Sabtu, 7 November 2020

SEMUA MENUNGGU HANTU RUMAH PUTEH .



SEMUA MENUNGGU

HANTU 

RUMAH PUTEH 

KITA DI KL DI KURUNG LAGI

 


AWAS


PKPB seluruh semenanjung kecuali Kelantan, Perlis, Pahang bermula 9 Nov

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama 4 minggu bermula 9 November, kata Ismail Sabri Yaakob.

Langkah itu bagi membendung penularan Covid-19 memandangkan kadar jangkitan masih tinggi.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang media disiar langsung petang ini.

Ismail Sabri berkata penduduk di Perlis, Pahang dan Kelantan hanya boleh bergerak dalam negeri sendiri dan tidak boleh merentas sempadan.

“Ketiga-tiga negeri ini masih diletakkan di bawah Perintah Kawapan Pergerakan Pemulihan (PKPP) jadi mereka boleh bergerak antara daerah tetapi tidak boleh merentasi negeri,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Selangor, Putraja dan Kuala Lumpur akan juga menyambung PKPB apabila perintah itu berakhir pada 9 November.

“Ketiga-tiga negeri itu akan turut dikenakan perintah baharu sehingga 9 Disember,” katanya.

Di Sarawak, Ismail Sabri berkata orang awam masih boleh merentas daerah tetapi mereka dilarang untuk memasuki Kuching yang kini mempunyai banyak kes jangkitan.

Beliau juga berkata semua sekolah di negeri yang dikenakan PKPB perlu ditutup dan semua aktiviti luar dihadkan.

Bagaimanapun bagi upacara keagamaan, Ismail Sabri berkata perkara itu terserah kepada pentadbiran negeri.

“Sekolah ditutup, perniagaan boleh beroperasi tetapi dalam masa terhad. Begitu juga aktiviti luar.

“Bagi solat Jumaat, ia akan diuruskan oleh negeri masing-masing kerana perkara itu terletak di bawah kuasa Sultan,” katanya. – 7 November, 2020.



AWAS

HATI
HATI


GARIS POLITIK TRUMP



GARIS 

POLITIK TRUMP

Unknown commented on

 "TRUMP MASIH BERTAHAN"

Mcm Lu jugak. " Tipu Pilihanraya Turun Jalan Raya".

KES BERTAMBAH TAMBAH

 



AWAS

1,168 kes baharu Covid-19, 1,029 pesakit pulih

MALAYSIA hari ini melaporkan 1,168 jangkitan baharu Covid-19 dalam 24 jam terakhir menjadikan jumlah kes koronavirus di negara ini melebihi 39,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkata kesemua kes baharu Covid-19 hari ini adalah jangkitan tempatan.

Ini menjadikan angka jangkitan nasional meningkat kepada 39,357 kes sementara kes aktif berjumlah 11,666.

Sabah terus menyumbang kepada sebahagian besar jangkitan dengan 616 kes.

Negeri ini juga melaporkan tiga kematian menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 282 orang.

Ini diikuti oleh Lembah Klang sebanyak 257 kes dan Labuan dengan 104 kes.

Sementara itu sebanyak 229 kes hari ini dikaitkan dengan kluster penjara dan pusat tahanan.

Pihak berkuasa kesihatan juga mengenal pasti empat kluster baharu.

Sementara itu seramai 1,029 pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas pulih dari koronavirus dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dengan ini jumlah pesakit pulih kini berjumlah 27,409.

Seramai 87 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di mana 32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 7 November, 2020.



AWAS

HATI
HATI

DAULAH TERPENDAM TIBAI TRUMP

 




DAULAH TERPENDAM

TIBAI TRUMP

Unknown commented on 

"TRUMP MAKES AMERIKA TERUK"

Trump tak yah tipu undi. Rakyat Amerika sokong Trump. Yang tipu daulah terpendam, kerana Trump tak nak ikut.




Unknown commented on 

"TRUMP TERUS MELAWAN"

Betul! Trump mesti lawan. Rakyat Amerika mesti bangun. Demokrasi dan kebebasan Amerika dalam keadaan amat bahaya. Penipuan undi amat dashyat sekarang, media Amerika pun turut tipu. Inilah "deep state".

DISELAMATKAN OLEH KOBID


DISELAMATKAN 

OLEH KOBID

panglimo potaseh commented on

"KERAJAAN KOBID"

Sedang kita dok kagum dgn Laut Merah tulong Nabi Musa ..hikayat burong Hud Hud, Ababil. Ngapa kita tak abis2 gambarkan betapa COMOT nye Haji Malikul yang di selamatkan oleh VIRUS ..Gwa anggap ini lah sejarah peradapan manusia paling AGUNG ..lebey besar dari riwayat Sang Ababil dan Hud2 ..lebey besar dari Tuah entot bakal istri Raja Melaka.