BTN DAN RASIS MELAYU
ULAR BTN SEDANG
KELUAR MENCARI KERUSI
RASISMA PERKAUMAN DAN
SEJARAHNYA
Pekerja parti tersebut
menjeritkan “Bunuh Tian Chua” apabila naib presiden Umno itu menggesa mereka
bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dan “menghapuskan pengkhianat”
seperti naib presiden PKR — lebih dikenali sebagai Tian Chua di mana sekutunya
dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dituduh menghasut serangan Sulu terhadap Sabah. – petikan Malaysian Insider
Discussing the battle
against a Muslim warlord in Somalia, Boykin told another audience, "I knew
my God was bigger than his. I knew that my God was a real God and his was an
idol." – petikan Lt. Gen. William G.
"Jerry" Boykin dari Los Angles Times
Dua petikan laporan media diatas adalah kenyataan rasis. Para pembaca pasti akan
bertanya bagaimana cara untuk memahami
makna dan tanda kenyataan tersebut. Justeru,
pembaca akan bertanya apa itu rasisma?
Dari mana datangnya rasisma? Bagaimana
rasisma berkembang? Dari mana sejarah punca rasisma?
Ini adalah soalan-soalan wajib dihuraikan agar kita semua mendapat
pencerahan. Pencerahan ini juga diharapkan akan dapat digunakan untuk kita menilai diri kita sendiri. Menilai
dan bertanya pada diri sendiri : apakah aku ini seorang rasis?
Satu jalur rasisma ialah fahaman perkauman. Fahaman perkauman akan membenci orang asing yang berbeza dari kumpulan
sendiri. Jangan silap faham rasisma bukan hanya dimiliki oleh yang berkulit
puteh. Yang berkulit hitam, berkulit
sawo matang atau berkulit kuning pun berkeupayan untuk menjadi rasis. Asas rasisma
bukan warna kulit.
Kebencian dan tidak suka kepada orang lain sahaja bukan
rasisma. Kebencian tak tentu hala ini timbul dari prasangka yang disalut dengan kebodohan. Misalnya ada kenalan kita yang tidak suka orang lain
kerana orang lain tidak bersunat. Atau
tidak suka kerana orang lain ini makan pakai penyepit. Dan dan dan...ini bukan
rasis. Ini sikap orang bodoh.
Rasisma sebagai satu jalur fahaman berkait rapat dengan
kuasa. Yang TIDAK memiliki kuasa PASTI tidak akan memiliki keupayaan untuk menjadi
rasis. Untuk rasisma bergerak ianya
wajib dibantu dan disokong oleh kuasa.
Tanpa kuasa tidak wujud rasisma. Kuasa pula wajib disokong oleh modal. Rasisma berpunca dari pemilikan harta kekayaan. Justeru,
asal usul rasisma ialah perebutan harta kekayaan.
Kuasa imperial Anglo-Amerika yang menaklok dunia hari ini
berasaskan rasisma. Amerika diteroka dan menjadi kaya raya dengan tenaga hamba
abdi yang ditangkap dari Afrika. Justeru untuk menghalalkan penghambaan ini
disebarkan ajaran tentang warga Afrika yang berkulit hitam ini bodoh , bebal dan hanya boleh bekerja di
ladang.
Justeru orang kulit hitam dipaksa untuk jadi hamba. Tujuan memiliki abdi ini ialah untuk
menggunakan tenaga mereka diladang kapas. Tujuan berladang ialah untuk
mengumpul harta kekayaan. Terbukti jelas asas rasisma ialah pengumpulan harta kekayaan.
Dibelakang fahaman ini ialah kuasa senjata tuan empunya ladang.
Fahaman dan falsafah rasis ini juga dibantu oleh Agama.
Ajaran agama yang mengajar dan mendidik manusia untuk hormat menghormati
sesama manusia kini disongsangkan. Ada
rabai, rahib, imam atau padri
yang menggunakan ayat-ayat suci untuk
mengolah persetujuan mencari pengaruh. Lalu para agamawan ini mengakui bahawa
agama anutan mereka sahajalah yang tepat. Hanya Tuhan mereka sahajalah yang
benar. Hanya bangsa dan kaum mereka sahajalah dipilih oleh Tuhan.
Teknik penjajahan dan penghambaan di Amerika juga dijalankan
oleh penjajah British di Tanah Melayu. Disebarkan propaganda tentang Orang Melayu
malas. Justeru melalui hujah ini
Tanah dan Bumi Melayu diambil. Dengan hujah ini British memiliki sebab untuk membawa masuk
imigran India dan China ke Tanah Melayu.
Sikap rasis British ini bertujuan untuk memunggah harta kekayaan Bumi
Melayu.
