Sabtu, 28 Mac 2020

KEDAI RUNCIT PULAK








KEDAI RUNCIT

PULAAAK

Kenduri kahwin punca 2 kawasan di Simpang Renggam dikunci

KENDURI kahwin pada hujung minggu sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kedai runcit yang menjadi tumpuan penduduk tempatan mendapatkan bekalan makanan dikatakan antara penyebab penularan tidak terkawal wabak Covid-19 di kawasan Simpang Renggam.

Seorang penduduk Simpang Renggam, yang menetap berhampiran Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baru Dato Ibrahim Majid, berkata penduduk kampung mematuhi arahan PKP, namun tidak menyangka wabak itu menular dengan cepat di kawasan perkampungan berkenaan.

“Pemilik kedai runcit itu pun dah dimasukkan ke hospital,” kata penduduk, yang hanya dikenali sebagai Salleh.

Katanya, dipercayai wabak itu menular melalui kluster tabligh dan menyebar ketika dua majlis perkahwinan pada hujung minggu sebelum PKP dilaksanakan pada 18 Mac, lalu.


“Stesen minyak berhampiran kampung juga perlu ditutup kerana salah seorang pekerjanya turut disahkan positif Covid-19,” kata Salleh, kepada The Malaysian Insight.

Kampung itu juga digunakan sebagai jalan pintas untuk ke kampung lain dan juga ke pekan Simpang Renggam.

Dua kawasan itu sahaja mempunyai 61 kes positif Covid-19 daripada 83 kes yang dilaporkan di Kluang, setakat semalam.

Keadaan itu memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di dua kawasan terbabit yang melibatkan enam kampung dengan kira-kira 3,570 penduduk.

Perintah berkenaan adalah yang pertama dikenakan ke atas satu-satu kawasan sejak PKP dilaksanakan, ekoran penularan wabak Covid-19.

Seorang kakitangan di Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam, Muhammad Sulhi Hasbullah, 36, berkata, susulan PKP, mereka terus bergerak memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas dan terputus bekalan makanan.

“Kita mula berhubungan dengan 26 ketua-ketua kampung kita gerakkan bantuan, dah disalurkan kepada ketua kampung dan ketua masyarakat, seperti makanan keperluan, beras dan sebagainya.

“Bantuan diberikan kepada setiap yang terjejas dan paling utama dikalangan asnaf, B40, dan mereka yang terputus pendapatan,” katanya, kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata, pejabat ahli Parlimen berperanan mencari barangan keperluan yang disenaraikan Jabatan Kebajikam Masyarakat (JKM).

“Sebagaimana diumumkan Menteri Kanan Ismail Sabri, dah mula PKPD di dua kawasan itu, kedudukannya lebih kepada ‘lockdown’, mereka tak boleh keluar rumah.

“Kita gerakkan kerjasama dengan JKM, mereka senaraikan barang keperluan kami cari dan JKM hantar barangan kepada mereka yang terputus bekalan,” katanya. – 27 Mac, 2020.


DIMANA MANA

WAJIB HATI HATI

-----------

Tiada ulasan: