Selasa, 9 September 2014

JELAS LAGI TERANG



Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan kelayakan tunggal seorang menteri besar adalah sama ada beliau mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti.

"Gender, kelayakan akademik, malah kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya,” katanya.

KOMENTAR
paling jelas
paling cerah
tak susah nak difahami
dewan undangan selangor
ada 56 adun
wan azizah mendapat
30 undi dalam bentuk
akuan bersumpah

yang lain 
hanya hampeh
tapi inilah
tanda kita dalam
dunia ketiga

KAH KAH KAH



-------------

Isnin, 8 September 2014

BERBAHAGIALAH HENDAKNYA






Wan Azizah: Saya sedikit terguris tapi tak marah

6:19PM Sep 8
Presiden PKR itu anggap komen beliau "tidak berkelayakan" jadi MB sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak buat kenyataan balas.

KOMENTAR


perempuan berjiwa besar
suami pernah dipenjara
anak pernah difitnah
keluarga selalu ditohmah
diri sendiri dipelekeh
tapi perempuan ini
berjiwa besar
perempuan ini tidak pernah marah

berbahagialah sang suami
berbahagialah sang anak
berbahagialah  parti yang 
dipimpin perempuan ini

berbahagialah selangor hemdaknya



-----------

NAJIB AKAN KENA TENDANG







ARKIB BERIAT  11 JULAI 2012

PM mansuh Akta Hasutan, gubal Akta Keharmonian Nasional

KUALA LUMPUR - Najib  Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.



| September 8, 2014
ISMAIL SABRI / KPDNHEP
Sekiranya Akta Hasutan dihapuskan, misi kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 juga akan menuju kegagalan. More 




perkasaBenarkah Perkasa dengan tujuan mereka berkaitan Akta Harmoni?
September 8, 2014
Akta yang dicadangkan oleh NUCC kepada kerajaan ini terpecah kepada tiga, iaitu Racial and Religious Hate Crimes Bills, National... More ››






KAH KAH 


KAH



woit apa maknanya ini?

najib kata mansuh

ibrahim ali kata jangan mansuh

najib kata hapus

madey kata jangan hapus

zam kata jangan hapus

ini ertinya

najib nak kena tendang

oleh ibrahim ali


KAH KAH KAH

------------

PETANG KELMARIN JALAN PANGGUNG






NASI 

PANGUNG

anak semua bangsa berhujung minggu
bersama warga miskin kota, tanpa rumah
saling tak mengenal nama, 
bertukar-tukar kasih, bertukar-tukar rasa
menikmati kehidupan, menikmati selagi ada

Displaying 10410811_529124807192190_2139541053297104424_n.jpg

Menu & kontributor untuk Dapur Jalanan minggu lepas:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun TomYam
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Qish Awek Cun - Pau Kacang Merah
Nani & kawan-kawan - Roti
Fazzy kelas kita - Buah-buahan

Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk; yang buat ramai:-
Aisyah, Syu, Fazzy, Sya, Amir & hazman MSU
Ila awek Ipoh, Nani & kawan-kawan 
Ida & abg krew TV Al-Hijrah, Man & 
Ustaz WanJi, Ronasina & keluarga, Wak Jal Hamdan,
Hijrah, Azen, Mat & Battalion GengKotak
dan semua kawan2 yg hadir membantu, menghidang & memeriahkan petang ahad
 di Jalan Panggung!
Displaying DSC_0794.JPG

Terima kasih daun keladi
adik, abang, kakak, awek & semua
jemput datang ke Jalan Panggung
minggu depan kita berdapur lagi!

- Dapur ada merchandise baru!
 Apron DapurJalananKL!
 RM20.00 dgn sumbangan. Boleh dapatkan di Jalan Panggung dan sekitar 
kawasan jajahan. untuk tempahan tunggu sekejap, akan diumumkan 

Displaying DSC_0785.JPG

 untuk maklumat info, sila cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur dan follow
twitter: @DapurJalanan & Insta - dapurjalananKL

- untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49
 spkl collective

Displaying DSC_0800.JPG
- Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 019-267-12-85 
 Hadikhalid = 012-664-88-73

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
08 September 2014






---------------

ILMU PERLEMBAGAAN KITA






INSTITUSI TIANG NEGARA


Melayu perlu pertahan empat institusi, 


kata Zahid Hamidi 

Ahmad Zahid Hamidi  berkata orang Melayu perlu mempertahankan empat institusi yang selama ini menjadi tonggak kekuatan bangsa dan Umno.

Katanya empat institusi tersebut adalah  Seluar Dalam Rosmah, sebagai simbol persekutuan, Cincin Rosmah sebagai cahaya berpelembagaan, hak keistimewaan  Rosmah memakai Beg Birkin dan Rambut Rosmah rambut kebangsaan.    

"Kita dalam Umno harus pertahankan empat institusi ini, tiada kompromi terhadap keempat-empat institusi ini dan Umnolah yang mendukung kekuatan empat perkara ini," katanya. 


Beliau berkata pada masa kini terdapat pihak tertentu yang cuba menyanggah empat institusi tersebut apabila melihat Umno mula berpecah dan ada juga anggota parti yang bertelagah sesama sendiri.


---------