Jumaat, 7 April 2023

PENYOKONG NAJIB NAK PECAHKAN HUBUNGAN BN - PH ?


PH-BN retak selepas Najib gagal dibebaskan?


Penganalisis memberi bayangan bahawa hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berdepan risiko untuk retak selepas keputusan semakan kehakiman bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung kes SRC International minggu lalu yang tidak memihak kepadanya.

Ia membangkitkan perasaan tidak puas hati penyokong-penyokong dalam Umno yang masih setia kepada Najib.

Meskipun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keputusan tersebut ialah keputusan mahkamah, ia tidak menghalang simpati dicurahkan kepada Najib.

Antara tokoh yang secara terbuka menulis simpati mereka kepada Najib ialah Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail dan pemimpin veteran Shahrir Samad.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Kartini Aboo Talib berkata, keputusan berkenaan tidak mengurangkan pengaruh Najib dalam Umno.

"Ramai ahli Umno yang bersimpati dan kini sudah mula menyatakan bantahan. Akar umbi pada amnya telah pun mempunyai pandangan dan membuat keputusan sendiri pada aktor politik yang disukai atau dipuja," katanya kepada MalaysiaNow.

Najib gagal dalam permohonan menyemak semula sabitan dan hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya dengan majoriti 4-1 itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Vernon Ong Lam Kiat membacakan keputusan.

Ia bermakna Najib kekal menjalani hukuman penjara selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pengaruh Najib turut diulas oleh bekas menteri kesihatan dan bekas ahli Parlimen Rembau yang dipecat daripada Umno, Khairy Jamaludin dalam podcast “Keluar Sekejap”.

Beliau berkata, suara Najib di sebalik tirai besi tidak boleh dipandang ringan.

Kartini berkata, ada kemungkinan BN menarik sokongan kepada kerajaan campuran hari ini akibat perpecahan kumpulan pro-Najib dalam parti itu.

"Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak bersama Umno dalam banyak keadaan dan jika Umno tarik diri, boleh sahaja 'kerajaan perpaduan' tinggal nama," katanya.

Sementara itu, pensyarah politik Universiti Teknologi Mara Mujibu Abd Muis berkata, tindakan Zahid juga dilihat cuba membeli sokongan dan kepercayaan Najib dengan membawa “orang-orang Najib” ke dalam pimpinan parti dan kerajaan, menunjukkan kebenaran situasi itu.

Katanya, wajar diperhatikan sama ada kumpulan pro-Najib akan cuba menggugat kerajaan serta kedudukan Zahid.

Gerakan itu katanya dapat dilihat dari dua aspek.

"Pertama, ia mungkin lebih kuat jika Umno-BN mencatat prestasi teruk dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tekanan buat Zahid menjadi lebih kuat kalau ia berlaku dan sudah tentu hanya 'geng Najib' yang mampu melakukannya memandangkan kelompok terpinggir sudah pun dibersihkan dalam Umno.

"Kedua, sejauh mana geng Najib dapat 'dibeli' oleh Zahid.

“Sekiranya Zahid dapat menawan kelompok Najib maka sukar untuk mereka melakukannya," katanya.

Beberapa tokoh yang terdahulu lantang menyuarakan nasib bekas presiden Umno itu dilihat tidak lagi agresif dalam mendesak kerajaan.

Antaranya Azalina Othman Said yang kini menjadi menteri undang-undang dan reformasi institusi dan Isham Jalil yang kini ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Dalam pada itu, Kartini berkata Umno sudah biasa apabila berdepan dengan skandal membabitkan pemimpin.

"Kalau diperhalusi, dalam Umno telah ada antaranya kes bunuh Mokhtar Hashim dan kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim. Kes Najib seolah-olah dilihat bukan kes pertama.

"Lebih menarik lagi, Najib tetap ada sokongan dari dalam Umno dan di Pekan, Pahang seperti mana sokongan kepada bekas timbalan presiden Umno, Anwar Ibrahim masih ada walaupun beliau pernah dipenjara."

KAVADI

BERNAMA NAJIB

BERAT DIPIKUL

OLEH PAKATAN

AMIN

TEKANAN DIBERI

PADA PH UNTUK

BEBASKAN PENCURI

AMIN

APAKAH KALAU

NAJIB TAK BEBAS

KERAJAAN RUNTUH

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

MALAYSIA WAJIB BERAWAS !!!


