Rabu, 30 April 2014

LAGI SEJARAH BALING 1974









MAJORITI RAKYAT MALAYSIA
TIDAK SOKONG KERAJAAN
BALING 1974

Saya merakam kembali pensejarahan Baling 74 ini kerana dua pekara. Pertama munculnya kembali suasana kemiskinan di Baling yang pernah wujud 40 tahun dahulu. Ini berikutan dengan jatuhnya harga getah. Suasana ini bertambah meruncing apabila saya terbaca warga FELDA di Kampong New Zealand Pahang baru-baru ini telah juga berdemo kerana turunnya harga gertah.

Kedua - saya ingin membetulkan beberapa fakta sejarah. Ini penting kerana fakta sejarah ini akan menjadi bahan rujukan kepada kita sendiri. Sejarah akan memberi kita tahu dari mana kita datang, kenapa kita disini dan kemana arah tujuan kita. Mereka yang lupa sejarah – lupa asal usul - akan lupa ke arah mana tujuan hidup mereka.

Minggu lalu saya merakamkan tentang Pohon Buluh dimana banyak keputusan 'politik bangun melawan' telah diambil oleh pemimpin Pesatuan Mahsiswa Universiti Malaya dan Kelab Sosialis. Saya juga telah menulis walau pun pada ketika itu Kelab Sosialis diharamkan kami sebagai satu organisasi terus bergerak cergas. Didaftar atau tidak - kami tidak ambil peduli. Hakikatnya Kelab Sosialis mula bergerak dibawah tanah.

Kelab Sosialis telah menghantar Abu Zer Ali ke Baling. Abu Zer belas pelajar SDAR Tanjung Malim telah memainkan peranan yang amat penting dalam kes Baling. Abu Zer dihantar ke Baling kerana Kelab Sosialis berpendapat – tanpa siasatan, tanpa fakta kami tidak boleh bertindak. Ini adalah falsafah politik dari mazhab kiri yang hingga ke hari ini masih lagi tepat dan ilmiah.

Untuk anak-anak muda hari ini – sila ambil perhatian - pada tahun 1974 kami TIDAK ada talipon bimbit. Tidak ada Face Book. Tidak ada tweeter untuk menyebar propaganda. Bahan propaganda kami cetak melalui mesin saikostail. Kendati pun demikian ianya tidak menghalang anak-anak muda dari berani berkata benar. Atau menghalang anak muda dari menentang kezaliman. Teknoloji boleh membantu tetapi yang menjadi rukun iman ialah idealoji perjuangan. Tanpa idealoji perjuangan segala bentuk teknoloji termoden tidak membawa apa-apa makna.



Empat hari kemudian Abu Zer pulang dari Baling. Dia terus datang ke bawah Pohon Buluh. Saya masih ingat lagi dia mengendong 'sesuatu' dalam buntil kain. Apabila buntil ini dibuka maka ternampaklah beberapa ketul ubi gadong. Saya akui walau pun dibesarkan dikampong, saya tidak pernah melihat atau mengenali ubi gadong.

Abu Zer terus bersurah : warga di Baling telah kelaparan. Ubi gadung ini sedang menjadi bahan makanan warga Baling. Mengikut apa yang diselidiki oleh Abu Zer, memasak ubi gadung ini memerlukan satu cara yang khusus. Satelah ubi ini ditemui liar dalam hutan ianya perlu direndam dalam ayer yang bergerak selama dua hari. Ubi gadung ini tidak boleh dimakan serta merta. Ubi gadong mengandungi racun.

Aduh! Berita sademikian memeranjatkan kami yang amat selesa dalam kota Kuala Lumpur. Berita warga Baling makan ubi gadong telah mula tersebar luas. Bagaimana ianya tersebar luas – walhal kami tidak ada Facer Book? Berita ini tersebar dari mulut ke mulut. Dari Kolej ke Kolej. Kami tidak dapat lagi mencetak bahan propaganda kerana Rumah Persatuan telah disita.



Apa lagi surah yang dibawa oleh Abu Zer?


