Sabtu, 21 Mac 2015

SIAPA SABOTAJ SIAPA



PETANG INI DI SOGO

SPAD tak bincang dengan Putrajaya 

naikkan tambang, kata timbalan menteri 


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) digesa supaya mengkaji semula kenaikan harga tambang pengangkutan awam memandangkan kenaikan sebanyak 20% hingga 67% itu adalah tinggi, kata  Aziz Kaprawi.
Timbalan menteri pengangkutan itu berkata, SPAD sepatutnya mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapat satu keputusan yang terbaik.
"Kenaikan harga tambang yang diumumkan oleh SPAD, perlu mendapat pandangan dari semua pihak, bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/spad-tak-bincang-dengan-putrajaya-naikkan-tambang-kata-timbalan-menteri#sthash.Mb4nb2kK.dpuf


KAH KAH KAH

woit
apa sudah jadi?
tangan kanan
tak tahu tangan kiri
mustahil tak tahu
mustahil tak sedar
ini macam nak
susahkan lagi najib
kah kah kah

JELAS KES SABOTAJ


------------

NAJIB KENCING PAS






APA PENDIRIAN  NAJIB MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN MENGENAI HUDUD DI PARLIMEN
 
Parti-parti komponen Barisan Nasional yang berasaskan perkauman seperti MCA dan Gerakan dengan segera mengambil kesempatan berhubung Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan (EKJSK) untuk menghakis sokongan rakyat bukan beragama Islam terhadap Pakatan Rakyat. Hari ini, pimpinan MCA dan Gerakan cuba mengalihkan perhatian dari persoalan paling utama jika Rang Undang-Undang Persendirian (“Private Members Bill”) mengenai kuasa mahkamah syariah di bawa ke Parlimen: apakah pendirian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli Parlimen Umno di Parlimen kelak?

Setakat ini, hanya Umno Kelantan yang menyuarakan sokongan terhadap EKJSK dan ahli-ahli Parlimen Umno dari Kelantan. Pada masa yang sama, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional yang senior juga mengelirukan dan bertentangan di antara satu sama lain.

Contohnya, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) iaitu  Shahrir Samad minggu ini menyatakan bahawa ahli-ahli Parlimen Umno belum mendapat arahan dari kepimpinan Umno mengenai pendirian mereka sekiranya Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah dibawa ke Parlimen. Beliau menyimpulkan bahawa keputusan untuk menyokong atau tidak akan diserahkan kepada keputusan peribadi setiap ahli Parlimen Umno.

Kenyataan itu disanggah pula oleh Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara iaitu NurJazlan Mohamad. Minggu ini beliau mengeluarkan kenyataan menentang pelaksanaan hukum hudud dan menyebut beliau tidak akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah jika dibawa ke Parlimen.

Pendirian anggota-anggota Parlimen dari parti komponen Barisan Nasional yang terbesar iaitu Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) mengenai perkara ini juga jelas. Presidennya iaitu Tan Sri Adenan Satem telah menyatakan secara terbuka bahawa parti itu akan menolak hudud baik di peringkat negeri Sarawak atau persekutuan. Tambahan lagi, PBB yang akan berhadapan dengan Pilihanraya Negeri Sarawak telah menjelaskan ia mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pelaksanaan hukum Islam.

Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah jika di bawa ke Parlimen.

Sebab itu, saya menyeru supaya kepimpinan PAS dan rakyat keseluruhannya berhati-hati dan waspada dengan muslihat Umno dan Barisan Nasional yang menggunakan ketaatan orang Islam terhadap hukum Allah sebagai muslihat politik.

Saya mengajak supaya rakyat keseluruhannya bersama-sama mendesak Najib  Razak dan timbalan beliau Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka dan bertulis bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan dan mereka akan mengundi menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah jika dibawa ke Parlimen.

Kedua-dua pimpinan Umno ini juga perlu mengeluarkan arahan segera secara bertulis bahawa setiap ahli Parlimen dari Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain seperti PBB yang beragama Islam wajib mengundi menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah jika dibawa ke Parlimen.

Saya menasihati pimpinan PAS supaya mendapat jaminan bertulis mengenai sokongan dari Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain seperti PBB terhadap cadangan Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk membawanya.

Ini adalah penting untuk memastikan tiada muslihat dan tipu daya dari Umno dan Barisan Nasional yang pernah memangsakan PAS dengan menendang parti itu keluar dari Barisan Nasional dalam tahun 1977. Setakat ini, tiada satu kenyataan pun dari Najib Razak yang menyatakan sokongan dan arahan kepada ahli-ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional untuk menyokong cadangan Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah.

