Sabtu, 7 November 2020

KES BERTAMBAH TAMBAH

 



AWAS

1,168 kes baharu Covid-19, 1,029 pesakit pulih

MALAYSIA hari ini melaporkan 1,168 jangkitan baharu Covid-19 dalam 24 jam terakhir menjadikan jumlah kes koronavirus di negara ini melebihi 39,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkata kesemua kes baharu Covid-19 hari ini adalah jangkitan tempatan.

Ini menjadikan angka jangkitan nasional meningkat kepada 39,357 kes sementara kes aktif berjumlah 11,666.

Sabah terus menyumbang kepada sebahagian besar jangkitan dengan 616 kes.

Negeri ini juga melaporkan tiga kematian menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 282 orang.

Ini diikuti oleh Lembah Klang sebanyak 257 kes dan Labuan dengan 104 kes.

Sementara itu sebanyak 229 kes hari ini dikaitkan dengan kluster penjara dan pusat tahanan.

Pihak berkuasa kesihatan juga mengenal pasti empat kluster baharu.

Sementara itu seramai 1,029 pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas pulih dari koronavirus dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dengan ini jumlah pesakit pulih kini berjumlah 27,409.

Seramai 87 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di mana 32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. – 7 November, 2020.



AWAS

HATI
HATI

Tiada ulasan: