Khamis, 23 Julai 2026

PARTI CERET BERET


BERSATU AKAN

TERUS JADI PARTI

CERET BERET

KAH KAH KAH

KHALAS


Presiden BERSATU tolak gesaan bubar parti, kembali sertai UMNO

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU,  Muhyiddin Yassin menolak cadangan supaya parti itu dibubarkan dan ahlinya kembali menyertai UMNO, sebaliknya menegaskan BERSATU akan terus kekal sebagai wadah perjuangan politiknya.

Mengulas gesaan Veteran UMNO,  Mohd Yussof Latiff supaya BERSATU dibubarkan, Muhyiddin berkata, tiada alasan munasabah untuk parti yang ditubuhkan hampir sedekad lalu itu ditamatkan.

"Saya tidak nampak sebab mengapa BERSATU perlu dibubarkan. Dalam tempoh 10 tahun ini, BERSATU sudah melalui satu perjalanan cukup bermakna dan bukan sebuah parti yang muncul seketika kemudian lenyap.

"Jadi, kalau dalam politik kita niat ni baik, kita nak tamatkan parti perjuangan kita atas sebab apa? Nak pergi mana? Duduk rehat? Patutnya dia menghormati hasrat kita. Dia sokong atau tidak itu soal lain.

"(Ini tidak, dia suruh) bubar je lah. Lepas tu minta semua masuk UMNO. UMNO dah penuh dengan macam-macam masalah. Saya pun dipecat oleh UMNO. Bukan saya keluar.

"Saya dipecat oleh UMNO dan kemudian baru saya memimpin BERSATU. Mengapa pula saya kena balik semula pada UMNO? Logik tak?" katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, pemimpin veteran UMNO menggesa BERSATU dibubarkan dan ahlinya kembali menyertai UMNO, bagi menyatukan politik Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mohd Yussof berkata, BERSATU dilihat semakin terpinggir daripada arus perdana politik susulan krisis dalaman parti serta kemelut yang melanda Perikatan Nasional (PN), gabungan yang turut dianggotai PAS.

Katanya, kegagalan BERSATU memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini juga menjadi petunjuk jelas parti itu semakin kehilangan sokongan rakyat.

Jangan pandang serong

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, asas penubuhan BERSATU untuk meneruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara, justeru tidak timbul soal membubarkan parti hanya kerana ada pihak menggesanya berbuat demikian.

"Ini demokrasi, kalau tiada orang yang bersedia untuk masa, tenaga, perjuangkan bangsa, agama dan negara, terputuslah perjuangan kita. Jadi, jangan pandang serong (pada perjuangan BERSATU). Kata kita ini pengacau dan sebagainya.

"Saya punya pemikiran politik tidak seperti itu. Saya melihat ada benda dan sesuatu yang saya boleh buat untuk negara. Ini bukannya perjuangan bersendirian.

"Saya tubuhkan gagasan dan mempunyai satu pasukan yang besar dan kini ada 5,000 cawangan, ada setengah juta ahli di 180 bahagian.

"Saya juga pernah sebut dalam kalangan ahli saya, walaupun dalam perjuangan ini saya tinggal seorang, BERSATU akan terus kekal dan saya akan teruskan perjuangan ini," katanya.


SATU DUNIA JADI KACAU !!!


JIKA PERANG

AMERIKA-IRAN

TAK HENTI SATU

DUNIA JADI KACAU

KHALAS

KAPAL MINYAK SAUDI DIBEDIL


YAMAN KAWAL

LAUT MERAH &

BAB EL MANDAP

AMIN

MINYAK DUNIA

AKAN KERING

KHALAS


Houthi dakwa serang dua kapal tangki Arab Saudi guna peluru berpandu


SANAA: Kumpulan Houthi di Yaman awal pagi ini mendakwa melancarkan serangan ke atas dua kapal tangki minyak Arab Saudi.

Houthi mengenal pasti dua kapal tangki itu sebagai Encelia dan Layla, sambil mendakwa kedua-duanya melanggar sekatan laut yang dikenakan kumpulan yang disokong Iran itu terhadap Arab Saudi.

