Rabu, 8 Februari 2023

BERITA BAIK UNTUK WARGA DUNIA


AS akan bertindak terhadap ancaman China, kata Biden


AMERIKA Syarikat (AS) akan bertindak melindungi negaranya sekiranya China mengancam kedaulatannya, kata Presiden AS Joe Biden dalam ucapan tahunan pada Selasa.

Biden berkata beliau komited bekerjasama dengan China yang boleh meningkatkan kepentingan AS selain memberi manfaat kepada dunia, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Tetapi…andai China mengancam kedaulatan kami, kami akan bertindak untuk melindungi negara kami. Dan kami akan buktikannya,” kata Biden.

Pada Ahad lepas AS menembak jatuh belon pengintip yang disyaki milik China, yang berlegar di ruang udara negara itu selama beberapa hari. 

Biden berkata beliau menjelaskan kepada Presiden China Xi Jinping yang AS mahukan persaingan, bukan konflik.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana kami melabur untuk menjadikan Amerika kukuh. Melabur dalam inovasi Amerika, dalam industri yang akan menentukan masa depan yang kerajaan China mahu mendominasinya,” kata beliau. – Bernama, 8 Februari, 2023

INI BERITA

BAIK UNTUK

WARGA DUNIA

AMIN

INI BERITA BAIK

UNTUK MALAYSIA

AMIN

CHINA MERAH

IMPERIALIA BARU

NAK GANTI

 AMERIKA

KHALAS

Tiada ulasan: