Selasa, 2 April 2013

KENAPA NAJIB TAKUT BUBAR PARLIMEN



SEBELUM JUMPA TOK KADI
CARI REZEKI DULU
 LAGI TEORI BUBAR PARLIMEN

Salam bro aku ade satu lagi ramalan kenapa PRU ditunda sebelum 30 APRIL,sebab harini adalah 2 APRIL 2013..kenapa dengan 2 APRIL? kalau bro rajin bukak paper atau internet cuba try tengok keputusan NO EKOR draw AHAD atau tengok di website jumlah ESTIMATE JACKPOT 4D ade berapa juta dan LOTTO? 

aku usha kat magnum ada dalam 19M,toto 14M,damacai 15M,harini ada SPECIAL DRAW dimana SPECIAL DRAW NI DUIT POKET GOMEN,so ini hari malam nanti try tengok result hilang ke tidak ESTIMATE JCP hari rabu kalau hilang sah sahih estimate JCP tu digunakan untuk dana PRU,tapi 1 je yang aku nak tau..apa no baik yang diorang akan main harini? 

kah..kah..kah..kalau kena x yah jacpot dapat 1st prize pun dah cukup..kah..kah..kah...ada member aku cakap tuk dana PRU no reserved di toto yang takkan ade di kaunter adalah 3228,sape kaki ekor tu try la mainkat BLACK COUNTER ..kah..kah..kah.... on SATU LAGI TEORI KENAPA NAJIB TAKUT
Publish | Delete | Spam
Hamidi Fizie Bin Ahmad
on 4/2/13

MALAM ESOK
DI MARKAS TAMAN MELEWAR
RADIO BANGSAR SIARAN LANGSUNG


--------

NAJIB GUNA DUIT KERAJAAN MACAM BAPAK DIA PUNYA




INI DUIT BAPAK SIAPA?
 Saguhati RM1,000 untuk kakitangan Petronas

Cetak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan pemberian saguhati RM1,000 kepada kakitangan Petronas sebagai penghargaan kepada warga kerja syarikat itu. 

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....PELIK  ...AMAT PELIK.... kah kah kah..

kah kah kah....PASAL APA DAPAT 1,000 RINGGIT?.... kah kah kah..

kah kah kah...SEDEKAH JARIAH APA INI?..... kah kah kah....
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
woit....INI BUKAN BELI UNDI.... kah kah kah..

kah kah kah...INI NAMANYA DUIT PELABURAN... kah kah kah

kah kah kah....PELABURAN KALAU MINYAK TURUN HARGA...kah kah kah


MALAM ESOK
RADIO BANGSAR 
BUAT SIARAN LANGSUNG

MALAM JUMAAT
RADIO BANGSAR 
BUAR SIARAN LANGSUNG
DARI KAJANG


--------

PEMECAH BERITA - UMRAH KE UUUU MAK MARAH



NAJIB AKAN KE SAUDI ARABIA ESOK

kelmarin muhyiddin beri amaran
hasilnya... kah kah kah

jadi umrah ke...
atau tak jadi ...
atau
uuuu.... mak  dah marah
kah kah kah


--------

MARI MENGENALI APA ITU BTN




BTN DAN RASIS MELAYU




BERWASPADA
ULAR BTN SEDANG 
KELUAR MENCARI KERUSI


RASISMA PERKAUMAN DAN  SEJARAHNYA

Pekerja parti tersebut menjeritkan “Bunuh Tian Chua” apabila naib presiden Umno itu menggesa mereka bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dan “menghapuskan pengkhianat” seperti naib presiden PKR — lebih dikenali sebagai Tian Chua di mana sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dituduh menghasut serangan Sulu terhadap Sabah. – petikan Malaysian Insider

Discussing the battle against a Muslim warlord in Somalia, Boykin told another audience, "I knew my God was bigger than his. I knew that my God was a real God and his was an idol." petikan  Lt. Gen. William G. "Jerry" Boykin dari Los Angles Times

Dua petikan laporan media diatas adalah  kenyataan rasis. Para pembaca pasti akan bertanya bagaimana cara untuk  memahami makna dan tanda kenyataan  tersebut. Justeru, pembaca akan bertanya apa  itu rasisma? Dari mana datangnya rasisma?  Bagaimana rasisma berkembang? Dari mana sejarah punca rasisma?