Menurut kumpulan itu, serangan dilakukan menggunakan beberapa peluru berpandu balistik dan peluru berpandu.

Sementara itu, laporan keselamatan maritim mengesahkan sebuah daripada kapal itu, Encelia, terkena serangan peluru berpandu di Laut Merah.

Sumber keselamatan maritim berkata, Encelia menghantar isyarat kecemasan selepas melaporkan ia terkena peluru berpandu ketika berada berhampiran pelabuhan Jizan di Laut Merah, sebelum terbakar.

Syarikat pengurusan risiko maritim Britain, Vanguard, turut mengesahkan kapal tangki berbendera Arab Saudi itu terkena objek peluru yang belum dikenal pasti pada bahagian kanan kapal, kira-kira 70 batu nautika di barat daya Al Shuqaiq, Arab Saudi, pada jam 8 malam GMT.

Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) berkata, pihaknya turut menerima laporan sebuah kapal tangki terkena objek peluru yang tidak dikenal pasti sehingga menyebabkan kebakaran di atas kapal.

Menurut UKMTO, anak kapal sedang berusaha memadamkan kebakaran itu dan tiada kemalangan jiwa atau pencemaran alam sekitar dilaporkan.

Bagaimanapun, UKMTO tidak mengesahkan sama ada kapal yang dilaporkan itu ialah Encelia, meskipun lokasi dan butiran kejadian sepadan dengan laporan Vanguard.

Vanguard berkata, Houthi turut mendakwa menyerang sebuah lagi kapal, Layla, namun dakwaan itu masih belum dapat disahkan.

Sumber keselamatan maritim berkata, maklumat lanjut mengenai jumlah mangsa, keadaan anak kapal, tahap kerosakan atau sebarang kesan terhadap alam sekitar masih belum diperoleh.

Pada Isnin lalu, Houthi mengumumkan sekatan laut terhadap Arab Saudi di Laut Merah, satu langkah yang berpotensi mengganggu bekalan tenaga global melangkaui rantau Teluk.

Dalam kenyataan sama, kumpulan itu mendakwa kira-kira 10 kapal berpatah balik selepas diberi amaran supaya tidak belayar ke pelabuhan Arab Saudi. Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan itu secara bebas.

Data penjejakan kapal menunjukkan lima kapal tangki menukar haluan di Laut Merah pada Rabu, dengan dua daripadanya menetapkan Terusan Suez sebagai destinasi baharu selepas Houthi memberi amaran supaya kapal mengelakkan pelabuhan Arab Saudi. - REUTERS


PERANG AKAN TERSU WUJUD


PERANG AKAN

TERUSU WUJUD

MANUSIA BEREBUT

PUNCA EKONOMI

KHALAS

Unknown commented on

 "PERANG DI TERUSKAN"

Bisnes terbaik sekarang, teruskan teruskan kerana yang mati hancur semuanya orang-orang di benua Arab, sejak dahulu sehingga sekarang konflik benua Arab tidak akan selesai, nasib kita baik kah kah kah biar hancur seluruh benua mungkin boleh aman sedikit amin kah kah kah kah

RASUAH WUJUD KERANA SISTEM DAN STRUKTUR EKONOMI


RASUAH DAH

ZAMAN BERZAMAN

WUJUD KERANA

SISTEM & STRUKTUR

EKONOMI NEGARA

KHALAS

Unknown commented on
 "KERAJAAN PH SELANGOR 
TETAP KUKUH"

Kenapa orang kampung selalunya undi mengikut perasaan? Kenapa orang bandar mengundi mengikut prestasi? Ada bezanya ada syarat paling emosi dan ketentuan akal fikiran, selalunya isu dimainkan mengikut situasi, dewasa kini isu Rohingya, adakah Rohingya masuk di zaman pemerintahan Madani? Adakah isu rasuah berlaku hanya dalam zaman Madani? 

