Sabtu, 28 Mac 2020

DUNIA INDAH KETIKA ITU






DUNIA INDAH

KETIKA ITU

Tt ko tak buat video ikan fresh water ke lagi. Seronok den tengok. Teringat maso kecik dulu cari ikan kat sawah bondang. 
on
 SENGET
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 28/03/204








PASAR CHOW KIT PAGI INI











PAGI INI 

PASAR CHOW KIT
GUA MUKA REGULAR
DIPASAR INI 
TIAP MINNGU GUA AKAN
MEMBELI SAYUR IKAN DAN BUAH
INI WILAYAH KUALA LUMPUR
YANG
AMAT GUA SAYANGI


KALI AKHIR KE SANA
RABU 11/3/2020
DENGAN ADMAN SALEH

KALI INI BILA MAKANAN
DAH ABIS GUA MINTA
KAWAN GUA 
HADI DAN WAK JAL
BELIKAN UNTUK GUA

GUA TAK KELUAR RUMAH
KECUALI KE KWANTUNG

KELMARIN  HADI NAK PERGI
TAPI DIBATALKAN
GUA TELAH EMAIL SENARAI
BAHAN MAKANAN 
YANG GUA PERLU
PAGI INI JAM 8.56 HADI TALIPON
DIA  DAH SIAP MEMBELI
ERTINYA DIA KE PASAR 
AWAL PAGI
GUA PESAN
IKAN TONGKOL
UDANG KOLAM
IKAN SUSU
DAGING KOTAK
 UNTUK EZI DAN TAK TAK
LADA BAWANG BESAR 
BAWANG PUTEH KUNYIT
HALIA LENGKUAS 
 TEMU LAWAK KACANG PANJANG
TOMATO
IKAN BILIS

SAYANG HADI TAK SEMPAT
BELI BUAH MANGGA DAN AVOKADO
MAKNANYA GUA PUTUS BUAH
TAPI HADI ADA  BELI
BUAH LIMAU DAN ANGGUR

KETIKA AKHIR GUA DISANA
BELUM ADA PERATURAN
KALINI INI MENURUT HADI

1- WAJIB BERATUR JARAK JAUH
2 - BELI TAK LEBIH DARI 15 MINIT
3 - SUHU BADAN DIAMBIL
4 - NAMA DIRAKAM
MENGIKUT HADI
 MEMANG  AMAT RAMAI
YANG DATANG 
PASAR BUAH
PASAR SAYUR
PASAR DAGING
PASAR IKAN
SEMUA JADI TUMPUAN

KERETA TAK BOLEH 
MASUK KE DEPAN PASAR
SEMUA BERHENTI
DI JALAN TAR
MENAPAK MASUK
KE JALAN SEBELAH SHELL
BILA HADI KELUAR
ORANG TELAH BERATUR
HINGGA KE BELAKANG
BANGUNAN UMNO LAMA

PIHAK POLIS /DBKL
MENGAWAL KEADAAN

MENGIKUT HADI
WARGA ASLI MALAYSIA
SENANG MENURUT ARAHAN
YANG BAWA MASALAH
MAT BANGLA
MINAH DAN MAT INDON
WARGA LUAR
YANG TAK BIASA 
DENGAN BUDAYA BERATUR

AMIN





-----------

LANGKAH TEPAT







LANGKAH TEPAT

Pemeriksaan suhu badan di sekatan jalan raya mulai hari ini – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Mulai hari ini orang ramai yang melalui sekatan jalan raya di ibu negara akan diperiksa suhu badan, kata Menteri Wilayah Persekutuan,  Annuar Musa.

Dalam ciapan di laman Twitter, Annuar berkata, anggota keselamatan yang bertugas akan dibekalkan dengan alat pemeriksaan suhu badan untuk mengenal pasti jika terdapat individu yang mempunyai simpton demam

“Yang ada tanda demam anda mungkin ditahan untuk dibawa ke pusat pemeriksaan lanjut,” katanya.