Konsep Melayu Malas
ialah falsafah, idealoji dan faham rasis dari British. Malah semua kuasa
yang mengamalkan dasar rasis akan memiliki ajaran falsafah yang memperkecil, menghina atau membodohkan
sesuatu kumpulan atau bangsa yang ingin dijajah. Kuasa British menghina Bangsa
Melayu kerana kaum pemodal British mahu bijeh, emas dan perak yang tersimpan dalam
perut Tanah Melayu.
Satelah memahami konsep
dan asal usul rasisma mari kita lihat politik terkini. Lihat bagaimana penyokong United Malays
National Organisation melaungkan ‘bunuh
Tian Chua’. Ini adalah laungan rasis
yang disokong oleh kuasa. Bukan semua
penyokong parti politik bebas melaungkan
bunuh Si Polan atau Si Anu. Kalau para aktivis Angkatan Muda Keadilan bangun
dan melaungkan ‘bunuh Najib’ pasti dalam sakelip mata sahaja mereka akan
digari. Disini jelas peranan kuasa yang menjadi
pemandu rasisma.
Kumpulan Pemuda United Malays National Organisation itu sedar
bahawa mereka boleh melaungkan ‘bunuh Tian Chua’ kerana mereka tahu dibelakang mereka adalah kuasa yang menghalal
dan mempertahankan perbuatan mereka.
Tian Chua dipilih untuk dibunuh bukan kerana sandiwara Lahad
Datu atau kerana Tian Chua berkata ‘ soldadu Mati Ibrahim Ali’. Semua ini tidak betul. Tian Chua TIDAK pernah menyuarakan
pendapat sademikian. Tian Chua hendak
dibunuh kerana Tian Chua China.
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya
pada ceramah Pakatan Rakyat di Dataran
Sungai Air Tawar, dengan lantang menyatakan Lahad Datu adalah ‘wayang’ yang dipentaskan oleh United Malays
National Organisation bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah.
Tetapi Lajim TIDAK diusik kerana Lajim Melayu.
Banyak blog, bayak laman, ramai warga Sabah malah saya sendiri tidak pernah berhenti menganalisa Lahad Datu untuk
menerangkan kepada pembaca bahawa Lahad Datu ini hanyalah satu sandiwara. Tetapi hanya Tian Chua China dipilih kerana Tian Chua
China.
Strateji rasis United Malays National Organisation ini mula
disusun terperinci apabila parti ini
tewas dalam pilihan raya 1969. Sebelum
Mei 13 1969 yang wujud hanyalah sikap prasangka antara
kaum-kaum – Melayu tak suka China, India tak suka Melayu atau China suka
Melayu. Sikap prasangaka yang sedia wujud ini telah diolah untuk dijadikan satu idealoji yang disokong oleh kuasa daulah.
Idealoji rasisma
disusun dan distrukturkan. Kemudiaan pada tahun 1974 lembaga Biro Tata Negara (BTN) diwujudkan untuk
mengembangkan ideloji rasis ini. BTN sebagai satu organisasi
boleh disamakan dengan kumpulan Brown
Shirt yang membantu Hitler mewujudkan
kuasa Nazi di German. BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri, menyebar dan mengembangkan idealoji rasis
Ketuanan Melayu yang menjadi falsafah
pegangan United Malays National Organisation.
Kalau Brown Shirt bergerak untuk memboikot perniagaan orang
Yahudi di German. BTN pula menyebarkan pandangan bagaimana Orang Melayu telah
hilang harta kekayaan kerana kaum China dan India. China dan India ditakrif sebagai imigran yang
wajib dimusuhi dan dicurigai. Lirik lagu Anak Anak Kecil Bermain Api – lagu
resmi BTN - menjadi pedoman idealoji
rasis BTN.
BTN mengembangkan idealoji rasis
untuk menyokong dan memperkasa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan
pada tahun 1971. DEB ini berhujah bahawa Orang Melayu miskin kerana harta
kekayaan negara ini dibolot oleh orang China.
Keseluruhan Orang China mengikut istilah rasis BTN dilihat sebagai musuh
untuk keseluruhan Orang Melayu.
BTN mengadakan kuliah dan bengkel tertutup. Anak-anak mahasiswa
Melayu sahaja yang diwajibkan datang ke
khemah BTN. Malah jika ada pelajar
enggan datang ke khemah BTN mereka akan disenarai hitam. Para pelajar Melayu
yang ingin menyambung pelajaran ke luar negara menjadi mangsa BTN. Jika gagal
datang ke khemah BTN biasiswa akan ditarik dan mereka akan dinafikan hak belajar ke luar negara. Kuliah dan bengkel BTN juga
diwajibkan untuk pegawai-pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu. Dalam straterji BTN, untuk DEB berjaya maka para
profesional Melayu wajib mendapat suntikan rasis. DEB memerlukan sokongan idealoji Ketuanan Melayu
dari kaki tangan kerajaan.
Laungan ‘ bunuh Tian Chua’
yang kita dengar itu adalah hasil dari penyebaran fahaman rasisma
Melayu. Fahaman rasisma Melayu ini semakin berkembang. Ini kerana lembaga BTN
ini masih lagi wujud dan bergerak cergas. United Malays National Organisation
yang kini terdesak amat-amat memerlukan
idealoji rasis untuk terus bergerak. BTN diperlukan sebagai wadah fahaman rasis
Ketuanan Melayu dapat dikembangkan.
Orang ramai dan bakal pengundi tidak lagi menyokong konsep
rasis Ketuanan Melayu. Kerana itu parti Ketuanan Melayu ini dengan bijak
menggunakan pelbagai NGO sebagai anak syarikat untuk terus mengembang
fahaman rasis. Badan NGO tajaan United Malays National Organisation ini sedang
menyebarkan fahaman rasis dengan berselindung dbelakang Raja, Bangsa dan Islam.
Jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa ‘muka-muka’
besar dari BTN ini sedang bergerak
cergas menyebarkan fahaman rasisma. Ramai
pegawai-pegawai atau bekas pegawai BTN ini telah menyelinap masuk ke dalam pelbagai parti
politik dan badan agama. Hasan Ali ‘taiko BTN’
pada awalnya masuk ke dalam parti Pas, kini menjadi taiko Tiga Jalur.
Roslan Kassim yang juga ‘taiko’ BTN, pada awalnya memasuki PKR - kini bergerak cergas sebagai Ketua
Penerangan Perkasa.
Dimana akan berakhirnya laungan rasis ‘ bunuh Tian Chua’ masih belum jelas. Apa yang
jelas pada tahap ini kita wajib terus menentang dan menelanjangi rasisma ajaran
BTN. Kita juga wajib tegas dan berani
melawan ‘tunggul-tunggul’ BTN yang bertaburan atau yang sedang menyamar sebagai Pak Lebai. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03 -92-21-40-45
SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS
----------
7 ulasan:
jangan lupa, pengasas BTN ialah Anwar Ibrahim
Pundek la rasis melayu, paling bodoh dalam dunia. Tempat lain rasis mempertahankan hak dan cara hidup pribumi, kulit putih atau yahudi tapi di mesia rasis melayu habis semua di beri percuma pada pendatang! Rasis bapak tolol namanya!Kena tipu sepanjang masa oleh pengkhianat melayu nama mengok
Satu kupasan yang simple dan mudah difahami oleh golongan biasa dan terpelajar walaupun mereka yang dah diracuni dengan dokrin rasisme boleh merenung semula untuk menyahkan minda rasisme yang sudah tepu mungkin.
Penganut rasisme telah membantutkan perkembangan atau kemajuan pembangunan negara kerana potensi membebaskan minda rakyat bagi memanfaatkan kepelbagaian etnik /agama/budaya disekat apatah lagi dibantu oleh ajaran agama, parti politik dan buruk sangka yang telah mendarah daging mereka yang berkenaan.
Syabas TT kerna boleh menulis perkara ini dengan mudah dan jelas, sangat baik untuk semua pengunjung TT.
terima kasih pak TT..pencerahan yg bagus.. org yg terikut2 rasisma dalam malaysia bukan tahu apa itu makna rasisma.. semua ikot bodoh tuli je.. kalau ditanya pakcik2 yg sebuk nak tanah kt kelantan baru2 nie..mati hidup semula aku pun, dia tak tahu apa itu rasisma.. sama juga la org kaki2 yg nak bunuh tian chua itu..sangup nak membunuh bagi pihak yg nak kepentingan..jadi la kamu kambing2 hitam rasisma kaki2 tuli.. sampai 1 tahap..ugutan bunuh menjadi mainan tingting..ibarat mafia merebut kekuasaan..sampai masa bapak burik anak rintik..dan pada saatnya pusingan alam nnt..anak2 kamu yg terbunuh.
Thanks for relating power with racism.
Hasil btn ialah lahirkan melayu rasis. Yang nyata dalam ekonomi, melayu bukan kroni jadi mangsa rasis kepada bukan melayu. Bkn melayu ada btn gak ke..(rasis ke komen nih hahaha). Tepat dan tak dapat disangkal memang kuasa memandu rasisma..
Semua benda kat mesia ni anwarlah dalangnya kan?weh, 1974 anwar kat penjara kamunting sbb demo Baling..bila masa nk asaskn BTN?1982 baru beliau masuk Umno...semua benda pon nk fitnah...
Catat Ulasan