Jumaat, 31 Julai 2026

LUCUT SENJATA - BUNUH DIRI


LUCUT SENJATA

KERANA ZIONIS

ADALAH

BUNUH DIRI

AMIN


Tiada pelucutan senjata sebelum Israel berundur dari Gaza - Hamas


ISTANBUL: Seorang pegawai kanan Hamas hari ini berkata kumpulan Palestin itu tidak akan mengambil sebarang langkah ke arah pelucutan senjata sebelum tentera Israel berundur dari Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Anggota delegasi rundingan Hamas, Ghazi Hamad berkata isu pelucutan senjata berkait rapat dengan pengunduran Israel dari Gaza serta usaha pembinaan semula wilayah itu.

Dalam kenyataan kepada saluran Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, Hamad berkata Israel tidak akan memainkan sebarang peranan dalam proses pelucutan senjata, sebaliknya proses itu akan dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa kebangsaan Palestin.

Beliau menegaskan bahawa Hamas tidak akan melaksanakan sebarang langkah pelucutan senjata selagi Israel belum memenuhi terlebih dahulu kewajipannya di bawah persetujuan berkenaan.

Hamad menyifatkan rundingan itu sebagai "sukar dan mencabar", sambil berkata Hamas berusaha mendapatkan hasil terbaik tanpa mengabaikan komitmennya untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Mesir, Qatar dan Türkiye atas usaha pengantaraan mereka sehingga persetujuan itu berjaya dicapai.

Kenyataan Hamad dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa persetujuan telah dicapai bagi pelucutan senjata sepenuhnya Hamas dan kumpulan bersenjata lain di Gaza, manakala tentera Israel akan berundur secara berfasa seiring kemajuan proses berkenaan.

Trump turut memuji peranan Mesir, Qatar dan Türkiye dalam membantu menjayakan apa yang disifatkannya sebagai "kejayaan bersejarah".

Beliau berkata persetujuan itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan Pasukan Penstabilan Antarabangsa bekerjasama bersama pasukan polis Palestin yang baharu untuk mengambil alih tanggungjawab keselamatan di Gaza.

Perang genosid Israel di Gaza telah mengorbankan lebih 73,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 174,000 yang lain, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain memusnahkan kira-kira 90 peratus infrastruktur wilayah itu.

Gencatan senjata itu dicapai berdasarkan pelan 20 perkara Trump bagi Gaza dan dipantau oleh Lembaga Keamanan yang dipengerusikannya.

Meskipun gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, Israel terus melancarkan serangan setiap hari di seluruh Gaza, mengorbankan 1,214 rakyat Palestin dan mencederakan 3,977 yang lain, selain menyebabkan kemusnahan meluas.

KONGSI GELAP MAKIN BERKUASA


KONGSI GELAP

MAKIN BERKUASA

DALAM POLITIK

NEGARA

AMIN

Unknown commented on
 "PEMIMPIN PKR BANGANG"

Wei duit pulus masuk semua beres, penjenayah dapat Dato', warga asing dibagi Datuk, perompak negara diberi Tan Sri, semuanya dijual beli, sekarang orang-orang DAP pun pandai buat duit, setiap tahun jual Datuk ini peluang baik mencari duit tambahan kah kah kah 

jangan anggap DAP semua baik, ada peluang sapu, yang betul-betul menyumbang habuk tak dapat kah kah kah kah duit ada semua beres laju jalan kah kah kah kah

TEROKA GAYA HIDUP BARU


HIDUP MODEN

JADIKAN KITA

HAMBA KONSUMER

AMIN

SILA TEROKA

GAYA HIDUP BARU

AMIN

Unknown commented on
 "LAST KOPEK DARI MADAFAKA"

Semua rakyat tak perlu kerja kuat lagi, semua kerja untuk makan enjoy sudah, mengapa perlu kerja kuat mencari kekayaan kemudian bayar macam-macam, akhirnya dicuri dirompak disamun di sakau oleh orang-orang politik? Jadi rumusan buat kerja selamba tak payah kuat, masih menjaga kroni kaum agama sendiri sudah, tak payah bersusah payah sangat, ramai sudah sedar sekarang, tak guna kerja bertungkus lumus akhirnya mereka senang duduk makan berak atas kepala kita semua kah kah kah kah padan muka jadi pengembala anjing kuda kambing lembu lagi baik, binatang tidak menipu kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

JUMAAT 31  JULAI  2026

SERANG MENYERANG  DI SAMBUNG 


IRAN SERANG KAPAL TANGKI  MINYAK AMERIKA DI MESIR kah kah kah

IRAN BERJAYA  MEMUSNAH F35 PESAWAT TEMPUR AMERIKA DI JORDAN -  SEBUAH JELAS HANCUR – YANG LAIN SAMA ROSAK.

Amerika larang gambar satelit di lihat umum. -  gambar  F35 hancur dari satelit China dan Rusia

KAH KAH KAH
Houthi Yaman beri amaran pada Saudi -   paip minyak Saudi akan jadi sasaran – kah kah kah

GAZA
Di laporkan akan ada PERJANJIAN DAMAI DENGAN HAMAS – ini klim Mat Teram. HAMAS akui ada rundingan – kita tunggu dan lihat. Amin

PRN N9 – MANA NURUL IZZAH
MAT SABU  CARI NURUL IZZAH
TONY LOKE CARI NURUL IZZAH
MANA SUDAH LARI
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

DI LAPOR LEPAS PRN N9 -  Minah  ini akan mengundur diri – jeng jeng jeng

DIA NAK MENGAWAN dalam suasana tenang kah kah kah -amin

HOKKIEN
Pagi ini cerah kering. Matahari dah keluar – cahaya masih lemah – langit biru  berawan putih – indah tapi awan hitam masih  ada dilihat. KL & KL Sentral berkabus nipis – petang kemarin ujan gagal.

