Khamis, 10 Februari 2022

PANDANGAN CERAH PEMIMPIN MUDA

 



Khemah besar pembangkang pada PRN Johor perintis selamatkan Malaysia – Faiz

KUALA LUMPUR – Kesepakatan dicapai Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Muda dalam pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan permulaan kepada satu penjajaran politik.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil berkata, pembahagian kerusi itu dibuat demi membina kekuatan pembangkang di bawah khemah besar sebagai satu united front.

“Umum tahu kekalahan pembangkang di PRN Melaka dan Sarawak bukan kerana kekuatan Barisan Nasional (BN) dan UMNO, tetapi kerana pecahnya undi dalam kalangan pembangkang.

“Kewujudan parti baharu tidak boleh dielak atas premis demokrasi dan kebebasan berpersatuan dan berpolitik yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

“Namun, sokongan rakyat kepada agenda setiap parti diukur pada prestasi pilihan raya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, dalam kenyataan bersama pemimpin tiga parti itu mencapai persetujuan untuk memberikan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada parti Muda untuk bertanding pada PRN Johor.

Keputusan itu dicapai tanpa penyertaan PKR, selepas beberapa siri rundingan antara mereka untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor.

Menurut Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, politik Malaysia merekodkan tiada parti solo mampu menang pilihan raya untuk membentuk kerajaan kecuali jika berpakat dalam satu koalisi.

Untuk berpakat, katanya, perlu membina satu agenda perjuangan yang sama.

“Tanpa strategi yang betul, pihak musuh yang zalim dan batil boleh menang. Maka, kesepakatan ini satu strategi politik yang berkesan dan bijak.

“Sekuat mana sekalipun sesebuah parti politik bukan tiket untuk menang pilihan raya kerana pola pengundian rakyat terbahagi kepada beberapa segmen dan faktor.

“Ada yang mengundi disebabkan parti, ada juga didorong oleh faktor calon dan ada juga terhasil daripada sentimen dan gelombang,” ujar beliau.

Menandangkan Amanah, DAP dan Parti Muda berjuang di atas jalur yang sama untuk melawan rasuah dan kezaliman, maka kata Faiz, elemen itu menjadi magnet mengikat kesepakatan ketiga-tiga parti berkenaan dalam satu kekuatan khemah besar.

Kata beliau, khemah besar dalam PRN Johor itu adalah perintis kepada penyatuan parti pembangkang untuk menggembleng tenaga dan suara seluruh rakyat untuk menyelamatkan Malaysia daripada pemerintah yang rasuah dan gagal.

“Pemimpin parti kerajaan terpalit dengan skandal rasuah dan kerajaan hari ini gagal menyelesaikan banyak isu rakyat terutama isu perut dan poket rakyat termasuk pekerjaan serta kenaikan harga barang.

“Maka, khemah besar ini dilihat bersedia bersepakat untuk membina sebuah kerajaan yang beramanah, bermaruah dan kompeten,” katanya.

Kata beliau, kesepakatan khemah besar itu perlu melibatkan lebih banyak parti lain yang berjuang atas agenda dan misi sama.

“Pertindihan kerusi akan memenangkan BN dan UMNO. Biar menangis hari ini, tetapi kita dapat bersorak 12 Mac nanti.

“Justeru, semua ahli dan jentera Amanah perlu bekerja keras memastikan semua kerusi yang ditandingi ditawan di bawah khemah besar ini,” katanya. –

PANDANGAN

TEPAT BIJAK

DARI PEMIMPIN

MUDA AMANAH

KHALAS

TAMBAH WARISAN

DAN PEJUANG

DALAM 

BARISAN BARU

KHEMAH BESAR

AMIN

KALAU ANWAR

TAK MAHU

TINGGALKAN

MALOAN INI

KHALAS

SATUKAN TENAGA

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS

BANJIR BUKAN SALAH PAHANG

 



Kerajaan Pahang tuntut RM1 juta, permohonan maaf daripada aktivis

KERAJAAN Pahang mengeluarkan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi RM1 juta daripada aktivis Shariffa Sabrina Syed Akil kerana didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai aktiviti pembalakan di negeri itu.

