Rabu, 10 Disember 2025

TAK BOLEH BEKERJA - MACAM MANA NAK HIDUP !



Etnik Rohingya seolah-olah 'kebal' tindakan penguatkuasaan


GOMBAK: Warga asing khususnya etnik Rohingya dari Myanmar yang memegang dokumen Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) seolah-olah 'kebal' daripada tindakan penguatkuasaan walaupun pernah beberapa kali ditahan.

Ia terbukti apabila tinjauan pascaserbuan besar-besaran pihak berkuasa di kawasan Selayang Baru pada Sabtu lalu, mendapati warga asing khususnya Myanmar etnik Rohingya kembali berniaga di kaki lima dengan alasan tiada pilihan lain untuk menyara hidup.

Ia menimbulkan persoalan kerana sebagai pemegang dokumen UNHCR, mereka tidak dibenarkan bekerja di negara ini.

Tinjauan BH di kawasan Selayang Baru dan kawasan sekitar semalam mendapati kegiatan perniagaan oleh warga asing terutama warga Myanmar masih berjalan seperti biasa.

Beberapa peniaga warga Myanmar yang ditemui mendakwa mereka tiada pilihan selain berniaga di kaki lima untuk mencari wang meneruskan kehidupan.

"Apa pilihan yang kami ada selain berniaga sayur atau bekerja di pasar. Itu sahaja cara kami boleh dapatkan wang untuk tampung keluarga.

"Saya akui memang satu kesalahan berniaga di sini tapi ini sahaja cara untuk mendapat rezeki. Nak dapatkan pekerjaan lain memang susah. Dulu pernah buat kerja seperti mencuci pinggan, cuci baju tapi diberhentikan," kata Chotimah Muslim, 48.

Menurut Chotimah yang berasal dari Myanmar dan sudah lebih 20 tahun tinggal di negara ini, kesukaran mencari punca pendapatan menyebabkan beliau berniaga sayur di kaki lima.

"Ahli keluarga saya ada 10 orang terdiri daripada ibu, seorang adik lelaki, ibu saudara, tiga anak serta tiga anak saudara dan ibu mereka sudah meninggal dunia. Suami saya pun sudah meninggal dunia tiga tahun lalu.

"Pendapatan hasil menjual sayur juga tidak tetap antara RM50 hingga RM100 sehari. Itu yang kami gunakan anak beranak untuk tampung belanja seharian," katanya.

Chotimah berkata, selama kira-kira 10 tahun berniaga, sudah terlalu kerap barang niaganya disita pihak berkuasa, selain serbuan oleh Jabatan Imigresen.

"Saya sudah beberapa kali ditangkap. Selepas diperiksa dan mereka mendapati saya memegang kad UNHCR, saya dibebaskan.

"Selepas itu, saya perlu kembali berniaga kerana ini saja punca pendapatan," katanya.

Sukar cari pekerjaan

Seorang lagi warga Myanmar, Rokiah Salaman, 26, yang juga pemegang kad UNHCR mendakwa terpaksa berniaga air tin dan air mineral di kaki lima kerana kesukaran mencari pekerjaan lain.

"Ibu saya sakit dan ayah dan abang pula tiada pendapatan tetap. Mereka sebelum ini bekerja di pasar tapi kini mereka sukar bekerja akibat pemantauan pihak berkuasa.

"Hasil saya berniaga sehari kadang-kadang hanya mencecah RM30. Kalau ikutkan tidak cukup kerana saya perlu tampung belanja keluarga kerana masih ada dua adik yang masih kecil dan anak berusia tiga tahun," katanya yang memaklumkan suami turut bekerja di pasar.

Tinjauan mendapati warga asing masih menjalankan aktiviti berhampiran Pasar Selayang, Kuala Lumpur, semalam. - Foto NSTP
Tinjauan mendapati warga asing masih menjalankan aktiviti berhampiran Pasar Selayang, Kuala Lumpur, semalam. - Foto NSTP
Warga Myanmar yang hanya mahu dikenali sebagai Syamil, 26, berkata beliau sukar mendapatkan pekerjaan lain selain bekerja di Pasar Selayang.

"Keadaan sekarang tak macam dahulu. Sekarang susah kami nak bekerja di dalam pasar kerana tidak dibenarkan masuk. Jadi, kami susah nak bekerja untuk dapatkan upah.

"Sekarang kami hanya tunggu jika ada yang panggil untuk bekerja. Jika tidak, kami tiada pendapatan. Tugas kami angkat sayur atau barang di pasar dan hantar ke kedai berhampiran," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan warga tempatan yang enggan dikenali ketika ditanya mengapa membeli daripada peniaga warga asing di kaki lima, memberitahu harga ditawarkan berpatutan dan lebih mudah membeli kerana tidak perlu masuk ke pasar.

