Khamis, 9 Februari 2023

BILA ROSMAH MASUK JIL ?



MENUNGGU ROSMAH

MASUK JIL


KHAMIS 9/2/2023
BILA ROSMAH AKAN  MASUK JIL
SATU MALAYSIA TAK SABAR
MENUNGGU

WOIT
BILA  PULA KES ZAHID
AKAN DI SAMBUNG ?
SATU MALAYSIA 
TAK SABAR MENUNGGU

HARGA BAHAN MAKAN
TERUS NAIK
BUKAN  KITA SAJA
PERKARA INI SEDANG
DI ALAMI DI SELURUH DUNIA

INFLASI INFLASI
PASAI APA?
JENG JENG JENG
PASAI CETAK DUIT
KAH KAH KAH
AMIN

UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKY
SAMPAI DI LONDON
JUMPA SUNAK
MINTA  JET PEJUANG

PERGI KE PARIS
JUMPA MACRON
MINTAK JET PEJUANG

SATU DEMI SATU
KAMPUNG DAN PEKAN
JATUH KE TANGAN RUSIA
KAH  KAH KAH

BELUM SEMPAT KERETA KEBAL
SAMPAI  RUSIA AKAN
MASUK  MENIBAI
KAH KAH KAH

TURKI
LEBIH 12,000+++ MATI
DAH MASUK HARI KE 3
RAMAI AKAN MATI
KERANA SEJUK
RAMAI TIDUR DI LUAR
RUMAH SEMUA DAH RUNTUH
AMIN

HOKKIEN
WOW
KABUS TEBAL MENUTUP
KL & KL SENTRAL
BANGUNAN 118 HILANG SETENGAH
DITUTUP KABUS
HUJAN PETANG KELMARIN
TAK LEBAT TAPI CUKUP
UNTUK MENIMBULKAN KABUS

CUACA SEJUK
MATAHARI TAK NAMPAK
TAPI GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
DI PAGI KHAMIS
YANG SEJUK

BRO
SETIAP TINDAKAN
YANG LU BUAT PASTI AKAN
MELAHIRKAN REAKSI

BRO
APA YANG NAIK
PASTI AKAN TURUN
INI HUKUM AZALI

BRO
LU BIJAK KALAU
LU BERHUJAH TEPAT
TANPA MELAHIRKAN MUSUH

BRO
APA YANG DIAM
TETAP DIAM
APA YANG TAK BERGERAK
TETAP TAK BERGERAK
KECUALI ADA PENGARUH
KEKUATAN DARI LUAR

BRO
ALAM INI
TIDAK AKAN DAPAT 
KITA FAHAMI DALAM SATU
MASA

BRO
APA YANG KITA TAHU
HANYA SEMANGGUK AIR
APA YANG KITA TAK TAHU
SELUAS LAUTAN SUNDA

BRO
TIDAK ADA PENEMUAN
HEBAT
KECUALI ADA PERCUBAAN
YANG BERANI

BRO
KITA INI ANAK KECIL
YANG BERMAIN DIPANTAI
MANAKALA KEBENARAN ITU
LAUT YANG LUAS TERBENTANG

BRO
JIKA LU TUNGGU
ORANG LAIN BUAT
SATU APA PUN TAK AKAN TERJADI
KALAU NAK
BUAT SENDIRI
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT MENUNGGU
ROSMAH MASUK JIL





Rabu, 8 Februari 2023

BANJIR DATANG MELANDA



AWAS !!!

BILA BANJIR 

DATANG MELANDA

AMIN

lawan jangan tak lawan


Setiausaha agung Muda fail bantahan awal batal pertuduhan himpunan LCS

SETIAUSAHA Agung Muda Amir Hariri Abd Hadi memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan berhubung perhimpunan “Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)” yang dihadapinya.

Peguam Rajsurian Pillai yang mewakili Amir Hariri berkata permohonan bantahan awal itu difailkan semalam melalui sistem mahkamah dan ia diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini.

“Mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis dan 27 Mac ditetapkan untuk pendengaran bantahan awal itu,” katanya ketika ditemui media selepas pengurusan kes di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin hari ini.

Menurut Rajsurian bantahan awal tersebut difailkan atas alasan pertuduhan dihadapi anak guamnya adalah defektif (cacat).

Pada 26 Ogos tahun lepas, Amir Hariri, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal memberitahu pihak polis berhubung perhimpunan LCS.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa selaku penganjur gagal memberitahu pegawai polis yang menjaga daerah Dang Wangi lima hari sebelum mengadakan perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur pada 2 petang 14 Ogos 2022.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan. – Bernama, 8 Februari, 2023. 