Kerajaan negeri itu berkata, aktivis alam sekitar berkenaan membuat kenyataan berunsur fitnah di Facebooknya pada 29 dan 30 Disember 2021, dan juga semasa wawancara Sinar Harian pada 12 Januari tahun ini.

Notis berkenaan dikeluarkan melalui tetuan Hidayah Ishak & Partners.

Notis tuntutan itu, yang dilihat oleh The Malaysian Insight, menyatakan kenyataan Shariffa antara lain membayangkan bahawa kerajaan negeri tidak bertanggungjawab membenarkan pembalakan di kawasan pergunungan Karak tanpa membuat penilaian kesan alam sekitar.

Kenyataan beliau juga membayangkan bahawa kerajaan negeri bersekongkol dengan jabatan perhutanan Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan berunsur penipuan yang mendakwa tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan Lentang dan kerajaan negeri menjalankan aktiviti pembalakan di hutan simpan Lentang tanpa sebarang kesalahan yang menyebabkan bencana.

Ia seterusnya berkata kenyataan beliau juga membayangkan bahawa negeri itu terlibat dan menjadi punca aktiviti pembalakan dan penerokaan haram di hutan negeri dan mengamalkan rasuah dengan membenarkan aktiviti pembalakan berleluasa kepada syarikat pembalakan di kawasan hutan di negeri ini.

Menurut surat tuntutan itu, kenyataan Shariffa menyebabkan masyarakat beranggapan bahawa kerajaan negeri menipu, tidak berintegriti dan tidak bertanggunjawab.

“Sikap tidak bertanggungjawab kamu, yang ditunjukkan melalui tiga kenyataan itu, anak guam kami telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat serta mencemarkan nama baiknya,” menurut surat itu.

Shariffa diminta membuat permohonan maaf tanpa syarat kepada kerajaan Pahang kerana berkongsi kenyataan itu di semua platform media sosialnya, yang boleh diakses ramai.

Sekiranya beliau enggan mematuhi notis itu dalam tempoh 14 hari selepas menerima surat berkenaan, kerajaan negeri akan memfailkan tuntutan dengan mahkamah tanpa merujuk kepadanya serta menuntut ganti rugi lain, menurut surat tuntutan itu.

Hanya taktik untuk menakutkan

Shariffa ketika dihubungi berkata, ini adalah taktik untuk menakut-nakutkan kerajaan negeri bagi menghalang aktivis lantang bercakap mengenai kebenaran.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai “tidak masuk akal”.

“Langkah negeri Pahang menghantar tuntutan itu kepada saya adalah tidak masuk akal.

“Saya seorang pencinta alam sekitar, aktivis dan mempunyai NGO. Saya bercakap bagi pihak rakyat. Ia tiada kaitan dengan politik. Ia mengenai alam sekitar kita. Kita perlu mengutamakan alam sekitar kita,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurutnya beliau tidak gentar dengan taktik kerajaan negeri dan menambah bahawa beliau telah merujuk perkara itu kepada peguamnya untuk nasihat.

“Ini sangat tidak wajar. Ini adalah taktik menakutkan untuk kami tidak berkata apa-apa. Peguam saya akan menelitinya dan mereka akan menasihati saya.

“Apa yang boleh kita katakan, di Malaysia, apabila bercakap tentang alam sekitar, ia sentiasa berada di tempat terakhir dalam senarai.

“Kita boleh lihat punca banjir yang menyaksikan ramai daripada mereka mati, ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi, dalam keadaan sebegitu, perlukah kita berdiam diri?

“Kita semua tahu bahawa salah satu punca perubahan iklim ialah penebangan hutan,” kata presiden kumpulan pelindung alam sekitar, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka). Beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya, menjalankan perniagaan pusat peranginan dan chalet. – 10 Februari, 2022.



WOIT

KERAJAAN 

PAHANG

TAK SALAH

AMIN

BANJIR BALAK

BUKAN

DARI BALAK

 PAHANG

AMIN

BALAK DATANG

DARI NEGERI

SEMBILAN

AMIN


PAPAN TANDA

LESEN MEMBALAK

YANG MENULAR

ADALAH PALSU

AMIN

YANG MATI

BUKAN 

ORANG PAHANG

TAPI ORANG

KELANTAN

 YANG DATANG

KE PAHANG

 SEPERTI KELUARGA

SABRI II4

KAH KAH  KAH 

AMIN

KINOKUNIYA - MPH - GERAK BUDAYA

 


MERAKAM SEJARAH

BOLEH DIBELI

DI KINOKUNIYA

DI MPH & DI KEDAI

GERAK BUDAYA & 

KEDAI BUKU ILHAM

KHALAS



ToraTora commented on 

"MELIHAT PERANAN ANWAR

 DI BELAKANG TABIR"

Kat mana boleh cari buku ni....susah betul cari rumah lampu merah lagi mudah

ANGKA DARI 17 ,000 MENDADAK 19,000

 



KKM lapor 19,090 kes baharu Covid-19 hari ini

MALAYSIA sekali lagi merekodkan lonjakan kes Covid-19 hari ini dengan 19,090 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan hari kelima berturut-turut Malaysia mencatatkan lebih 10,000 kes harian.

Terdapat 17,134 kes baharu dilaporkan semalam.

Kali terakhir Malaysia merekodkan lebih 19,000 kes baharu adalah pada 8 September dengan 19,733 kes.

Dr Noor Hisham berkata 99.41% atau 18977 daripada kes yang dilaporkan hari ini melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 manakala hanya 113 kes berada dalam kategori 3 (gejala dan radang paru-paru), kategori 4 (memerlukan oksigen) dan kategori 5 (kritikal).

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 2,9975,422.

Kadar jangkitan (Rt) di negara ini juga berada pada paras tertinggi iaitu 1.47.

Labuan mempunyai kadar jangkitan tertinggi di seluruh negara iaitu 1.94 diikuti Sarawak (1.84) dan Sabah 1.73.

Sementara itu portal CovidNow memaparkan lebih 25.7 juta individu dewasa atau 78.8% daripada populasi itu sudah menyelesaikan vaksinasi mereka manakala 26.1 juta atau 80.1% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 12.7 juta dos penggalak juga sudah diberikan. – 10 Februari, 2022.

VIRUS WUHAN

SDG MENGGANAS

AWAS

AMIN

ANGKA

 MENAKUTKAN

VIRUS SENANG

BERJANGKIT

KHALAS

DIRIKAN BARISAN BARU

 


GALANG BARISAN 

BARU

 AMIN

HALANG PENCUNRI KEMBALI BERKUASA

KHALAS

Unknown commented on 

"BARISAN BESATU BARU"

Ya Betol tu TT. Buat masa ni nampaknya cuma Pejuang & Warisan saja yang kekal menolak Gerombolan Kleptokrat. Muda ntah kenapa boleh bersetubuh...oppss... bersetongkol dengan PH yang mana secara terang dah menjadi penyokong KERAjaan Mail Sabri melalui MOU yang ditandatangani Mat Suntut serta penganut-penganut tegar beliau.

Awaiting moderation

Yeop sepet commented on 

"SAPA AKAN DAPAT

 TELO PENYU DI JOHOR"

Pejuang tanding upset undi umno ppbm pas. Ari tu Melaka umno sume menang majoriti ciput Tak cecah ribu.kalu pejuang upset undi ratus jadik majoriti tu ada chance umno bunguih ikat tepi.jgn underestimate pejuang,strategi atok mmg first class luorg tgk la nanti. Dia mmg student tsun se.

LORD BUDHHA AJAR JANGAN TERIKAT

 



LORD BUDDHA AJAR 

JANGAN TERIKAT

AMIN

YANG LALU 

BIAR PERGI

 YANG BARU

 AKAN DATANG

KHALAS

Unknown commented on

 "GUA JUGA IKUT AJARAN BUDDHA - DETACHED"

detached tu eko gapo? boleh jadi kita tidak terikat? tidak mengikat diri kita dengan sesuatu benda atau susuk atau awek lama kita? gwa agak2 saja tt lu jangan mai lempang gwa pulak. kahkahkah