Ini adalah soalan-soalan  wajib dihuraikan agar kita semua mendapat pencerahan. Pencerahan ini juga diharapkan akan dapat digunakan  untuk kita menilai diri kita sendiri. Menilai dan bertanya pada diri sendiri : apakah aku ini seorang rasis?

Satu jalur rasisma ialah fahaman  perkauman. Fahaman perkauman akan membenci   orang asing yang berbeza dari kumpulan sendiri. Jangan silap faham rasisma bukan hanya dimiliki oleh yang berkulit puteh.  Yang berkulit hitam, berkulit sawo matang atau  berkulit kuning pun  berkeupayan untuk menjadi rasis. Asas rasisma bukan warna kulit.

Kebencian dan tidak suka kepada orang lain sahaja bukan rasisma. Kebencian tak tentu hala ini timbul dari  prasangka yang disalut dengan kebodohan. Misalnya  ada kenalan kita yang tidak suka orang lain kerana  orang lain tidak bersunat. Atau tidak suka kerana orang lain ini makan pakai penyepit. Dan dan dan...ini bukan rasis. Ini sikap orang bodoh.

Rasisma sebagai satu jalur fahaman berkait rapat dengan kuasa. Yang TIDAK memiliki kuasa PASTI  tidak akan memiliki keupayaan untuk menjadi rasis.  Untuk rasisma bergerak ianya wajib dibantu dan disokong oleh  kuasa. Tanpa kuasa tidak wujud rasisma. Kuasa pula wajib disokong oleh modal. Rasisma  berpunca dari pemilikan harta kekayaan. Justeru, asal usul rasisma ialah perebutan harta kekayaan.

Kuasa imperial Anglo-Amerika yang menaklok dunia hari ini berasaskan rasisma. Amerika diteroka dan menjadi kaya raya dengan tenaga hamba abdi yang ditangkap dari Afrika. Justeru untuk menghalalkan penghambaan ini disebarkan ajaran tentang warga Afrika yang berkulit hitam ini  bodoh , bebal dan hanya boleh bekerja di ladang.

 Justeru orang  kulit hitam dipaksa  untuk jadi hamba.  Tujuan memiliki abdi ini ialah untuk menggunakan tenaga mereka diladang kapas. Tujuan berladang ialah untuk mengumpul harta kekayaan. Terbukti jelas  asas rasisma ialah pengumpulan harta kekayaan. Dibelakang fahaman ini ialah kuasa senjata tuan empunya ladang.

Fahaman dan falsafah rasis ini juga dibantu oleh Agama. Ajaran agama   yang mengajar  dan mendidik manusia untuk hormat menghormati sesama manusia kini disongsangkan. Ada  rabai, rahib,  imam atau padri yang menggunakan ayat-ayat suci  untuk mengolah persetujuan mencari pengaruh. Lalu para agamawan ini mengakui bahawa agama anutan mereka sahajalah yang tepat. Hanya Tuhan mereka sahajalah yang benar. Hanya bangsa dan kaum mereka sahajalah dipilih oleh Tuhan.

Teknik penjajahan dan penghambaan di Amerika juga dijalankan oleh penjajah British di Tanah Melayu. Disebarkan propaganda tentang Orang Melayu malas. Justeru  melalui  hujah ini  Tanah dan Bumi Melayu diambil. Dengan hujah ini  British memiliki sebab untuk membawa masuk imigran India dan China ke Tanah Melayu.  Sikap rasis British ini bertujuan untuk memunggah harta kekayaan Bumi Melayu.

Konsep  Melayu Malas ialah falsafah,  idealoji dan   faham rasis dari British. Malah semua kuasa yang mengamalkan dasar rasis akan memiliki ajaran  falsafah  yang memperkecil, menghina atau membodohkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang ingin dijajah. Kuasa British menghina Bangsa Melayu kerana kaum pemodal British mahu bijeh, emas dan perak yang tersimpan dalam perut Tanah Melayu.

Satelah memahami konsep  dan asal usul rasisma mari kita lihat politik terkini.   Lihat bagaimana penyokong United Malays National Organisation melaungkan   ‘bunuh Tian Chua’.  Ini adalah laungan rasis yang disokong oleh  kuasa. Bukan semua penyokong parti politik  bebas melaungkan bunuh Si Polan atau Si Anu. Kalau para aktivis Angkatan Muda Keadilan bangun dan melaungkan ‘bunuh Najib’ pasti dalam sakelip mata sahaja mereka akan digari.  Disini jelas peranan kuasa   yang menjadi pemandu rasisma.