CONTOH

NEGARA GAGAL

PAKISTAN NEGARA KAYA
ADA SAINTIS BUAT BOM NUKLEAR
TAPI GILA NAK JADI
NEGARA ISLAM
AMIN
ADA HUKUM HUDUD
ADA HUKUM POTONG TANGAN
ADA HUKUM SEBAT
 UNTUK  DI TONTON RAMAI
AMIN
KITA SIMPATI
DENGAN WARGA PAKISTAN
SEDIH MENDENGAR BERITA INI

AWAS !!!
KITA  WAJIB BERAWAS
KALAU POLITIKUS
 GILA NAK JADI KAN
MALAYSIA
NEGARA ISLAM
INI AKAN MENUNGGU
KHALAS

MUSUH DALAMAN PARTI ANWAR


MUSUH DALAMAN

PARTI ANWAR

KHALAS

Unknown commented on
 "PROJEK SABOTAJ 
TRUMP GAGAL !!!"

Ini cara politikus lawan setiap kali berubah kerajaan, sini pun sama, musuh Anwar bukan Yahudi bukan Cina bukan Pakistan tapi dalam parti sendiri dalam keluarga Malaysia sendiri kah kah tak apa semua asam Haram orang politik kah kah Trump Malaysia

LAWAK DUDUK - 4 NABI MASIH HIDUP LAGI - KAH KAH KAH


LAWAK DUDUK

KAH KAH KAH

4 NABI 

MASIH HIDUP LAGI

KAH KAH  KAH

KHALAS

BANYAKKAN BERSEDEKAH


BULAN PUASA

MAKAN BANYAK

DI MASJID

AMIN


Unknown commented on 
"BILA KITA MAKAN"

Puasa ini mengajar kita dapat merasa susah orang tiada makanan minuman, tapi apa berlaku sekarang, selepas berpuasa bazir beli makanan minuman, pasar bazaar jadi pasar bazir kah kah kah adakah matlamat puasa tercapai, ramai peminat sedekah berkeliaran sampai ada peminta sedekah import dari Myanmar, Thailand, Bangla tapi perasaan tak boleh jumpa peminta sedekah Benggali???

 Sebab apa? Tanya tengok kah kah kah sebab gurdwara mereka sudah ada free kitchen sejak berzaman, tak ada sebab minta orang, sama macam yang lain, buat free kitchen untuk show show saja tapi niat tak ada amin

LAGI DUA MINGGU KITA RAYA


RAYA LAGI

 DUA MINGGU

JUMAAT 7/4/2023

LAGI DUA MINGGU KITA RAYA
DUA MINGGU BERLALU
 DENGAN AMAN
ALAM DAN CUACA
BANTU KITA PUASA
TAHUN INI

PROJEK NAK BEBASKAN NAJIB
MASIH BERJALAN
KALI INI
HAKIM NAZLAN  
DI PERTIKAINKAN
AMIN

ISRAEL
MENGEBOM GAZA
ZIONIS BALAS DENDAM
ZIONIS TUDUH HAMAS
MEROKET UTARA ISRAEL KELMARIN

DALAM MASJID AL-AQSA
ZIONIS MASUK
DAN MEMUKUL MENANGKAP
JEMAAH YANG BERADA
DALAM MASJID

ZIONIS HANYA BENARKAN
ORANG TUA 55 TAHUN KE ATAS
DATANG SEMBAHYANG
DALAM MASJID AL-AQSA

TOK ARAB
SEMUA SENYAP
YANG BERSUARA HANYA
JORDAN DAN SYRIA

FRANCE
DEMO DITERUSKAN
MAKIN GANAS
MAKIN MEREBAK
KITA TUNGGU APA KEPUTUSAN
BADAN KEHAKIMAN
YANG MELIHAT CARA
MACRON BUAT 
UNDANG UNDANG PENCEN
AMIN

HOKKIEN
SEGAR CERAH KERING
TERKUKUR BERSUARA
TAPI LEDAKAN MERCUN
LEBIH KUAT

MASIH RAMAI KELUARGA
DATANG SEMBAHYANG
ASAP BERKEPUL
MACAM ASAP RED INDIAN

MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

BRO
HATI YANG TERTUTUP
DAPAT MEMBUTAKAN
PENGLIHATAN

BRO
MAT BEBAL KEKUATAN
PADA CACI MAKI
MAT CERAH KEKUATAN
PADA MEMBERI  PENYELESAIAN

BRO
PILIHAN HIDUP
IALAH MAHU ATAU TAK MAHU
BUKAN
MAMPU ATAU TAK MAMPU

BRO
KALAU LU TAK MAHU
TOLONG DIRI LU SENDIRI
NAK TOLONG ORANG
LAGI BERAT

BRO
BERMIMPILAH SELAGI HIDUP
TAPI
JANGAN HIDUP DALAM MIMPI

BRO
KITA SEMUA ADALAH
PAKAR MOTIVASI
UNTUK DIRI KITA SENDIRI

BRO
SEJAHAT JAHAT KAWAN
ADALAH YANG AJAK KITA
BUAT JAHAT

BRO
MAT CERAH
ADALAH SOSOK 
YANG SENTIASA KREATIF
DALAM SETIAP KEADAAN

BRO
CARI HIKMAH
DISETIAP PERISTIWA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA