Ahad, 19 April 2026

RAFIZI PERLU PARI BARU


RAFIZI PERLU

PARTI BARU

AMIN

DALAM PKR 

RAMAI PEMBENCI

ANWAR BIN

IBRAHIM

AMIN

YANG PENTING

SEKARANG

TURUN BERDEMO

TIBAI ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

GUNAKAN KES

AZAM BAKI SEBAGAI

PELURU UNTUK

MENGHASUT 

AMIN 

TAK TURUN 

JALAN RAYA 

TAK MENANG 

PILIHAN RAYA

KHALAS


Rafizi kekal di Pandan, nafi khabar angin tanding di Bandar Tun Razak
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menafikan spekulasi bahawa dia akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkannya bertanding di Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam episod terbaru podcast Yang Berhenti Menteri, Rafizi mengulas saranan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming agar dia mencabar , Anwar bin  Ibrahim di kerusi tersebut, yang kini disandang Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya nak beritahu ini hanyalah sembang kencang Ong Kian Ming saja. Saya dah umumkan berkali-kali menyatakan bahawa saya akan bertanding di Pandan.

“Pendirian politik saya dan kawan-kawan yang lain yang lain sebenarnya tidak berkaitan dengan Anwar bin  Ibrahim pun, ikut suka dialah dia nak buat apa,” kata bekas menteri ekonomi itu.

Ong, yang tidak mempertahankan kerusinya dalam PRU15, sebelum ini berspekulasi bahawa Rafizi mungkin menyasarkan pertandingan yang “lebih besar” berbanding berdepan dengan jangkaan calon PKR di Pandan, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Saya merasakan ada dua individu yang mungkin ada di minda Rafizi yang lebih besar, yang lebih sesuai iaitu Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan  Anwar bin Ibrahim.

“Ada juga kemungkinan yang rasa yang agak besar PMX akan turun ke Kuala Lumpur untuk bertanding di Bandar Tun Razak bagi menggantikan Wan Azizah.

“Rafizi kemudian akan bertanding di Bandar Tun Razak untuk cuba mengalahkan Anwar bin Ibrahim,” katanya lagi, sambil menambah parti bukan Pakatan Harapan mungkin memberi laluan untuk pertandingan satu lawan satu.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga bekas timbalan presiden PKR menegaskan bahawa dia menyokong “politik progresif” berbanding pendekatan berasaskan individu.

“Itu juga antara punca pertembungan dalaman dalam PKR, kerana sekarang ini ada yang melihat masa depan mereka dan politik mereka bergayut dengan  Anwar bin Ibrahim.

“Kami melihat masa depan politik itu maknanya mempertahankan dan menyegarkan politik yang progresif di masa akan datang bersama atau tidak bersama Anwar  bin Ibrahim.

“Jadi sudah tentu perkiraan politik kami tidak terikat kepada sesiapa pun. Kami bukan jenis berkira-kira, mungkin Ong memanglah jenis berkira-kira dulukan. Kami taklahkan.

“Saya juga tidak pasti sama ada beliau bercadang untuk bertanding semula atau kembali aktif dalam politik. Kita tunggu dan lihat,” tambah Rafizi.

Rafizi turut memaklumkan bahawa dia tidak berhubung dengan Ong sejak 2021 akibat perselisihan pendapat antara mereka.

“Salah satu sebabnya ialah saya kurang selesa, terutama pada 2021 apabila timbul khabar angin bahawa beliau (Ong) lebih cenderung kepada Muhyiddin Yassin.

“Pada masa itu, saya ingat ada kumpulan kecil dalam DAP yang melihat pilihan antara BN dan PN sebagai ‘dua keburukan yang lebih kecil’, dan mereka lebih cenderung kepada Muhyiddin.

“Mengenai kenyataan terbarunya, saya kurang memahaminya. Untuk membuat komen politik seperti itu, beliau sepatutnya mempunyai maklumat dalaman.

“Namun dalam PKR sendiri, kami tidak begitu selesa dengan beliau. Beliau tidak pernah benar-benar rapat dengan kami, tetapi cara beliau bercakap seolah-olah kami sahabat baik,” tambahnya

ZARA MATI TERBUNUH ATAU DIBUNUH?


KES ARWAH ZARA

SATU SOALAN

MASIH BELUM 

DI JAWAB

AMIN

SAPA  MURID YANG

PINDAH SEKOLAH?

AMIN

ANAK SAPA?

KENAPA PINDAH ?

AMIN

JAWAB INI DULU

MAKA

KES ZARA TERUNGKAI

KHALAS

BERIAT BAIK DARI IRAN


IRAN AKAN LAWAN

TAKAN UNDUR 

AMIN

EKONOMI KAPITALIS

MAKIN KACAU

AMIN

INI BAIK UNTUK

MENGHASUT 

KE JALAN RAYA

KHALAS


Tehran tutup semula Selat Hormuz gara-gara AS terus sekat pelabuhan Iran


OSLO: Lebih 12 kapal tangki berjaya melalui Selat Hormuz selepas sekatan yang dikenakan sejak 50 hari lalu ditarik balik, semalam, menurut data perkapalan.

Bagaimanapun hari ini, Tehran kembali mengenakan sekatan di Selat Hormuz dan melepaskan tembakan ke arah beberapa kapal yang cuba melaluinya, susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) meneruskan sekatan ke atas pelabuhan Iran.

Pembukaan semula selat itu adalah penting bagi pengeluar di Teluk untuk menyambung sepenuhnya pembekalan minyak dan gas ke seluruh dunia, sekali gus menamatkan apa yang disifatkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) sebagai gangguan bekalan terburuk pernah berlaku.

Semalam, Presiden AS, Donald Trump, berkata Iran telah bersetuju membuka semula selat itu, manakala pegawai Iran pula menegaskan mereka mahu Washington menarik balik sepenuhnya sekatan terhadap kapal tangki Iran.

Menurut data penjejak kapal, kebanyakan kapal yang melalui selat itu semalam dan hari ini menerusi perairan Iran di selatan Pulau Larak adalah kapal lama serta bukan milik Barat, termasuk empat kapal yang dikenakan sekatan.

Jurucakap Pengawal Revolusi Iran memaklumkan bahawa republik Islam itu telah mengatur laluan bagi sejumlah terhad kapal tangki minyak dan kapal komersial susulan persetujuan awal dalam rundingan.

Namun, beberapa kapal lain dilaporkan menghampiri selat itu sebelum berpatah balik setelah Tehran menegaskan pihaknya akan mengekalkan kawalan ketat selagi AS meneruskan sekatan ke atas pelabuhan Iran.

Tentera Laut United Kingdom (UK) hari ini melaporkan bot bersenjata Iran melepaskan tembakan ke arah beberapa kapal yang cuba melalui selat berkenaan.

Menurut sumber perkapalan pula, beberapa kapal dagang turut menerima mesej radio daripada Tentera Laut Iran memaklumkan selat itu ditutup semula dan tiada kapal dibenarkan melaluinya.

Data penjejak kapal menunjukkan lima kapal yang membawa gas asli cecair (LNG) dari Ras Laffan di Qatar, menghampiri selat itu pada pagi tadi.

Tiada kargo LNG melepasi laluan air itu sejak perang AS-Israel dengan Iran tercetus 28 Februari lalu.

Ratusan kapal terkandas di Teluk sejak konflik bermula dan Tehran menutup selat itu, menyebabkan pengeluar minyak serta gas di Teluk terpaksa mengurangkan pengeluaran secara mendadak.

Pengeluar utama seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Kuwait menekankan bahawa mereka memerlukan aliran kapal tangki yang stabil serta laluan tanpa sekatan di selat itu bagi memulihkan operasi eksport kepada normal semula.

HANTAR MEMO KEMUDIAN DEMO


HANTAR MEMO

KEMUDIAN DEMO

KHALAS


Unknown commented on 
"RASUAH - MEMO KEPADA RAJA"

Sama lah macam hantar memo kepada Ketua Pengarah SPRM kah kah kah dua kali lima juga akhirnya, jangan buang kertas membazir, yang rasuah ini dikenali semua dari kepala ke kaki juga amin kah kah kah

MWNGHASUT DI KOTA BARU


AMBO PAKEE

BAJU MELAYU

AMIN

AMBO ROYAK

AMBO DATANG

NAK HASUK

ORE KELATAEE

GULING 

NATANG BEROK

MADANI

KAH KAH KAH

SEMUA TEPUK

 TANGAN GUMBIRO

KHALAS

Unknown commented on
 "MALAM INI MENGHASUT 
DI KOTA BAHRU"

Lu gi hasut kat backwaters kelante pakai western orang kelante pandang serong, pakai arab, bertutur dalam bahasa resmi kita iaitu arabic pasti ramai akan ambik pot.kakakaka..lepas tu jangan lupa entot seround dua kat golok

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

AHAD 19 APRIL   2026

RAYA HARI KE 29

PERANG HARI KE 51

GENCATAN SENJATA BERJALAN


AMBO MENGHASUT DI KOTA BAHRU 
Bagus dan berjaya -  hasutan dah ditabur, tunggu merebak.  DEMO 15 APRIL SEMUA DAH BERSEDIA. Amin

Ambo gi naik Firefly – lapangan terbang Kota Bharu bersih, indah, baru dibaiki.  Waktu nak pulang, ada pertunjukan BUDAYA – sempat Ambo tengok – Mek dan Awang menari.

 Bila gua masuk pesawat, matahari bersinar indah. Penerbangan hanya 1 jam – tapi kali ini LAIN – dah sampai ke Subang. Kami nak mendarat, tapi arahan minta pesawat terus terbang.

Subang sedang di landa hujan petang yang maha hebat. Pesawat gua kipas berundur dan berlegar kembali ke udara. Bila terusik awan  pesawat bergoncang  -  ha ha.

Ambo duduk di tepi tingkap, maka Ambo nampak laut – nampak pelabuhan kapal laut – apakah kami ke Klang ? Ke Melaka? Ke Port Dickson ? pesawat berpusing hampir satu jam – wow  - satu pengalaman – 

Nasib baik Ambo ada komik Charlie Brown lalu gua ketawa sendirian -  kerusi di sebelah gua kosong.

Bila mendarat, hujan baru berhenti – ada payung menunggu.

WOW – dari Subang ke Le Château – jem gila – gila jem – ada banjir kilat di Subang – tapi sampai juga akhirnya. Amin

HOKKIEN
Pagi ini Hokkien cerah – basah dan sejuk.  Kemarin hujan lebat. Nak masuk ke Hokkien gua dengar Jantan berkokok. Ini tanda pagi Ahad yang indah. 

Matahari belum muncul. Langit kelam. KL & KL Sentral berkabus. 

Ha ha -  Siti dan Keluarga menunggu Ambo  – lalu gua beri makan. Gumbira ialah melihat Siti dan Keluarga makan.

Siti  mengekor Tak Tak . Di Wakaf Pertama hanya Emak dan Jantan  Baik menunggu Friskies.

Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Lihat apakah harga barang naik. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM  SAMBUT
PAGI AHAD

Bro
Tak perlu cari-cari insan yang sempurna. Yang belanja lu makan itu adalah insan sempurna.

Bro
Kejayaan bermula dengan impian. Untuk berjaya banyakkan tidur.

Bro
Lu tak perlu nasihat dari Pak Lebai. Lu perlukan  barang murah di pasar. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI