel.  Warga Gaza seperti lembu sedang di halau  dan  diasak untuk masuk ke kandang ini di Mesir.

Satu demi satu negara sekutu Israel  telah mula berubah pandangan dan mahu mengiktiraf. Palestin. Sebelum persidangan PBB kali ini Peranchis, UK,  Australia telah mengeluarkan kenyataan untuk mengiktiraf Palestin. 

Negara Eropah yang berhaluan kiri seperti Ireland dan Sepanyol sudah lama bersuara menyokong Palestin dan mengutuk  jenayah Zionis Israel. Negara-negara  Selatan – di Latin Amerika, Afrika dan Asia telah lama menyokong Palestin.

Malah kes jenayah  genosid Zionis Israel yang dibawa ke  Mahkamah  Dunia telah diajukan  oleh  Afrika Selatan.

Persidangan PBB kali ini  secara rasmi telah mengiktiraf  Negara Palestin. Sebanyak  157 daripada 193 negara anggota PBB telah mengiktiraf Palestin yang  merangkumi Tebing Barat yang diduduki Israel, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan Semenanjung Gaza. Projek Penyelesaian Dua Negara ini akan menggunakan sempadan tahun 1967.

Bunyinya amat molek tetapi apakah ianya masuk akal. 

Pertama sikap Amerika yang mustahil akan mengiktiraf Palestin. Lihat sahaja bagaimana wakil Penguasa Palestin telah tidak mendapat visa untuk bersama dalam persidangan di PBB kali ini. Selagi kuasa imperialis Amerika tidak mengubah dasar maka mustahil negara Palestin akan muncul.

Kedua : Hingga ke hari ini Israel tidak memiliki tanda sempadan yang jelas dalam peta dunia. Ini kerana Israel yang wujud hari ini hanyalah sebahagian dari projek besar untuk mendirikan Israel  Raya. Projek Israel Raya ini mencakupi  wilayah dari  Semenanjung Senai ke Lebanon ke Syria hingga ke Iraq.

Paling akhir – apakah Projek Dua  Negara ini dapat di tuntaskan.   Berita telah muncul – media dunia telah melaporkan – Penjenayah Perang Iraq -  Tony Blair – bekas PM UK akan memainkan peranan penting dalam projek ini. 

Wajib di sedari dalam satu segi dunia melihat apa yang sedang berlaku dalam PBB di New York amat positif – Palestin di iktiraf.   Tapi di belakang   ini ada satu perancangan yang amat licik. 

Melihat apa yang sedang berlaku di PBB – mengingatkan  kita semua kembali kepada peranan PLO dan pembelotan.  Penguasa Palestin – Mahmud Abbas -  sama seperti peranan  Tunku Abdul Rahman – sedang menunggu  dengan setia.

Kali ini pembelotan kali ke tiga akan berlaku. Peranan Mahmud Abbas ini sama seperti  peranan Tungku ? Mahmud Abbas dan Tunku sama? Sila  tunggu minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI
TELAH DI SIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIAKINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/756522#google_vignette









TOLAK TRUMP LAWAN ZIONIS TEMPATAN


TOLAK TRUMP

LAWAN

ZIONIS TEMPATAN

KHALAS

HAMAS TOLAK PROJEK TRUMP


Hamas di Gaza tolak pelan damai Trump

GAZA: Ketua sayap tentera Hamas di Gaza, Izz al-Din al-Haddad, memberitahu pihak perantara bahawa beliau menolak pelan gencatan senjata Amerika Syarikat (AS), sambil menegaskan kumpulannya bertekad untuk terus berjuang.

Pada masa sama, Mesir meneruskan usaha memujuk Hamas menerima cadangan itu, dengan Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, mengakui masih terdapat jurang besar yang perlu ditangani.

BBC melaporkan pada Khamis bahawa perantara menghubungi al-Haddad yang menegaskan beliau tidak bersetuju dengan pelan gencatan senjata baharu AS.

Menurut laporan itu, al-Haddad percaya pelan berkenaan dirangka bagi menjatuhkan Hamas sama ada kumpulan itu menerimanya atau tidak, justeru beliau bertekad meneruskan pertempuran.

Laporan itu turut menyebut, sebahagian pemimpin Hamas di Qatar dilihat terbuka untuk mempertimbangkan pelan damai itu dengan beberapa pindaan, namun pengaruh mereka terhad kerana tiada kuasa terhadap tebusan yang ditahan.

Perpecahan dalam kepimpinan Hamas dilaporkan menghalang kumpulan itu membuat keputusan mengenai pelan damai Trump, manakala pihak perantara sedang berusaha memecahkan kebuntuan tersebut.

Cadangan mereka ialah Hamas menerima pelan berkenaan secara prinsip, sebelum satu persidangan antarabangsa diadakan bagi membincangkan butiran lanjut.

Antara persoalan utama Hamas ialah sama ada gencatan senjata akan bermula serta-merta selepas pengumuman sokongan terhadap prinsip pelan itu.

Hamas berpendapat, persetujuan itu sepatutnya bermakna pemberhentian serta merta segala tindakan ketenteraan.

Namun, Israel menegaskan gencatan senjata hanya akan berkuat kuasa selepas Hamas dan semua puak Palestin lain memberi persetujuan penuh, sebelum tempoh kiraan tiga hari bermula untuk pembebasan semua baki tebusan.

