Selasa, 9 September 2014

JELAS LAGI TERANG

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan kelayakan tunggal seorang menteri besar adalah sama ada beliau mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti.

"Gender, kelayakan akademik, malah kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya,” katanya.

KOMENTAR
paling jelas
paling cerah
tak susah nak difahami
dewan undangan selangor
ada 56 adun
wan azizah mendapat
30 undi dalam bentuk
akuan bersumpah

yang lain 
hanya hampeh
tapi inilah
tanda kita dalam
dunia ketiga

KAH KAH KAH

-------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BERITA ARKIB...31 May 2014

Berlainan Politik Tidak Halang DS Najib Bantu Presiden PAS

Sedang pemimpin PAS di negara ini sibuk mengerah jentera pilihan raya serta meminta para penyokong taksubnya berusaha memenangkan DAP di Teluk Intan meskipun calonnya Dyana Sofya tegas menolak perlaksanaan hudud, tiba-tiba Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang berada di Turki di uji musibah kesakitan oleh Allah SWT.

Menurut berita yang memetik kenyataan anak lelaki Hadi iaitu Muhammad Khalil, Presiden PAS itu telah dimasukkan ke sebuah hospital di Instanbul, Turki selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas. Bagaimana pun keadaannya kini dilaporkan kembali stabil dan sedang berehat.

Kita tak tahu samada ini cuma sakit biasa akibat keletihan atau mungkin bala dek kerana kesungguhan PAS membantu DAP yang menentang hudud, mana-mana satu itu urusan Allah SWT. Satu yang pasti kalau pemimpin UMNO yang terkena musibah sebegini maka bagi pemimpin dan penyokong PAS sudah tentu ia dipanggil bala.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adalah Presiden UMNO sebaik mengetahui berita tersebut dilaporkan telah menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di Turki meminta supaya segala bantuan dan sokongan yang bersesuaian diberikan untuk kemudahan Hadi Awang.

Orang Melayu wajib lupa diri bila kena bab-bab berkanaan 'budi' bro...

Berita Arkib 31 May 2014

Orang Melayu wajib lupa diri bila kena bab-bab berkanaan 'budi' bro...

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) di sini tengah hari ini.
"Menziarahi Tuan Hj Hadi di hospital baru tadi. Moga cepat pulih,
Insya-Allah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

Difahamkan kunjungan itu berlangsung kira-kira 45 minit. Perdana Menteri turut memuatkan sekeping foto beliau bersama bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam catatan itu.
Abdul Hadi kini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di IJN selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.
-- BERNAMA

Berita Arkib 29 Jun 2014

Ini kali ke dua bro...Orang Melayu wajib lupa diri bila kena bab-bab berkenaan 'budi' bro...

Tanpa Nama berkata...

Tun M ziarah Haron Din di IJN
Arkib Januari 25, 2014

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN).

Berdasarkan laporan, keadaan Haron Din yang sebelum ini kritikal, kini semakin stabil dan dijangkan akan terus menjalani rawatan dan berehat di hospital tersebut.

Haron kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Komprehensif (CCU) IJN dan dimasukkan ke wad tersebut sejak petang Khamis lalu.

Meskipun kedua-dua pemimpin itu pernah berselisih pendapat, namun ia tidak menghalang mereka untuk saling menziarahi serta memupuk ikatan persaudaraan seperti yang dituntut oleh Islam.

Inilah orang melayu...'Wajib' lupa diri bro...terhutang budi..gadai parti

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR 12 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Najib yang tiba pada 1.30 tengah hari, meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron, yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya, Dr. Huda Haron dan menantu, Dr. Azlin Azzuddin.

Turut serta Pakar Perunding Kardiologi IJN, Datuk Dr. Amin Ariff Nuruddin.

Sementara itu, Najib dalam catatan terbaharu di laman facebook beliau berkata, keadaan kesihatan Haron bertambah baik dan beliau mendoakannya kembali sihat seperti sediakala.

“Alhamdulillah, kesihatan beliau beransur baik. Sama-samalah kita berdoa agar beliau segera sembuh seperti sediakala," katanya yang turut memuat naik gambarnya menggenggam erat tangan tokoh agama itu.

Kali terakhir Haron menerima rawatan di IJN ialah pada hujung Januari lepas.

Ini kali kedua bro...Inilah orang melayu...'Wajib' terhutang budi..gadai parti

Tanpa Nama berkata...

Dan juga spesis-spesis jenis 'Zulkiifli Nordin' yang berada didalam PAS dan diluar PAS...mereka inilah yang menghancurkan PAS sekarang ini...Inilah kata-kata mereka..

PAS terlalu bertolak ansur selama ini - setiap kali ditolak PAS beransur.

Sehingga PAS buang perjuangan negara Islam!

Sehingga PAS ketepikan perlaksanaan hudud, qisas dan takzir!

Sehingga PAS bermata putih melihat kalimah Allah dicemar dan disyirikkan!

Sehingga PAS memecat tokoh hebat seperti Hasan Ali yang tegar memperjuangkan Islam!

Sehingga PAS memecat ulama muda seperti Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura'!

Sehingga PAS dipaksa menerima seorang yang disabit dengan hukuman liwat sebagai pemimpin!

Sehingga PAS dipaksa menerima pemimpin yang tidak punya kredibiliti dan akhlak yang cemar!

Sehingga PAS dikatakan parti PAS PIS PUS!

Sehingga PAS hilang identiti perjuangan Islamnya!

Kata orang Melayu, cukup-cukuplah tu. Kata omputeh, enough is enough!!!

Tanpa Nama berkata...

sultan semua betul.....
cop mohor botol besar pun betui....
kah...kah...kah....

Unknown berkata...

dr aziz bari boleh menjadi politician yg lebih bijak lagi jika tidak terlalu taksub dengan pemahaman ilmu perlembagaannya