LAWAN

JANGAN TAK

LAWAN

AMIN

SUSUN ATUR

TURUN KE JALAN

INI POLITIK

ANAK MUDA

KHALAS

BERITA BAIK UNTUK WARGA DUNIA


AS akan bertindak terhadap ancaman China, kata Biden


AMERIKA Syarikat (AS) akan bertindak melindungi negaranya sekiranya China mengancam kedaulatannya, kata Presiden AS Joe Biden dalam ucapan tahunan pada Selasa.

Biden berkata beliau komited bekerjasama dengan China yang boleh meningkatkan kepentingan AS selain memberi manfaat kepada dunia, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Tetapi…andai China mengancam kedaulatan kami, kami akan bertindak untuk melindungi negara kami. Dan kami akan buktikannya,” kata Biden.

Pada Ahad lepas AS menembak jatuh belon pengintip yang disyaki milik China, yang berlegar di ruang udara negara itu selama beberapa hari. 

Biden berkata beliau menjelaskan kepada Presiden China Xi Jinping yang AS mahukan persaingan, bukan konflik.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana kami melabur untuk menjadikan Amerika kukuh. Melabur dalam inovasi Amerika, dalam industri yang akan menentukan masa depan yang kerajaan China mahu mendominasinya,” kata beliau. – Bernama, 8 Februari, 2023

INI BERITA

BAIK UNTUK

WARGA DUNIA

AMIN

INI BERITA BAIK

UNTUK MALAYSIA

AMIN

CHINA MERAH

IMPERIALIA BARU

NAK GANTI

 AMERIKA

KHALAS

CARA CUKONG BEKERJA


Pengarah syarikat pembinaan didakwa sogok pegawai polis lebih RM50,000

SEORANG pengarah syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan menawar dan memberikan suapan kepada seorang pegawai kanan polis supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana memiliki minyak diesel bersubsidi tanpa lesen, minggu lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, Keh Teck Chuan, 53, didakwa secara rasuah menawarkan satu suapan berjumlah RM50,000 kepada seorang lelaki yang merupakan pegawai kanan polis berusia 39 tahun yang bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. 

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu juga didakwa memberikan suapan berjumlah RM50,550 kepada pegawai polis sama. 

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah gudang di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang pada 11 malam dan 11.10 malam 1 Februari lepas sebagai dorongan untuk pegawai polis berkenaan tidak mengambil tindakan atas kesalahan Keh memiliki minyak subsidi tanpa lesen itu.

Keh didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.  

Sabit kesalahan Keh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muaz Ahmad Khairuddin menawarkan jaminan RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan bersama penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap awal bulan.

Peguam Regine Sin Yoke Gen yang mewakili Keh memohon jaminan anak guamnya dikurangkan antara RM30,000 dan RM40,000 kerana lelaki itu terpaksa menanggung kos rawatan ibunya berusia 88 tahun di hospital.

Hakim Norazlin Othman membenarkan jaminan keseluruhan RM40,000 bersama penjamin dan perlu melaporkan diri minggu pertama setiap bulan di pejabat SPRM Selangor. 

Sebutan semula kes pada 9 Mac depan. – Bernama, 8 Februari 2023.

TAHNIAH SPRM

TERUSKAN

KERJA BAIK

AMIN

BOGELKAN

CARA CUKONG

JADI KAYA

AMIN

SELAMA INI

MAK CIK FELDA

TAK TAHU

KHALAS

LAWAN BUDAYA GEROMBOLAN


LAWAN BUDAYA

GDEROMBOLAN

KHALAS

Unknown commented on
 "MAIL BERA MAKIN BERANI
 TIBAI ZAHID"

Bila komplot tidak berjaya, mula buat kacau bilau, sampai bekas PM pun sabotaj parti sendiri, pemimpin sendiri demi kepentingan diri, nak jadi PM buat apa saja supaya ada jadi, kah kah kah semua ada kepentingan sendiri, nak jawatan nak kereta free nak jet free minyak free mentaliti free sejak awal sampai sekarang, semua nak berak senang makan tanggung kah kah

 budaya kerja macam ini kena buang, tak kira siapa, kena buang, ada orang kerja tanpa gaji, ini bukan sahaja gaji elaun rumah kereta tapi projek komisen rasuah semua cukup kah kah kah kah jangan layan orang pencen, masa sudah habis, tak payah buang masa, meraung raung selepas pencen tak guna, masa ada kuasa apa dah buat, apa legasi dia kah kah kah kalau sekarang Bera pun tak mahu dia, kalau dia bertanding di bandar lah, mesti lingkup kah kah kah