Khamis, 20 November 2025

LANCARKAN PERANG KELAS





Si kaya semakin kaya, jurang kekayaan semakin melebar - Oxfam


BERLIN: Pertubuhan pembangunan Oxfam mendedahkan jurang kekayaan antara penduduk dunia terus meningkat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Dalam analisis yang dikeluarkan pada Khamis menjelang sidang kemuncak G20 minggu ini, Oxfam menyatakan bahawa jutawan di negara-negara G20 menyaksikan kekayaan mereka meningkat sebanyak AS$2.2 trilion (RM9.1 trilion) sepanjang tahun lalu.

Kumpulan itu berkata jumlah itu cukup untuk membebaskan 3.8 bilion orang daripada kemiskinan.

Sidang kemuncak G20 akan berlangsung pada Sabtu di Johannesburg.

Kumpulan itu menghimpunkan negara-negara perindustrian utama dan ekonomi yang sedang pesat membangun.

Oxfam berkata jutawan di negara G20 meningkatkan jumlah kekayaan mereka sebanyak 16.5 peratus dalam tempoh setahun, daripada AS$13.4 trilion (RM55.7 trilion) kepada AS$15.6 trilion (RM65 trilion).

Pertubuhan itu menganggarkan kos tahunan untuk menamatkan kemiskinan bagi 3.8 bilion orang yang hidup di bawah garis kemiskinan Bank Dunia, iaitu AS$8.30 (RM34.5) sehari, mencecah AS$1.65 trilion (RM6.9 trilion).

Oxfam menggesa pemimpin G20 supaya memperjuangkan pembentukan sebuah badan antarabangsa bagi menangani jurang kekayaan serta memperhebat usaha mengenakan cukai terhadap golongan yang terlalu kaya.

Isu mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dijangka menjadi antara topik utama yang dibincangkan pada sidang kemuncak itu.


TIDAK ADA

JALAN LAIN

SUSUN ATUR 

PERANG KELAS

AMIN

HANYA PERANG

KELAS AKAN

ADA PERUBAHAN

EKONOMI UNTUK

YANG PAPA KEDANA

KHALAS

FAM PERLU DI GANTUNG


FAM WAJAR DIGANTUNG
SERTA-MERTA

1. Hampir 2 bulan selepas pendedahan FIFA berkenaan 7 pemain warisan FAM kini bagai telur di hujung tanduk apatah lagi FIFA kini mengekalkan hukuman terhadap FAM iaitu sebanyak CHF 350 000 (RM1.8 juta) manakala 7 pemain warisan tersebut digantung aktiviti bola sepak selama 12 bulan serta denda sebanyak CHF 2 000 (RM 10,600). Begitupun krisis ini melebar apabila FIFA mendedahkan pemalsuan dokumen yang dilakukan oleh FAM dan mengarahkan negara terlibat seperti Argentina, Brazil, Belanda, Sepanyol dan Malaysia untuk menyiasat hal ini.