UNTUK 

KESELAMATAN

KITA SEMUA

---------------

KEDAI RUNCIT PULAK








KEDAI RUNCIT

PULAAAK

Kenduri kahwin punca 2 kawasan di Simpang Renggam dikunci

KENDURI kahwin pada hujung minggu sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kedai runcit yang menjadi tumpuan penduduk tempatan mendapatkan bekalan makanan dikatakan antara penyebab penularan tidak terkawal wabak Covid-19 di kawasan Simpang Renggam.

Seorang penduduk Simpang Renggam, yang menetap berhampiran Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baru Dato Ibrahim Majid, berkata penduduk kampung mematuhi arahan PKP, namun tidak menyangka wabak itu menular dengan cepat di kawasan perkampungan berkenaan.

“Pemilik kedai runcit itu pun dah dimasukkan ke hospital,” kata penduduk, yang hanya dikenali sebagai Salleh.

Katanya, dipercayai wabak itu menular melalui kluster tabligh dan menyebar ketika dua majlis perkahwinan pada hujung minggu sebelum PKP dilaksanakan pada 18 Mac, lalu.


“Stesen minyak berhampiran kampung juga perlu ditutup kerana salah seorang pekerjanya turut disahkan positif Covid-19,” kata Salleh, kepada The Malaysian Insight.

Kampung itu juga digunakan sebagai jalan pintas untuk ke kampung lain dan juga ke pekan Simpang Renggam.

Dua kawasan itu sahaja mempunyai 61 kes positif Covid-19 daripada 83 kes yang dilaporkan di Kluang, setakat semalam.

Keadaan itu memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di dua kawasan terbabit yang melibatkan enam kampung dengan kira-kira 3,570 penduduk.

Perintah berkenaan adalah yang pertama dikenakan ke atas satu-satu kawasan sejak PKP dilaksanakan, ekoran penularan wabak Covid-19.

Seorang kakitangan di Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam, Muhammad Sulhi Hasbullah, 36, berkata, susulan PKP, mereka terus bergerak memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas dan terputus bekalan makanan.

“Kita mula berhubungan dengan 26 ketua-ketua kampung kita gerakkan bantuan, dah disalurkan kepada ketua kampung dan ketua masyarakat, seperti makanan keperluan, beras dan sebagainya.

“Bantuan diberikan kepada setiap yang terjejas dan paling utama dikalangan asnaf, B40, dan mereka yang terputus pendapatan,” katanya, kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata, pejabat ahli Parlimen berperanan mencari barangan keperluan yang disenaraikan Jabatan Kebajikam Masyarakat (JKM).

“Sebagaimana diumumkan Menteri Kanan Ismail Sabri, dah mula PKPD di dua kawasan itu, kedudukannya lebih kepada ‘lockdown’, mereka tak boleh keluar rumah.

“Kita gerakkan kerjasama dengan JKM, mereka senaraikan barang keperluan kami cari dan JKM hantar barangan kepada mereka yang terputus bekalan,” katanya. – 27 Mac, 2020.


DIMANA MANA

WAJIB HATI HATI

-----------

ADA TAK FAHAM KOMIDI







ADA TAK FAHAM

KOMIDI 
Dari tulisan gwa tajuk - Malaysia Kaya Tapi Rakyat Miskin ..ramai yang lebey tumpu pada perkataan TAQBEE dari masalah Pengemisan Rakyat. Kahkahkah ..ini isyarat yg strutural kepimpinan sediaada hari ini CAN MOVE ON .. 
on 
MALAYSIA KAYA 
TAPI RAKYAT MISKIN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 28/03/20

Bro I






-----------

SAHEH LAGI TEPAT







SAHEH

Betul! Abam gila kuasa, bijak berpolitik tapi langsung tak pintar. Kalau tak kacau, Malaysia sudah ada kerajaan perpaduan, menteri-menteri professional, masalah virus dah dikawal baik. 
on 
ABAM TIKAM MADEY -
TIPU DAP AMANAH - 
KLIM ADA NUMBER
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 28/03/20

B





---------