Menurut Al Arabiya, pertikaian dalaman Hamas mengenai pelan damai Trump bagi Gaza menyebabkan kumpulan itu belum dapat membuat keputusan ketika ini, meskipun menerima tekanan daripada AS dan sebahagian besar negara Arab.

Bagi mengelakkan tarikh akhir ditetapkan Trump terlepas, Qatar, Mesir dan Turkiye mencadangkan formula baharu iaitu Hamas mengisytiharkan penerimaan terhadap prinsip pelan berkenaan, kemudian satu persidangan antarabangsa akan diadakan bagi membincangkan butirannya.

Hamas turut memaklumkan kepada perantara bahawa mereka memerlukan lebih daripada tiga hari untuk menghubungi semua kumpulan bersenjata yang menahan tebusan dan membuat persediaan pembebasan.

Pemimpin Hamas juga memberi amaran kemungkinan kumpulan lain, termasuk Jihad Islam Palestin yang turut menahan tebusan, enggan mematuhi pelan itu. - AGENSI

HAMAS TAHU

INI PROJEK

ZIONIS

 BLACKROCK

AMIN

PROJEK NAK

PASTIKAN HAMAS

LUCUT SENJATA

AMIN

TANPA SENJATA

ERTINYA MENYERAH

LEHER

KHALAS

TOLAK TRUMP TOLAK MADAFAKA



KEMPEN

TOLAK TRUMP

ERTINYA

HASUT

TOLAK MADAFAKA

KHALAS

Unknown commented on 
"MARI BERSAMA
 JAM 2 PETANG INI"

Buat apa buang masa dan duit berhimpun dan menjerit kat zionis dan trump. Samada 100 atau 100,000 turun jalanraya kat Msia, zionis dan trump ambil pot ke? Kalau betul ada teloq, baik boikot barang dan servis zionis dan merika. Jangan guna Mikrosof, watsapp; jangan naik boeing ya .....

PENJILAT LUBAQNG CIRIT


PENJILAT

LUBANG CIRIT

KAH KAH KAH

KHALAS




Unknown commented on 
"MUFTI PENJILAT LUBANG"

penjilat asshole madapfaka

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 4 OKTOBER 2025

DEMO URA SOGO JAM 2 PETANG


P URA P URA
Wow nampaknya ramai YB Melayu dah mula sedar tentang P ura P ura. Gerombolan buat keputusan  mahu tangguh RUU ini. Ini langkah baik dan bijak – jika tidak akan banyak lagi gerombolan hilang kerusi.

JUSTERU – petang ini kami akan turun ke SOGO jam 2 petang untuk berdemo -  dan kemudian akan berarak ke KLCC – atau ke Dataran jeng jeng jeng.

Kawan- kawan di jemput datang sama buat ramai. P URA P Ura ini adalah projek Cukong nak rembat Tanah Melayu – akhirnya  TANAH  Melayu jadi milik Cukong.

DEMO LAWAN BAPAK SETAN
Kemarin ribuan turun berdemo lawan Bapak Setan – mula jam 2 petang – Pada jam 11 malam gua di beritahu masih ada lagi GENG GEN  ZEE berdemo di depan pejabat Kepala Setan. Ini adalah berita baik.

Jelas Demo dah jadi budaya kita – Kibarkan BENDERA LANUN LUFFY – ini tanda anak muda  Gen  Zee bangun melawan. AMIN.

GAZA
Di beritakan Hamas menerima  cadangan  projek damai Trump. Tapi enggan menerima fasal LETAK SENJATA .

AMERIKA
Trump mengarahkan Setanyahu untuk hentikan mengebom Gaza kerana Hamas  dah setuju nak bebaskan tawanan.

ITALI
Kerajaan Meloni  sedang di tekan oleh rakyat – demo di sana sini – Warga Itali mahu Palestin di iktiraf.

ISREAL
Pintas 42 kapal akhir Flotila Sumud. Aktivis di tangkap dan di hantar ke Israel untuk dihantar ke Eropah.

CZECH
PRU garis kanan anti imigran menang besar.
Nama bakal PM ialah Andrej Babi seorang bilionair. Kerajaan baru ini akan mengurangkan sokongan pada Ukraine.

IRAN
Negara ini bercadang untuk memindahkan ibu kota ke wilayah lain. Ini kerana Tehran mengalami kekurangan air.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah segar. KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin hujan malam hingga ke petang renyai. Matahari tak nampak. Langit biru pucat.

Agak sunyi pagi ini. Dua Abang Potong Rumput bekerja.

 Ha ha – pagi ini hanya dua Puppy Kuning datang sambut gua dari jauh. Mereka turun  dari  bukit terus ke jalan.  Yang laian tak nampak.

Wow – semua makanan  untuk mereka berdua. Mereka pilih yang terbaik. Kemudian lepas makan nak bermain dengan Tak Tak dan  Ezi.

Bila gua bergerak jauh – saekor gagak datang ke  makam dan mula mencari rezeki. Pagi ini rezeki Gagak – Gua gumbira.

Hari ini gua tak ke pasar – gua nak ke Sogo. Matahari dah keluar. Demo kemarin basah – gua harap demo hari ini kering panas. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DIPAGI
SABTU

BRO
Bila lu jatuh lau bangun lu pasti akan jadi lebih kuat. Tak lupa kenapa lu jatuh.

BRO
Lu berjalan  untuk lu sendiri kerana lu enjoi  bukan untuk dapat pujian.

BRO
Hari ini lu jadikan hari terbaik untuk diri lu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERDEMO