Khamis, 10 Februari 2022

PANDANGAN CERAH PEMIMPIN MUDA

 



Khemah besar pembangkang pada PRN Johor perintis selamatkan Malaysia – Faiz

KUALA LUMPUR – Kesepakatan dicapai Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Muda dalam pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan permulaan kepada satu penjajaran politik.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Faiz Fadzil berkata, pembahagian kerusi itu dibuat demi membina kekuatan pembangkang di bawah khemah besar sebagai satu united front.

“Umum tahu kekalahan pembangkang di PRN Melaka dan Sarawak bukan kerana kekuatan Barisan Nasional (BN) dan UMNO, tetapi kerana pecahnya undi dalam kalangan pembangkang.

“Kewujudan parti baharu tidak boleh dielak atas premis demokrasi dan kebebasan berpersatuan dan berpolitik yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

“Namun, sokongan rakyat kepada agenda setiap parti diukur pada prestasi pilihan raya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, dalam kenyataan bersama pemimpin tiga parti itu mencapai persetujuan untuk memberikan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada parti Muda untuk bertanding pada PRN Johor.

Keputusan itu dicapai tanpa penyertaan PKR, selepas beberapa siri rundingan antara mereka untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor.

Menurut Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, politik Malaysia merekodkan tiada parti solo mampu menang pilihan raya untuk membentuk kerajaan kecuali jika berpakat dalam satu koalisi.

Untuk berpakat, katanya, perlu membina satu agenda perjuangan yang sama.

“Tanpa strategi yang betul, pihak musuh yang zalim dan batil boleh menang. Maka, kesepakatan ini satu strategi politik yang berkesan dan bijak.

“Sekuat mana sekalipun sesebuah parti politik bukan tiket untuk menang pilihan raya kerana pola pengundian rakyat terbahagi kepada beberapa segmen dan faktor.

“Ada yang mengundi disebabkan parti, ada juga didorong oleh faktor calon dan ada juga terhasil daripada sentimen dan gelombang,” ujar beliau.

Menandangkan Amanah, DAP dan Parti Muda berjuang di atas jalur yang sama untuk melawan rasuah dan kezaliman, maka kata Faiz, elemen itu menjadi magnet mengikat kesepakatan ketiga-tiga parti berkenaan dalam satu kekuatan khemah besar.

Kata beliau, khemah besar dalam PRN Johor itu adalah perintis kepada penyatuan parti pembangkang untuk menggembleng tenaga dan suara seluruh rakyat untuk menyelamatkan Malaysia daripada pemerintah yang rasuah dan gagal.

“Pemimpin parti kerajaan terpalit dengan skandal rasuah dan kerajaan hari ini gagal menyelesaikan banyak isu rakyat terutama isu perut dan poket rakyat termasuk pekerjaan serta kenaikan harga barang.

“Maka, khemah besar ini dilihat bersedia bersepakat untuk membina sebuah kerajaan yang beramanah, bermaruah dan kompeten,” katanya.

Kata beliau, kesepakatan khemah besar itu perlu melibatkan lebih banyak parti lain yang berjuang atas agenda dan misi sama.

“Pertindihan kerusi akan memenangkan BN dan UMNO. Biar menangis hari ini, tetapi kita dapat bersorak 12 Mac nanti.

“Justeru, semua ahli dan jentera Amanah perlu bekerja keras memastikan semua kerusi yang ditandingi ditawan di bawah khemah besar ini,” katanya. –

PANDANGAN

TEPAT BIJAK

DARI PEMIMPIN

MUDA AMANAH

KHALAS

TAMBAH WARISAN

DAN PEJUANG

DALAM 

BARISAN BARU

KHEMAH BESAR

AMIN

KALAU ANWAR

TAK MAHU

TINGGALKAN

MALOAN INI

KHALAS

SATUKAN TENAGA

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JANGAN .....jemput Anwar masuk khemah. Sejarah dah bukti Pakatan Harapan (tanpa Anwar) menang PRU14. Pakatan Harapan hilang kerajaan persekutuan apabila ada Anwar. Anwar akan jadi beban kepada barisan baru. Anwar akan hancurkan barisan baru. Anwar hanya ada satu matlamat, iaitu nak jadi perdana menteri tanpa kira apa kos. Demi rakyat dan negara, JANGAN ... jemput Anwar masuk khemah.