Apa yang dilihat oleh Abu Zer Ali pada hujung November 1974 adalah sejarah. Tetapi bahan sejarah ini masih ditenggelami. Mengikut surah Abu Zer pada akhir bulan November 1974 - jalan hendak masuk ke Baling dari Sungai Petani telah ditutup beberapa batu sebelum sampai ke Baling. Polis dan Polis Hutan mengawal jalan raya. Ini kerana satu minggu sebelumnya telah berlaku satu demo besar telah berlaku.

Polis dan Polis Hutan telah dibawa masuk ke Baling untuk mengawal keadaan. Jalan keluar masuk telah disekat. Polis akan membaca kad pengenalan dengan teliti. Sesiapa sahaja yang bukan beralamat Baling tidak akan dibenarkan meneruskan perjalanan.

Muka yang paling diperhatikan ialah muka anak muda yang kelihatan 'urban' - yang dilihat bukan budak kampong. Muka yang dianggap mahasiswa. Ini kerana pihak polis dan special branch sedar ketika ini Universiti Malaya sedang bercuti – justeru pasti ada pelajar anak Kedah yang akan 'menjengok' Baling. Wajib saya rakamkan disini bahawa ramai pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya datang dari Kedah dan Kelantan. Ini kerana wilayah mereka masih ada tradisi Sekolah Pondok. Justeru jika muka-muka mahasiswa ini dilihat maka 100% mereka akan dihalau pulang.


Bagaimana Abu Zer boleh sampai?

Kami dari Kelab Sosialis bukan sahaja bijak dalam ilmu pembelajaran di universiti - malah kami juga lincah dalam cara dan teknik menghindar dan mencium musuh. Justeru satu batu sebelum sampai ke 'road-block ' Abu Zer telah turun dari bas. Dia telah mengikuti jalan belukar dan masuk ke dalam sawah untuk menghindari Polis dan Polis Hutan. Kemudian dia terus menapak ke Baling. Abu Zer melalui budi bahasa tutur katanya telah dapat menumpang dirumah petani muda beranak dua. Ini sejarah.

Mengikut Abu Zer orang-orang di Baling pada tahun 1974 memang msikin. Hujan tidak berhenti hampir satu bulan. Ekonomi Baling ialah getah dan sawah padi. Penduduk Baling 100% adalah orang Melayu. Sebulan hujan ertinya sebulan tidak menoreh. Ertinya sebulan tidak ada pendapatan. Semua duit simpanan telah kering. Penduduk Miskin Desa tidak ada harta untuk digadai. Maka mereka ke hutan mencari ubi gadong. Maka disinilah muncul kesah 'orang Baling mati kebuluran'.

Hingga ke hari ini Anak Lelaki Iskandar Kutty akan menimbulkan kesah ' mati kebuluran' ini sebagai fitnah dari Anwar Ibrahim. 'Warga Baling mati kebuluran' – mengikut lebong Anak Lelaki Iskandar Kutty adalah fitnah yang dirancang oleh gerakan pelajar 1974 untuk memburukkan kerajaan dan United Malays National Organisation.
Dalam tulisan saya ini – saya merakamkan bahawa memang ada kematian di Baling kerana kebuluran. Mereka bulur tak makan lalu mereka makan ubi gadong yang beracun. Ini fakta yang saya pungut dari perawi saheh Abu Zer Ali anggota Kelab Sosialis.

Apa lagi yang disurah oleh Abu Zer?

Abu Zer telah menjadi tamu seorang petani muda. Malah kesampaian Abu Zer memang tepat pada waktunya. Abu Zer sempat bersama melihat bagaimana warga miskin desa telah disusun untuk keluar beramai-ramai berdemo. Mengikut Abu Zer dia ternampak 'aktivis kampong' ke hulu ke hilir berbasikal dan bermotor menjemput orang ramai untuk keluar berdemo.

Sejarah telah merakamkan bagaimana ribuan penduduk Baling , Sik, Sungai Petani, Tikam Batu telah keluar berdemo. Disini saya wajib dibetulkan jika fakta saya salah. Mengikut ingatan saya demo besar ini ialah pada Jumaat 29 November minggu akhir.

Dari surah Abu Zer dan dari gambar-gambar sejarah kita telah melihat bagaimana ribuan Warga Miskin Desa – yang tua, muda , kanak-kanak, lelaki dan perempuan telah turun ke jalan raya. Mereka membuat sepandok dengan kertas kotak. Tidak ada kain rentang. Tapi yang jelas tertera dari sepandok mereka ialah keberanian mereka turun ke jalan raya melawan. Orang kampong telah berani memperlihatkan kegagalan dasar pembangunan kampong United Malays National Organisation.

Mereka berarak membawa sepandok dari kampong masing-masing menghala ke Padang Pejabat Kerajaan. Mereka menuntut harga getah dinaikkan. Mereka menuntut hak mereka untuk mendapat bantuan. Berita tunjuk perasaan Baling 74 ini TIDAK dilaporkan oleh RTM, Utusan atau Berita Harian. Semua media milik United Malays National Organisation telah tutup mulut.

Pada hari yang bersejarah itu, Abu Zer Ali ahli Kelab Sosialis telah bersama ribuan warga Baling berdemo. Malah Abu Zer bukan sahaja memerhati dan melihat tetapi turut sama membantu menyusun tunjuk perasaan Baling 1974.

Di Padang Pejabat Kerajaan ribuan penduduk menunggu. Orang-orang kampong telah difahamkan bahawa ada 'Orang Besar' dari Kuala Lumpur akan datang. Polis, Polis Hutan dan Tentera telah siap sedia. Mukhabarat Special Branch berkeliaran untuk memahami apa yang sedang terjadi.

Suasana menjadi tegang kerana yang ditunggu tak kunjung sampai. Tetiba dari jauh sebuah helikopter kedengaran menuju ke arah padang.. Siapa yang dibawa oleh helikopter ini? ( TT)- sambung



TRADISI BALING
TURUN JALAN RAYA

NOTA
tulisan ini terlah disiarkan dalam 
SUARA KEADILAN 
sesiapa ingin melanggan akbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45

----------

LAWAK BERDIRI





MALAM ESOK
tukar tiub buat lawak berdiri
di panggung  pj live arts
petaling jaya section 17





----------

BALING DISEMBER 1974






UBI GADONG



UBi GADONG: SANGAT ENAK PROSES2 UNTUK MAKAN UBI GADONG YG HARUS DIJALAN KAN JAUH LEBiH JAUH DARi YG TT TERANG-KAN, SELEPAS SAHAJA RENDAM, UBi iTU HENDAK LAH Di RENDAM DALAM ABU DAPOR, KEMUDiAN RENDAM LAGi DALAM AYER, KEMUDIAN POTONG KEPiNGAN DEMi KEPiNGAN, KEMUDIAN MASUK DALAM ABU LAGi KEMUDiAN RENDAM LAGi DALAM AYER...

KEMUDiAN JEMUR...KEMUDiAN BARU BOLEH GORENG...HASiL NYA SEPERTi KEROPOK TAPi UBi GADONG TAK MENGGEREKOK[MENGGUMPAL] IA KERAS LURUS SIKIT SAJA BENGKOK...SANGAT KERAS, RASA-NYA LEMAK, LEBiH LEMAK DARi PERAH DAN BIJI GETAH LEBiH SEDAP DARi GAJUS ATAU BiJi KETEREH GORENG...

TAK RASA RUGi, SAYA SELALU DAPAT SUMBER GADONG DARi RUMAH2 KONGSi iNDON, TAPi iNDON DAH Di HAMBAT KELUAR UMNQ CiLAKA, DAN UMNQ BAWAK MASUK BANGLAR YANG TAK TAHU APA-APA ...CUMA TAHU MAIN LOBANG INDON SAJA on LAGI SEJARAH BALING 1974
Publish | Delete | Spam
Nazrio Dond DoLLa
on 4/29/14

------------

KENAPA RAKYAT BERDEMO







KOMENTAR
jika kerajaan adil
jika kerajaan tak rasuah
jika kerajaan tak zalim
jika kerajaan tak rasis
demonstrasi tak perlu

kerana kerajaan ini
menang cara tipu
kerana tipu  undi 
kerana tipu dalam pru13
kerana spr menipu
maka rakyat akan terus
turun berdemo

dalam sejarah negara dunia ke tiga
tidak ada kerajaan zalim
tidak ada kerajaan rasuah
yang undur kerana pilihan raya
semuanya ditendang rakyat
melalaui jalan raya

suharto kena tendang
marcos kena tendang
mubarak kena tendang

ini hakikat
ini fakta


Dr M terus mengeluh tentang demo besar

Semasa pentadbirannya, tiada protes jalanan berskala besar kecuali ketika musuh politiknya  Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Pengkritiknya mendakwa, ia ekoran Mahathir Mohamad memerintah secara kuku besi dan penentangnya akan merengkok dalam penjara.

Bagaimanapun, sejak beliau meletakkan jawatan pada 2003, protes jalanan menjadi perkara biasa dalam pentadbiran dua penggantinya selepas itu dan perkara itu sukar diterimanya.


Dalam blonya, bekas perdana menteri itu mencoretkan bagaimana demonstrasi yang dianjurkan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih.

Beliau sekali gus mengkritik kumpulan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH.

“Setakat ini Malaysia masih bertahan daripada ketidakstabilan akibat demonstrasi jalanan berpanjangan. Tetapi tanda-tandanya sudah ada.





----------

KAH KAH KAH PAGI INI








ROSMAH 

MANSOR

MENYERANG 

KEMBALI







-----------

TURUN KHAMIS INI





Keputusan Bebas Dakwaan Aksi Malam 31 Disember Cetus Semangat Baru Aksi 1 Mei

1. Pertama sekali syukur Alhamdulillah, Mahkamah Seksyen Jenayah 13, Kuala Lumpur semalam telah melepaskan saya Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan, 33 dari tuduhan didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di Kuala Lumpur antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas. Tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

2. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Melissa Sasidaran berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyifatkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan kerana peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.

3. Keputusan ini dibuat dibuat berasaskan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menggugurkan tuduhan terhadap ADUN Seri Setia , YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

4. Tahniah kepada Hakim yang berani membuat keputusan yang betul. Tahniah dan terima kasih juga kepada Peguam Melissa dan Eric Paulsan termasuk pasukan Lawyer For Liberty (LFL) yang banyak membantu kes - kes berkaitan perjuangan hak asasi dan melawan penindasan. Rakaman penghargaan juga kepada penyumbang yang menyumbang dalam perbagai bentuk kepada kami anak muda bagi meneruskan perjuangan ini khususnya dalam bentuk jaminan mahkamah.

5. Ini merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara. Ini juga membawa maksud bukan semua undang- undang menjamin keadilan ia memerlukan perjuangan dan keberanian. Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang - undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang - undang zalim ini. Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah dan sebaliknya beruntung ada anak muda seperti Nik Nazmi yang berani menawan sehingga membawa kes ke mahkamah rayuan dan berjaya mengenepikan kes yang akhirnya menjadi tanda segar buat perjuangan.

6. Tanggal 1 Mei satu lagi himpunan penting dalam gerakan rakyat. Untuk itu Penyerahan Penghakiman kes Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dihantar kepada IGP. 

Masa: 2pm
Tempat: Bukit Aman 
Tarikh: 30 April 2014 (esok)

Tujuan utama penyerahan penghakiman ini adalah untuk memperingati IGP bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Akta Himpunan Aman adalah tidak berperlembagaan dan Himpunan MayDay pada 1 Mei bukan HARAM.

7. Terima kasih kepada semua yang berjuang. Yakinlah rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan. Ayuh bersama banjiri Kuala Lumpur 1 Mei ini.


Sekian dan terima kasih

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia



------