Jadi naratif yang dimainkan mengikut situasi semasa cukup baik untuk merubah landskap politik negara, apapun semakin lama semakin ke belakang, semuanya belakang menjadi tumpuan termasuk lubang najis kah kah kah kah siapakah gerangan salah silah puak lubang najis ini? Tepuk dada tanya selera kah kah kah kah


Unknown commented on 
"KERAJAAN PH SELANGOR 
TETAP KUKUH"

Nak jadi jaguh, nak menang semula, amat senang, cukai dibayar rakyat jelata, kamu hanya mengutip cukai, bawa pembangunan kerja kepada rakyat, kemudian terpaling penting jangan curi jangan rompak, jangan songlap belakang sudah, buat kerja betul-betul, jangan komisen kiri kanan dengan kontraktor, 

buat rumah buat jambatan buat sungai semuanya masuk komisen sampai beli hartanah bernilai berjuta-juta sekelip mata kah kah kah kah, terpaling hebat portfolio exco perumahan kah kah kah tetapi exco perumahan negeri mana? Sama saja orang politik boleh jumpa rakyat masa berkempen, selepas itu nak jumpa kena melalui agen komisen kah kah kah kah

PAGI INI



PAGI INI







PAGI INI

RABU 22  JULAI  2026

PERANG  DITERUSKAN

SERANG MENYERANG HARI KE 12


YAMAN TUTUP BAB  AL- MANDAP
Dua buah kapal minyak Saudi terbakar meledak hasil kerja Houthi. Dua lagi undur berpusing -  lalu ikut Terusan Suez.

MAT TERAM KATA : Dia buka pintu NERAKA IRAN – kah kah kah. Dah pakai  80 bilion dolar – minta lagi 70 bilion dolar dari Dewan Kongres  – nak beli kunci nak buka pintu  neraka – kah kah kah.

SAUDI dapat hak buat loji nuklear – Teram yang urus – jeng jeng jeng – ini sama macam Iran ada – jeng jeng jeng – ZIONIS ISRAHELL marah !!!

HARGA MINYAK DAH NAIK 90++ dolar satu tong – kah kah kah.

UK ada PM BARU – dalam masa 10 tahun UK ada 7 Perdana Menteri – kaum ZIONIS masih mengawal politik UK.

PANTUN MINTA AMPUN MADAFAKA
Dulu kawan sekarang lawan
Dulu papan sekarang lipan
Dulu  klim negarawan
Sekarang sah gila sawan

Madafaka minta nyawa dari Zahid Hamidi – Zahid kata kalau berani : SILA PECAT !!! kah kah kah

SEMUA INI TANDA MADANI NAK RUNTUH – amin.

HOKKIEN
Kering sejuk – matahari dah muncul – cahaya lemah. Langit arah Shah Alam biru lemah – arah Sungai Besi pucat kelam.  KL & KL Sentral berkabus tebal – petang kemarin hujan dan renyai.

Di Pintu Masuk gua nampak semua berlari menunggu nasi – pagi ini ramai datang makan. Siti dan Puppy Itam ada sama. 

Puppy Itam ini jantan – gua nampak telor dai pagi ini.

Dekat Wakaf Tiga gua dengar suara Terkukur yang kuat – dan Chip Chip Chip dalam sawah rumput.

Di Wakaf Satu semua  berkumpul. Pagi ini Tiong Laki Bini bawa kawan – wow – Gua gumbira semua  mencari Friskies  di atas jalan.

Gua harap hari ini akan panas – jika redup – jangan bawa hujan – malam sejuk santai.  

Gua ada niat naik gi SOKONG  DEMO GERAKAN  ANJING LIAR DI PEJABAT DBKL – petang ini Amin

BRO
SENYUM 
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
Lu kalau ada anjing akan dicap sebagai Lelaki Baik Hati.

BRO
Lu kalau ada anjing – pasti ada pelung bertemu Minah yang suka anjing.

BRO
Dalam YouTube cerita haiwan yang paling banyak ialah cerita anjing – dari Pelbagai Pakar Haiwan. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT PAKAI BAJU BATIK
DI HARI KHAMIS