Kumpulan Pemuda United Malays National Organisation itu sedar bahawa mereka boleh melaungkan ‘bunuh Tian Chua’ kerana mereka tahu  dibelakang mereka adalah kuasa yang menghalal  dan mempertahankan perbuatan  mereka.

Tian Chua dipilih untuk dibunuh bukan kerana sandiwara Lahad Datu atau kerana Tian Chua berkata ‘ soldadu Mati Ibrahim Ali’. Semua ini  tidak betul. Tian Chua TIDAK pernah menyuarakan pendapat  sademikian. Tian Chua hendak dibunuh kerana Tian Chua China. 

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat  di Dataran Sungai Air Tawar, dengan lantang menyatakan  Lahad Datu adalah  ‘wayang’ yang dipentaskan oleh United Malays National Organisation bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah. Tetapi Lajim TIDAK diusik kerana Lajim Melayu.

Banyak blog, bayak laman,  ramai warga Sabah  malah saya sendiri tidak  pernah berhenti menganalisa Lahad Datu untuk menerangkan kepada pembaca bahawa Lahad Datu ini hanyalah satu sandiwara.  Tetapi  hanya Tian Chua China dipilih kerana Tian Chua China.

Strateji rasis United Malays National Organisation ini mula disusun  terperinci apabila parti ini tewas dalam pilihan raya 1969.  Sebelum Mei 13  1969  yang wujud hanyalah sikap prasangka antara kaum-kaum – Melayu tak suka China, India tak suka Melayu atau China suka Melayu. Sikap prasangaka yang sedia wujud ini telah diolah  untuk dijadikan satu  idealoji  yang disokong oleh kuasa daulah.

Idealoji rasisma  disusun dan distrukturkan. Kemudiaan pada tahun 1974  lembaga  Biro Tata Negara (BTN) diwujudkan untuk mengembangkan ideloji rasis ini. BTN sebagai satu  organisasi  boleh disamakan dengan   kumpulan Brown Shirt yang membantu  Hitler mewujudkan kuasa Nazi di German. BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri,  menyebar dan mengembangkan idealoji rasis Ketuanan Melayu  yang menjadi falsafah pegangan United Malays National Organisation.

Kalau Brown Shirt bergerak untuk memboikot perniagaan orang Yahudi di German. BTN pula menyebarkan pandangan bagaimana Orang Melayu telah hilang harta kekayaan kerana kaum China dan India.  China dan India ditakrif sebagai imigran yang wajib dimusuhi dan dicurigai. Lirik lagu Anak Anak Kecil Bermain Api – lagu resmi BTN -   menjadi pedoman idealoji rasis  BTN.

BTN mengembangkan  idealoji rasis  untuk menyokong dan memperkasa  Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1971. DEB ini berhujah bahawa Orang Melayu miskin kerana harta kekayaan negara ini dibolot oleh orang China.  Keseluruhan Orang China mengikut istilah rasis BTN dilihat sebagai musuh untuk  keseluruhan Orang Melayu.

BTN mengadakan kuliah dan bengkel tertutup. Anak-anak mahasiswa Melayu sahaja  yang diwajibkan datang ke khemah BTN.  Malah jika ada pelajar enggan datang ke khemah BTN mereka akan disenarai hitam. Para pelajar Melayu yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara menjadi mangsa BTN. Jika gagal datang ke khemah BTN biasiswa akan ditarik dan  mereka akan dinafikan hak belajar  ke luar negara. Kuliah dan bengkel BTN juga diwajibkan untuk pegawai-pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu. Dalam  straterji BTN, untuk DEB berjaya maka para profesional Melayu wajib mendapat suntikan rasis. DEB     memerlukan sokongan idealoji Ketuanan Melayu dari kaki tangan kerajaan.

Laungan ‘ bunuh Tian Chua’  yang kita dengar itu adalah hasil dari penyebaran fahaman rasisma Melayu. Fahaman rasisma Melayu ini semakin berkembang. Ini kerana lembaga BTN ini masih lagi wujud dan bergerak cergas. United Malays National Organisation yang kini terdesak amat-amat  memerlukan idealoji rasis untuk terus bergerak. BTN diperlukan sebagai wadah fahaman rasis Ketuanan Melayu dapat dikembangkan.