Pagi ini di Lorong Masuk ramai dah menunggu – masih ada dua kumpulan – heboh bercekak – Tak Tak jadi orang tengah. Gua gumbira ramai datang makan walau pun salak menyalak.

Siti dan Minah Itam ikut gua ke Wakaf Tiga.

Berjalan  ke Wakaf Satu gua dengar suara Terkukur dari atas bukit.

Ha ha di Wakaf Satu ada pekerja sedang pasang mesin rumput – takda sapa menunggu – semua takut nak berkumpul.

Tapi empat ekor muncul ikut gua ke Lorong Pulang – lalu gua beri friskies -  satu Ibu Itam amat garang – gua larang dia makan kerana dia suka menyerang.

Hari ini akan panas – jap lagi gua nak ke Jelebu – kemarin tak jadi – NAK JADI PELANCUNG POLITIK – nak tengok kawasan Tony Loke. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Ketika PRN ini banyak janji di tabur – sila rakam untuk bahan bukti.

BRO
Janji paling mudah di lupakan ialah jaji politikus.

BRO
KALAU LU percaya janji politik  ertinya lu sosok baik lurus bendul. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Khamis, 30 Julai 2026

LAST KOPEK DARI MADAFAKA


USAHA 

LAST KOPEK

DARI MADAFAKA

SEBELUM BUNGKUS

KHALAS

HARI HARI AKHIR SEKOR MADAFAKA


HARI HARI

TERAKHIR

SAEKOR

 MADAFAKA

KAH KAH KAH

KHALAS


Ong: Kerajaan Madani 'di hujung tanduk' jika PH kalah di N Sembilan, cetus PRU
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya Negeri Sembilan mungkin menjadi penamat kepada kerajaan Madani, menurut bekas ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming.

Dia meramalkan keputusan sedemikian akan menggugat kerjasama PH dan BN di peringkat persekutuan, sekali gus berpotensi membuka laluan kepada pilihan raya umum lebih awal.

“Buat masa ini, saya tidak fikir kerajaan Madani mempunyai kemungkinan besar untuk kekal stabil dan terus memerintah sehingga penghujung 2027.

“Ini kerana permusuhan politik yang timbul daripada apa yang berlaku di Johor, serta perkembangan susulan daripadanya, berkemungkinan menimbulkan ketegangan dalam kabinet dan menyukarkan kerajaan melaksanakan sebarang dasar substantif selepas ini,” kata Ong kepada program Kini Jelas terbitan KiniTV.

Ong berkata kesannya mungkin sangat buruk sekiranya pemimpin kanan DAP, termasuk Setiausaha Agung Anthony Loke yang mempertahankan kerusi Chennah, tewas di Negeri Sembilan.

Katanya, rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dalam kalangan anggota DAP terhadap kerjasama parti itu dengan BN boleh mencetuskan desakan supaya DAP menarik wakilnya daripada kerajaan persekutuan.

“Saya fikir satu daripada kesannya kepada DAP adalah apabila perwakilan mengundi dalam kongres khas pada 16 Ogos, terdapat kemungkinan lebih besar mereka akan mengundi supaya pemimpin DAP meletakkan jawatan dalam kabinet.

“Ini bermakna lima menteri dan tujuh timbalan menteri akan meletakkan jawatan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Ong berkata ahli parlimen DAP boleh terus menyokong Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim sebagai penyokong kerajaan, tetapi pengunduran menteri parti itu akan melemahkan kabinet dan menyukarkan lagi penggubalan dasar.

“Kita kemudian perlu melihat langkah politik yang akan diambil, khususnya oleh pemimpin Umno, selepas perkembangan sedemikian,” tambahnya.

Ong turut merujuk ucapan Anwar bin Ibrahim sepanjang kempen dengan berkata pengerusi PH itu dilihat meningkatkan tekanan terhadap BN melalui pendedahan dakwaan skandal membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Dia berkata janji Anwar bin Ibrahim untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji—yang secara rasmi didedahkan kepada umum semalam—juga boleh dilihat sebagai sebahagian daripada serangan politik lebih luas terhadap Umno.

Bagaimanapun, Ong berkata prestasi kukuh BN dan PN di Negeri Sembilan akan mengukuhkan kepercayaan Umno bahawa kerjasama dengan gabungan pembangkang itu boleh membawa keuntungan pilihan raya.

“Mereka (Umno) mempunyai cara untuk memastikan kepentingan mereka dilindungi.

“Jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh meletakkan jawatan dalam kabinet atau mengambil pendirian yang menyebabkan Anwar bin Ibrahim tiada pilihan selain menyingkirkan BN daripada kabinet.

“Ini kemudian boleh membawa kepada pembubaran Parlimen dan pelaksanaan pilihan raya umum ke-16,” kata Ong.

Ong meramalkan pilihan raya umum ke-16 mungkin diadakan menjelang akhir tahun ini dengan berhujah kerajaan Madani mungkin sukar bertahan daripada kesan politik susulan kekalahan di Negeri Sembilan.

Katanya, Anwar bin Ibrahim akhirnya mungkin terpaksa mendapatkan mandat baru sekiranya kerajaan kehilangan sokongan mencukupi untuk mengekalkan kestabilan kabinet atau meluluskan Belanjawan Persekutuan 2027 yang dijadualkan dibentangkan pada November.