Saya khuatir Najib  Razak hingga ke akhirnya tidak akan membuat kenyataan. Malah saya juga waspada bahawa Umno dan Barisan Nasional tidak akan  mengeluarkan sebarang arahan agar setiap ahli Parlimen beragama Islam menyokong Rang Undang-undang Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah jika dibawa ke Parlimen.

Akhirnya, Umno dan Barisan Nasional akan terus menggunakan isu hudud ini untuk memecahkan Pakatan Rakyat dan memastikan mereka kekal berkuasa dalam Plihanraya Umum ke-14. Jika itu berlaku, pelaksanaan hudud tidak pun akan terlaksana dan rakyat akan terus dimangsakan akibat salah tadbir, penyelewengan dan budaya rasuah yang dibawa Umno dan Barisan Nasional. 

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




-------------

Jumaat, 20 Mac 2015

SAMAN JANGAN TAK SAMAN




KOMENTAR
saman baru sampai
cakap dah lama

apa ertinya saman ini
ertinya PAS kena kencing
atau
saman ini sebagai tukaran

saman pernah digunakan
sebagai ugutan kepada roslan kassim
roslan dalam PKR disaman oleh megat juned
akhirnya roslan menyerah kalah
roslan akhirnya belot 
dan saman ditarik balik

apakah saman ini akan digunakan
sama saperti yang telah digunakan
oleh megat juned keatas ruslan kassim
kita lihat dan tunggu

sementara itu
kita turun tiap sabtu petang
ke sogo


Najib saman Harakahdaily berhubung isu 

1MDB

Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya berhubung isu dana 1MDB.
Najib memfailkan saman itu pada Rabu lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Writ saman itu diperoleh pemberita hari ini selepas peguam Fahmi Adilah yang mewakili Najib menyerahkan saman itu kepada Rosli dan Taufek di pejabat Harakah di Kuala Lumpur.
Najib menamakan Rosli dan Taufek sebagai defendan 

pertama dan kedua.
Saman itu berkaitan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari lalu bertajuk “Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?(Bhg 2)”.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-saman-harakahdaily-berhubung-isu-1mdb#sthash.WWcfy2Kb.dpuf



ANAK MUDA
pasti di sogo

-------------

MASUKAN KE DALAM BOTOL








FACE BOOK


HARUN DIN Memberi Restu Kepada Muslimah..
Apahkah ini ajaran Rasulullah s.a.w?

Sila bawa sirahnya dan Nasnya...
Adakah Rasulullah s.a.w pernah memegang kepala bukan muhrim walaupun dalam keadaan berlapik..?











-----------------

SILAP CARI UBAT





JINEKOLOGIST SEORANG PAKAR JIN



3 beradik cedera akibat dirawat bomoh

Tiga beradik berusia antara 5 hingga 10 tahun didakwa mengalami kecederaan akibat dirawat seorang bomoh tradisional sejak Oktober tahun lalu.
Mereka yang dikatakan menerima rawatan hampir setiap hujung minggu melecur pada badan akibat sering dicucuh dengan colok setiap kali menerima rawatan daripada bomoh tersebut.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi berkata perkara tersebut akhirnya diketahui bapa mereka yang bekerja sebagai tukang masak selepas anak lelakinya yang berusia 5 tahun mengadu sakit di bahagian dada pada 10 Mac lalu
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/3-beradik-cedera-akibat-dirawat-bomoh#sthash.t2E0KejY.dpuf


KAH KAH KAH

woit
pasal apa jumpa bomoh
pergi jumpa jinnekologist
pakar dalam hal jin
kah kah kah

APA PUNYA TUUR

------------

SERUAN SAEKOR JINNEKOLOGIS







NOTA

levi strauss jual jean
jadi kaya raya
lebi derus tangkap jim
pun jadi kaya raya
kah kah kah


Hudud lebih penting 

daripada Pakatan, 

kata mursyidul am baharu 

PAS 

Mursyidul am PAS yang baharu Haron Din berkata hudud merupakan ketetapan yang jauh lebih penting berbanding kerjasama Pakatan Rakyat (PR ) dan menegaskan parti Islam itu tidak akan berganjak daripada prinsip asal perjuangannya walaupun ditentang DAP dan PKR. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-lebih-penting-daripada-pakatan-kata-mursyidul-am-baharu-pas#sthash.o2JpnbcP.dpuf


KAH KAH KAH

hubaya hubaya
ini pandangan
seorang jinnekologis
kah kah kah
bukan gynecologist
kah kah kah

JUAL JANGAN 
TAK JUAL


------------