Orang ramai dan bakal pengundi  tidak lagi menyokong  konsep  rasis Ketuanan Melayu. Kerana itu parti Ketuanan Melayu ini  dengan bijak  menggunakan pelbagai NGO sebagai anak syarikat untuk terus mengembang fahaman rasis. Badan NGO tajaan United Malays National Organisation ini sedang menyebarkan fahaman rasis dengan berselindung dbelakang Raja, Bangsa dan Islam.

Jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa ‘muka-muka’ besar  dari BTN ini sedang bergerak cergas menyebarkan fahaman rasisma.  Ramai pegawai-pegawai atau bekas pegawai BTN ini  telah menyelinap masuk ke dalam pelbagai parti politik dan badan agama. Hasan Ali ‘taiko BTN’  pada awalnya masuk ke dalam parti Pas, kini menjadi taiko Tiga Jalur. Roslan Kassim yang juga ‘taiko’ BTN, pada  awalnya memasuki PKR  - kini bergerak cergas sebagai Ketua Penerangan Perkasa.

Dimana akan berakhirnya  laungan rasis ‘  bunuh Tian Chua’ masih belum jelas. Apa yang jelas pada tahap ini kita wajib terus menentang dan menelanjangi rasisma ajaran BTN.  Kita juga wajib tegas dan berani melawan ‘tunggul-tunggul’ BTN yang bertaburan atau yang  sedang menyamar sebagai Pak Lebai. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03 -92-21-40-45

SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS

----------

SENI BUKAN KERANA ALBUM TAK LAKU ATAU BUKU TAK ADA SIAPA BELI



SENI UNTUK PERUBAHAN
telah sampai masanya
para pekerja seni
para buruh seni
bangun untuk melawan

seni bukan untuk glamour
seni bukan untuk  masuk frame
seni bukan untuk bergambar  gambar
seni bukan untuk cari makan

kalau seni jadi glamour ini bonus
kalau seni masuk frame ini bonus
kalau seni dapat bergambar gambar ini bonus
kalau seni dapat duit ini pun bonus

seni bukan untuk:
penyajak  buku tak laku
penulis novel buku tak laku
pelukis yang tak laku
kartunis lakaran tak laku
penyanyi  yang album tak laku
pelakun yang dah tak laku

seni ialah bangun melawan

pekerja seni
buruh seni
melawan  mengembang dan mengampoh
gerakan massa untuk  menumbangkan 
united malays national organisation

PEKERJA SENI
BURUH SENI
BANGUN MELAWAN




-----

KRISTIAN MEMBIAK KERANA SOLAR POWER


PADI MEMBIAK
 KERANA SOLAR POWER
KRISTIAN MEMBIAK 
KERANA SOLAR POWER


Hasan Ali: Tiada lagi tsunami politik

SHAH ALAM –  Fenomena tsunami politik 2008 tidak wujud lagi malah masyarakat kini melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pakatan Pembangkang, kata Presiden Jalur Tiga (Jati),  Hasan Mohamed Ali.

Respons tersebut diterima Hasan berdasarkan pemerhatian dan maklum balas daripada akar umbi sepanjang menjelajah ke seluruh negeri selepas dipecat dari parti pada  Januari tahun lalu.

“Imej pakatan pembangkang di sesetengah tempat termasuk kubu kuat mereka menerima respons begitu mendukacitakan termasuklah sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sendiri.

“Terlalu banyak isu besar yang menjadikan masyarakat umum dan pengundi khasnya tidak dapat menerima penjelasan dan justifikasi yang cuba dikemukakan pakatan pembangkang,” katanya 


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... APA JADI DENGAN VIDEO MURTAD.... kah kah kah..

kah kah kah... MANA DIA KITAB INJIL PAKAI KUASA SOLAR... kah kah kah..

woit... DAH LAMA TUNGGU... kah kah kah...

kah kah kah....  RAMAI ORANM DAH MURTAD MENUNGGU VIDEO MURTAD... kah kah kah..

kah kah kah... RAMAI  MASUK KRISTIAN KERANA TUNGGU SOLAR POWER... kah kah kah..

woit.... PENJIHAD ISLAM ZUL  BISUL PUN TERPAKSA TUNDUK  MINTA MAAF.... kah kah kah..

kah kah kah...ITU NAMA NYA  PANDDY  KUTTY  POWER....kah kah kah



Monday, November 21, 2011


KUALA LUMPUR, 21 Nov — Penggunaan kitab Injil yang bersumberkan kuasa solar  didedahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali minggu lalu adalah faktor utama menyumbang kepada isu murtad di negara ini.....

--------