Dalam operasi bersepadu bermula jam 8 malam Sabtu lalu, seramai 1,116 individu diperiksa, diikuti penahanan 843 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan imigresen.

Operasi besar-besaran itu diselaraskan Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor dengan membabitkan kerjasama Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara serta pihak berkuasa tempatan.

Seramai 808 lelaki dan 35 wanita ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah atau melakukan kesalahan tinggal lebih masa, manakala 243 dibebaskan kerana mempunyai dokumen perjalanan sah.

Daripada keseluruhan jumlah tangkapan, seramai 647 warga Myanmar ditahan terdiri daripada 617 lelaki dan 30 wanita.

JIKA DIATUR

DISUSUN PASTI

TENAGA MEREKA

BOLEH BERI

MANAFAAT

AMIN

LARANG MEREKA

BERJAJA DI TEPI

JALAN BAIK

AMIN

BANDAR KITA  

JADI BERSIH INDAH

AMIN

TAPI MANA

MEREKA NAK CARI

MAKAN?

AMIN

KHALAS

KENAPA ZAHID MAT RASUAH DI BEBASKAN


ANWAR

BIN IBRAHIM KLIM

LAWAN RASUAH

TAPI MAT RASUAH

BERNAMA ZAHID

DI BEBASKAN

KAH KAH KAH

AMIN

KOBID PROJEK TIPU BUNUH & BUAT DUIT


FDA AS jalankan siasatan kematian berkaitan vaksin COVID-19


WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) sedang menjalankan siasatan berhubung kemungkinan kematian yang berkaitan dengan vaksin COVID-19, kata jurucakap Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Andrew Nixon.

Siasatan ini dilakukan sejak pelantikan Robert F Kennedy Jr sebagai Setiausaha Kesihatan oleh Presiden Donald Trump.

Siasatan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti perubatan.

Fokus awal adalah pada kematian kanak-kanak, selepas kebocoran dokumen dalaman mendakwa vaksin COVID-19 menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian bayi, tanpa bukti.

Namun, kesan sampingan serius jarang berlaku, keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19 telah didokumenkan di seluruh dunia.

Nixon tidak memberikan butiran lanjut mengenai kaedah, data atau garis masa siasatan.

Pakar kesihatan menzahirkan kebimbangan terhadap tindakan FDA di bawah Kennedy, yang dikenali menyebar maklumat salah dan teori konspirasi berkaitan COVID-19

Pada 2023, Kennedy mendakwa vaksin itu membawa maut dan menuduh tanpa sebarang bukti bahawa virus itu sendiri "disasarkan" mengikut etnik untuk memudaratkan masyarakat kulit hitam dan putih, tetapi menghindarkan Yahudi serta rakyat China.


MAKIN JELAS

MAKIN TERBUKTI

VAKSIN KOBID

ADALAH PROJEK

JAHAT

AMIN

PROJEK BUAT

DUIT DAN BUNUH

ORANG RAMAI

AMIN

KITA DI PAKSA

UNTUK DISUNTIK

AMIN

RAMAI MATI

DAN SEKARANG

SATU SATU

ANAK MUDA MATI

KERANA AMBIL

SUNTIKAN PFIZER

AMIN

LAIN KALI

JANGAN PERCAYA

WHO & KERAJAAN

YANG PAKSA KITA

DI SUNTIK

KHALAS

HUMBANKAN ANWAR BIN BIBRAHIM



HIMPUNAN UNTUK

MENGHASUT 

RAKYAT

HUMBANKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM 

KHALAS

Unknown commented on 
"MELAYU BERHIMPUN SABTU INI"

Perhimpunan melayu apa pulak ini? Ari tu himpun flotilla kat stadium and it went like a fart in the wind..socmed pon dah kureng citer pasai pelesittin...melayu mudah lupa itu kata kata betul dari atok saka..esok himpon ada makan minum angpow tak? Kat melaka sultan baru baru bagi 100 weiii..cam kunyit bagi..kakakaka

RAMAI RAMAI TURUN KE JALAN


RAMAI RAMAI

TURUN KE JALAN

HUMBANKAN 

AZAM BAKI

KHALAS

Unknown commented on 
"KENAPA AZAM BAKI
 TIDAK DI DAKWA?"

Jom ramai2 tangkap azam balance, tangkap bogel kanak-kanak campak dalam sungai.. Macam Nepal buat boleh tengok pipit dia panjang ke kontot kahkahkah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 10 DISEMBER 2025

ENAM BULAN 


ANWAR BIN IBRAHIM ADA 6 BULAN
Kah kah kah enam bulan di beri oleh DAP bukan untuk  membuntingkan Saipol bukan bukan bukan bukan flip bukan flop -  ENAM BULAN – SIX MONTHS – ADALAH MASA YANG DI BERI OLEH DAP UNTUK ANWAR BIN IBRAHIM BUAT REFORMASI – kah kah kah.

Jika 5 bulan 30 hari  dah melintas Anwar bin Ibrahim masih tak buat REFORMASI. – apa jadi? Anwar bin Ibrahim masih REFORMATI apa DAP akan buat? – kah kah kah.

Kita ada GERTAK KELING kini ada pula GERTAK CHINA kah kah kah

Enam bulan ini tak masuk akal – kah kah kah – Selama 2 tahun+++ Madafaka Anwar bin Ibrahim tak buat apa-apa – tipu sana kelentong sini – MUSTAHIL dalam 6 bulan Anwar bin Ibrahim akan berbuat sesuatu – kah kah kah.

BAYANGKAN jika Anwar bin Ibrahim nak  hapus AKTA HASUTAN atau IKTIRAF IJAZAH SEKOLAH CHINA – ini bunuh diri -  Bani Melayu akan lihat Anwar bin Ibrahim sah  jadi barua  DAP – bila DAP suruh  - Anwar bin Ibrahim ikut buat – kah kah kah.

Tapi orang ramai suka apa yang berlaku – Sabah beri tekanan – DAP beri tekanan.

Dalam PKR sendiri sedang gila bergaduh – Di Melaka ramai PENYOKONG Sam mula marah – dalam masa yang sama PENYOKONG ADAM ADLI MENTERI SENYAP – tibai penyokong Sam – ini kerana SAM masih Ketua Cabang  mengalahkan Adam Adli – kah kah kah – Gaduh jangan tak gaduh .

Gaduh dengan Tim Rafizi masih belum selesai – kah kah kah – Tiap minggu Rafizi buka cerita tentang Anwar bin Ibrahim dan PKR – kah kah kah. 

Tim Rafizi memang hebat – ini belum di MASUKAN ISU PERJANJIAN ANWAR-TRUMP 2025 – yang hari  ini kumpulan  ASKAR dah mula marah – kalau terus hasut pasti makin ramai marah .

Jika PENCERAHAN tentang janji Anwar-Trump ini mula meresap maka JANJI DAP tidak di perlukan – ORANG RAMAI AKAN TURUN KE JALAN RAYA UNTUK HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM Khalas.

Orang ramai – semakin ramai – semakin merebak mahu melihat Anwar Ibrahim di humbankan ke dalam TONG SAMAPH SEJARAH. Amin

AMERIKA
Trump tuduh pemimpin Eropah bodoh lemah dan mandul. Negara mereka di masuki oleh Pendatang.

UKRAINE
Presiden Zelensky nak buat pilihan raya. Ini untuk tunjuk  pada Trump Ukraine ada demokrasi. PRU hanya akan dijalankan jika Amerika dan Eropah boleh janji beri keselamatan pada Ukraine ketika PRU di jalankan.

AUSTRALIA
Dalam masa terdekat semua warga di bawah 16 tahun akan di larang guna pakai sosial media. PM Australia  beri penjelasan.

JEPUN
Seramai 28 ribu warga di arah pindah kerana gempa bumi. Seramai 30 cedera- tidak ada Jepun mati.

KEMBOJA
Lebih 500 buah sekolah dekat sempadan Siam di tutup. Pertempuran Siam- Kemboja sedang berjalan. Tipu Anwar bin Ibrahim tak berjaya !!!

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – rumput basah kerana embun. Kemarin tak hujan. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Matahari dah keluar. Langit putih biru pucat. Cahaya  mata hari lemah.

Ketika gua nak keluar dari flet – gua dengar Jantan Berkokok. Bila masuk gua dengar How Wow bersuara – agak jauh.

Gua hairan  - pagi ini Siti dan Keluarga TIDAK ada – semua senyap – gua hairan mana mereka berhijrah. 

Gua melintas Pokok Ara – semua senyap – bila gua berjalan pulang gua nampak Siti dan keluarga berlari ke arah  kami. Ha ha ha – 
Jantan Baik terus bergurau dengan Tak Tak. Gigit menggigit tapi tak keluar suara – nampaknya  keluarga Siti dah tahu siapa kami.

Pagi ini semua makan – Emak  dan Puppy makan bersama.

Di Pintu ketika  gua nak keluar Suara Murai berkicau – indah – kicauan Murai  berlawan dengan suara Tekukur – Bila Murai berkicau pagi pasti indah.

Hari ini akan panas – balkoni gua telah di limpahi oleh cahaya matahari. Gua harap hari ini tidak hujan. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

BRO
Semua orang akan percaya pada lu jika apa yang lu janji lu lakukan.

BRO
Orang bijak akan menepati janji.  Sosok paling bijak dan paling jujur akan berhati-hati membuat janji.

BRO
Lu lebih baik berusaha jangan buat janji dari lu kelam kabut cari alasan kenapa janji tidak di tepati. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMTA BERKERJA