2. Hal ini secara tidak langsung mempersoalkan integriti Malaysia dalam memberi kewarganegaraan terhadap warga asing hingga menyentuh peranan KDN, PDRM yang perlu menyiasat siapa dalang pemalsuan dokumen dan agensi SPRM yang perlu menyiasat unsur rasuah dalam pemberian kewarganegaraan secara tangkap muat ini. Keadaan yang menggemparkan peminat sukan bola sepak negara jika tiada tindakan dari agensi kerajaan yang terlibat termasuklah KBS.
3. Saya juga ingin menegur sikap Hannah Yeoh yang cuba lepas tangan dalam mega skandal membabitkan FAM dan FIFA di mana beliau berulang kali menyuarakan tidak boleh campur tangan dalam isu persatuan sukan. Sebenarnya Hannah Yeoh tidak perlu campur tangan dalam persatuan sukan cukup sahaja meminda beberapa seksyen dalam Akta Pembangunan Sukan 1997, kerana itu adalah tugas utama beliau sebagai seorang menteri menggubal dasar atau akta seiring dengan peredaran masa hari ini. Sepanjang beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan tiada satu akta di bawah KBS dipinda kecuali Kod Sukan Selamat yang diluluskan selepas pertukaran kerajaan yang diusahakan juga oleh Menteri Belia dan Sukan terdahulu iaitu Faizal Azumu dan selepas itu KBS tidak melakukan perubahan besar dari segi dasar atau meminda akta sukan yang agak lapuk.
4. Menurut Akta Pembangunan Sukan 1997 iaitu Akta 576, Hannah Yeoh mempunyai kuasa kerana boleh membuat lantikan dalam Pesuruhjaya Sukan mengikut klausa 10 dan 11 di mana pesuruhjaya tersebut boleh membatalkan pendaftaran sesuatu badan sukan. Melihatkan krisis dalaman yang berlaku dalam FAM, Hannah Yeoh wajar menggunakan kuasa menteri beliau untuk menggantung FAM sementara waktu mengikut seksyen 20 (1A)(c) secara jelas menyatakan Pesuruhjaya sukan lantikan Menteri boleh menggantung persatuan sukan yang "tidak atau cuai untuk meremedikan apa-apa amalan salah,salahlaku atau ketidakteraturan di pihak pemegang jawatannya atau anggotanya dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis yang diberikan oleh Pesuruhjaya"
5. FAM wajar digantung serta-merta atas pelanggaran undang-undang yang jelas baik undang-undang dalam negara mahupun undang-undang badan sukan antarabangsa iaitu FIFA. Hannah Yeoh perlu mengambil keputusan yang keras supaya mana-mana pentadbir badan sukan tidak melanggar peraturan sesuka hati sehingga mencemarkan nama negara. Dalam Seksyen 22 sekiranya badan sukan terbabit digantung maka satu jawatankuasa ad hoc boleh dilantik untuk mengurus hal ehwal badan sukan itu tidak melebihi dari 12 bulan sementara persatuan sukan terbabit mengemukakan rayuan.
6. Saya berpendapat Menteri Sukan perlu mengambil jalan yang agak keras bagi memberi peringatan kepada mana-mana persatuan sukan supaya tidak mengulangi kesalahan seperti FAM lagi. Pendapat ini mungkin tidak popular tetapi apa lagi yang tinggal untuk maruah negara jika tiada tindakan diambil? Kita boleh menyapu segala-galanya di bawah karpet tetapi dunia sedang memerhati. Tanpa tindakan tegas Malaysia akan diejek sebagai sebuah negara yang tiada nilai integriti di mata dunia. Hannah Yeoh bola di kaki anda, lakukan apa yang wajar demi maruah negara yang tercalar teruk.
*YUSLAINI AZMI*
*Aktivis Politik*
*20 November 2025*


HARI INI - MINAH NI NAK KELENTONG APA?


HARI INI

MINAH NI NAK

KELENTONG APA?

KHALAS

KENALI SIAPA SEBENARNYA ANWAR BIN IBRAHIM


KENALI SIAPA

SEBENARNYA

ANWAR  BIN

IBRAHIM

KHALAS



UMNO MIC MCA - PARTI BARUA INGGERIS


UMNO MIC MCA

PERIKATAN

PARTI BARUA

INGGERIS

AMIN

PEJUANG TULIN

PKMM PRM PKM

HISBUL MUSLIMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"MIC NAK KELUAR BN - 
GERTAK ATAU AUTA ?"

Kena ingat asas negara sebelum mencapai kemerdekaan, siapa lupa sejarah pasti mengulangi kesilapan lampau berulang kali, ini sistem kuota sistem kontrak sosial dimulakan kerjasama antara UMNO MCA MIC. Sejarah faham dahulu, orang kita sekarang tidak belajar habis komen ikut emosi tanpa pemikiran tanpa mengira implikasi terhadap negara,

sebab itulah negara semakin ke laut dipimpin oleh warga tua yang tidak mahu melepaskan jawatan demi kepentingan politik perkauman, asas negara dimulakan dengan perkauman sehingga sekarang, walaupun PhD tetapi kotak minda perkauman tetap wujud amin kah kah kah

MANA ALBERT TEI DAPAT DUIT ?




'Kenapa pemimpin GRS tak ambil tindakan terhadap saya?

Ahli perniagaan, Albert Tei mempersoalkan mengapa tiada laporan polis atau tindakan undang-undang diambil terhadapnya sekiranya dakwaan yang mengaitkan beberapa ahli politik Sabah dengan skandal lesen perlombongan tidak benar.

Tei berkata ketiadaan tindakan terhadapnya sekali gus menguatkan dakwaannya, selain membidas kenyataan terbaru ketua menteri sementara Sabah, Hajiji Noor, yang mengatakan kerajaan GRS tetap tegas menolak kewujudan ‘kartel’.

Pengerusi GRS itu, yang dituduh oleh Tei menerima rasuah berkaitan skandal perlombongan terbabit, dilapor berkata bahawa kartel cuba memanipulasi dan menguasai permohonan lesen mineral di negeri itu.

“Jika (Hajiji) tidak bersalah… mengapa beliau tidak membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman fitnah terhadap saya?

“Apa sebenarnya yang membuatkan beliau, sebagai ketua menteri yang memegang kuasa tertinggi di Sabah, takut dan bimbang untuk berdepan dengan saya?” soal Tei dalam satu kenyataan hari ini.

Dia menegaskan bahawa jika dakwaannya terhadap 15 “VVIP” GRS terlibat dalam rasuah adalah “jahat dan memfitnah”, maka tindakan undang-undang sepatutnya telah pun diambil terhadapnya.

“Pemimpin GRS yang terlibat dalam rasuah ini seperti burung unta yang menyorok kepala dalam pasir – berpura-pura tidak dengar dan tidak nampak untuk mengelakkan isu ini.

“Saya sentiasa menunggu tindakan susulan daripada 15 ‘VVIP’ ini, terutama Hajiji, tetapi hingga kini mereka terus mengabaikan semua yang saya lakukan,” katanya.

Menurutnya ketiadaan tindakan itu mungkin kerana mereka yang dituduh “tahu” bahawa pemberi maklumat berkenaan memiliki “pelbagai bukti, termasuk rakaman video lain yang akan menyusahkan mereka”.

Tei juga menegaskan bahawa jika perlu, dia bersedia mendedahkan bahan-bahan itu kepada umum atau di mahkamah kelak.

Pada Nov tahun lalu, Adun Tempasuk, Arsad Bistari membuat laporan polis menafikan kandungan satu rakaman yang mengaitkannya dalam dakwaan rasuah, dengan wakil rakyat GRS itu mendakwa perbualannya dalam rakaman tersebut telah disunting.

Ketika itu, Malaysiakini menerima panggilan daripada seorang pegawai polis Kota Kinabalu yang meminta kerjasama daripada wartawannya.

Pada Feb tahun ini, Adun Membakut Mohd Arifin Arif turut membuat laporan polis terhadap laporan Malaysiakini yang memetik seorang pemberi maklumat mendakwa Arifin cuba menjadi orang tengah untuk “menyelesaikan” skandal rasuah yang melibatkan beberapa Adun Sabah.

Arifin, yang juga menantu Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman, menafikan dakwaan itu sebagai “tidak tepat, mengelirukan, dan mengandungi fakta yang salah serta berunsur fitnah”.

Namun begitu, Malaysiakini belum pernah dipanggil untuk membantu siasatan polis berkaitan laporan Arifin itu.

Tei merupakan pemberi maklumat yang mendedahkan skandal tersebut tahun lalu, yang setakat ini telah mengaitkan lebih 12 Adun Sabah – dua daripadanya sudah didakwa di mahkamah.

Selain dua wakil rakyat itu – Andi Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Yusof Yacob (Sindumin) – Tei sendiri turut didakwa kerana menawar dan memberi rasuah kepada mereka.

Semalam, dalam wawancara dengan Free Malaysia Today, Hajiji dilapor menempelak penafian individu yang terlibat dalam skandal itu, dengan berkata: "Di mahkamah, cakap dia tidak bagi. Jadi siapa yang bagi? Hantu dari mana?”

Walaupun Hajiji tidak menyebut mana-mana nama dalam laporan itu, Tei mendesaknya mengemukakan fakta untuk menyokong tuduhan tersebut.

“Apa yang Hajiji katakan adalah satu dakwaan yang sangat serius, kerana dia telah memutarbelitkan kenyataan saya di mahkamah.

“Jika Hajiji gagal mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya, ini bermakna tindakannya mengandungi unsur memanipulasi fakta perbicaraan yang sedang berlangsung,” tegas Tei.

Tei berkata dia akan membincangkan perkara itu dengan pasukan peguamnya, dan seterusnya mungkin memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap Hajiji di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

PELIK MANA

ALBERT  TEI

DAPAT DUIT ?

AMIN

MAMAT INI

TABUR DUIT

SANA SINI

AMIN

APAKAH INI

DUIT DADAH

NAK CARI JALAN

UNTUK DI CUCI?

AMIN

ORANG RAMAI

JUGA NAK TAHU

PUNCA DUIT

ALBERT TEI

KHALAS