Sabtu, 4 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 4 OKTOBER 2025

DEMO URA SOGO JAM 2 PETANG


P URA P URA
Wow nampaknya ramai YB Melayu dah mula sedar tentang P ura P ura. Gerombolan buat keputusan  mahu tangguh RUU ini. Ini langkah baik dan bijak – jika tidak akan banyak lagi gerombolan hilang kerusi.

JUSTERU – petang ini kami akan turun ke SOGO jam 2 petang untuk berdemo -  dan kemudian akan berarak ke KLCC – atau ke Dataran jeng jeng jeng.

Kawan- kawan di jemput datang sama buat ramai. P URA P Ura ini adalah projek Cukong nak rembat Tanah Melayu – akhirnya  TANAH  Melayu jadi milik Cukong.

DEMO LAWAN BAPAK SETAN
Kemarin ribuan turun berdemo lawan Bapak Setan – mula jam 2 petang – Pada jam 11 malam gua di beritahu masih ada lagi GENG GEN  ZEE berdemo di depan pejabat Kepala Setan. Ini adalah berita baik.

Jelas Demo dah jadi budaya kita – Kibarkan BENDERA LANUN LUFFY – ini tanda anak muda  Gen  Zee bangun melawan. AMIN.

GAZA
Di beritakan Hamas menerima  cadangan  projek damai Trump. Tapi enggan menerima fasal LETAK SENJATA .

AMERIKA
Trump mengarahkan Setanyahu untuk hentikan mengebom Gaza kerana Hamas  dah setuju nak bebaskan tawanan.

ITALI
Kerajaan Meloni  sedang di tekan oleh rakyat – demo di sana sini – Warga Itali mahu Palestin di iktiraf.

ISREAL
Pintas 42 kapal akhir Flotila Sumud. Aktivis di tangkap dan di hantar ke Israel untuk dihantar ke Eropah.

CZECH
PRU garis kanan anti imigran menang besar.
Nama bakal PM ialah Andrej Babi seorang bilionair. Kerajaan baru ini akan mengurangkan sokongan pada Ukraine.

IRAN
Negara ini bercadang untuk memindahkan ibu kota ke wilayah lain. Ini kerana Tehran mengalami kekurangan air.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah segar. KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin hujan malam hingga ke petang renyai. Matahari tak nampak. Langit biru pucat.

Agak sunyi pagi ini. Dua Abang Potong Rumput bekerja.

 Ha ha – pagi ini hanya dua Puppy Kuning datang sambut gua dari jauh. Mereka turun  dari  bukit terus ke jalan.  Yang laian tak nampak.

Wow – semua makanan  untuk mereka berdua. Mereka pilih yang terbaik. Kemudian lepas makan nak bermain dengan Tak Tak dan  Ezi.

Bila gua bergerak jauh – saekor gagak datang ke  makam dan mula mencari rezeki. Pagi ini rezeki Gagak – Gua gumbira.

Hari ini gua tak ke pasar – gua nak ke Sogo. Matahari dah keluar. Demo kemarin basah – gua harap demo hari ini kering panas. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DIPAGI
SABTU

BRO
Bila lu jatuh lau bangun lu pasti akan jadi lebih kuat. Tak lupa kenapa lu jatuh.

BRO
Lu berjalan  untuk lu sendiri kerana lu enjoi  bukan untuk dapat pujian.

BRO
Hari ini lu jadikan hari terbaik untuk diri lu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERDEMO

Tiada ulasan: