Rabu, 2 Ogos 2023
PULUN LONDEH JANGAN TAK PULUN
PULUN LONDEH
JANGAN TAK PULUN
JANGAN TAK LONDEH
KAH KAH KAH
RAKYAT SUKA HATI
KHALAS
ZAHID TAK HORMAT- MIC KECEWA
Vigneswaran kecewa terhadap Ahmad Zahid, mahu MIC lebih dihormati
KUALA LUMPUR – Presiden MIC, SA Vigneswaran secara terbuka meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak ‘menganaktirikan’ parti itu.
Vigneswaran sebelum memulakan ucapan berkata, beliau tidak menyangka Ahmad Zahid akan menyertai pertemuan dengan Anwar Ibrahim.
“Saya tidak dapat baca ucapan teks hari ini secara umum lebih-lebih lagi dengan kehadiran media hari ini. Saya seperti tidak dapat bercakap kerana Zahid Hamidi ada di sini hari ini, kita juga hanya dapat tahu beliau akan hadir pada saat akhir.
“Bagaimanapun ingin saya cakap di hadapan semua tentang rasa kurang senang kami terhadap tindak tanduk khasnya dalam BN itu sendiri. Kami telah dianaktirikan dalam soal pembahagian kerusi dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya pada majlis perjumpaan antara MIC bersama Perdana Menteri, di sini, hari ini.
“Dalam kerajaan juga kami tidak diberikan apa-apa pengiktirafan, jawatan tidak kira kerajaan mahupun GLC. Bukan kami kejar jawatan tapi ini soal penghormatan kami, ini soal maruah. Pengiktirafan itu penting,” katanya pada majlis perjumpaan antara MIC bersama Perdana Menteri, di sini, hari ini.
Menurut Vigneswaran, MIC telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi untuk Kerajaan Perpaduan namun tidak tanduk yang kurang menyenangkan menyebabkan akar umbi parti berasa kecewa.
Malah katanya, terdapat ahli parti yang menyangka beliau ‘mendapat sesuatu’ dan ini menyebabkan beliau mengambil pendekatan untuk bercakap secata terbuka.
“Selama ini juga apabila masyarakat melemparkan tohmahan, kita terus setia bersama BN dan UMNO sehinggalah komuniti ini bertindak menjauhkan diri dari kami, semua isu kami dipersalahkan. Kami terima dan terus berjuang bersama komponen sehingga saat ini, jadi mengapa anak tirikan komponen MIC dan MCA?
Vigneswaran berkata, MIC tidak sepatutnya mengahdapi situasi seperti itu lagi dan ia perlu ditangani secaraterhormat.
“Kalau tidak beri jawatan juga tidak apa, tapi berilah penghormatan yang sewajarnya kepada kita,” katanya.
PIKUL BIAWAK HIDUP
MIC tidak puas hati disisihkan dalam BN, kerajaan, kata Vigneswaran
MIC tidak berpuas hati dengan kedudukannya yang disisihkan sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), sejak gabungan itu membentuk kerajaan bersama mendukung Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata presidennya SA Vigneswaran.
Katanya, Anwar sepatutnya menimbangkan satu jawatan menteri dalam kabinetnya kepada komponen BN dan tidak hanya kepada Umno.
Vigneswaran juga mendakwa pengerusi Ahmad Zahid Hamidi pernah memberitahunya yang MIC akan dipertimbangkan untuk jawatan dalam kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi itu tidak berlaku sampai sekarang.
“Tiada jawatan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) diberikan. Bukannya kami mahu jawatan kerajaan, ia mengenai rasa hormat.
“MIC sudah lama (dalam BN). Kami bersama BN selama ini. Kami hanya ikut ‘abang’ kami (Umno).
“Kami hanya mahu satu jawatan menteri dan satu jawatan exco di negeri tertentu,” katanya, pada majlis pertemuan pemimpin parti itu dengan Anwar di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.
Jelas Vigneswaran, apabila tidak diberi sebarang jawatan, MIC seolah-olah dianaktirikan dalam kerajaan perpaduan.
Zahid turut hadir mengiringi perdana menteri ke pertemuan itu, yang disertai pemimpin MIC dari seluruh negara.
Vigneswaran yang mengakui tidak menjangka kehadiran Zahid beberapa kali dilihat berhenti membaca teks ucapannya, dipercayai menapis kandungan ucapannya.
“Apabila saya nampak Zahid, saya tak boleh bercakap. Saya menjangkakan dia tidak datang,” katanya.
Dalam ucapannya, Vigneswaran juga secara terbuka berkata beliau lebih percaya kepada Anwar tetapi “tidak boleh percaya” pemimpin lain.
“Selama ini, melalui Majlis Tertinggi MIC kami meminta pemimpin akar umbi untuk terus kerja untuk BN dan di sebelah sini, apabila kami masih tidak diberi sebarang kerusi, saya mungkin tidak akan menjadi presiden parti tahun hadapan.
“Tetapi, saya menjelaskan kepada semua yang perdana menteri sudah memberi jaminan akan menyelesaikan masalah komuniti India dalam tempoh masa setahun ini.
“Saya percaya kepada tuan (Anwar) kerana saya tidak boleh mempercayai orang lain,” katanya.
Pertemuan hari ini diadakan selepas MIC merungut tidak puas hati dengan rundingan agihan kerusi untuk pilihan raya negeri di enam negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.
MIC sebelum ini memutuskan untuk tidak mencalonkan mana-mana ahlinya dalam PRN.
Semalam, Zahid menafikan dakwaan ada suasana tidak harmoni antara komponen parti dalam BN sehingga memaksa perdana menteri campur tangan. – 2 Ogos, 2023.
LOKMAN ADAM
KATA MIC & MCA
JADI BEBAN
KAH KAH KAH
BUKAN KAVADI
TAPI
BIAWAK HIDUP
KAH KAH KAH
BOLEH MENCAKAR
KETIKA DIPIKUL
KHALAS
KOREA ADA SAMSUNG PN ADA X-SAMSENG
Budaya samseng cerita lama, beri saya peluang, kata calon Pandan Indah
Calon Pandan Indah Fazil Mohamad Dali dari Perikatan Nasional (PN) enggan membiarkan sejarah silamnya yang dikaitkan dengan budaya samseng sebagai penghalang untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Fazil yang lebih dikenali Ayahanda Cik Ton kecewa kerana pihak lawannya menjadikan isu lama sebagai “peluru politik” semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap PN.
Pengerusi Pertubuhan Amal ACT Malaysia (ACT) sejak 2013 memberi keyakinan kepadanya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan berharap kerjanya di sana akan membantunya dalam usahanya memenangi kerusi Pandan Indah.
“Bagi saya, (sentimen budaya samseng) adalah strategi atau peluru untuk menembak PN supaya boleh dijadikan isu untuk menarik perhatian lawan. Biasalah tapi itu bukan isunya.
“Yang paling penting ialah pengorbanan dan matlamat kita yang boleh disampaikan kepada masyarakat untuk membantu memudahkan kehidupan seharian mereka,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau tidak kisah dengan panggilan Ayahanda Cik Ton, Fazil berkata gelaran itu sudah sinonim dengan dirinya.
Lelaki berusia 49 tahun itu berkata beliau tidak akan mengambil mudah cabaran untuk bertanding walaupun mempunyai ramai pengikut di Tik Tok.
Bapa kepada 15 anak itu berkata, apabila tanggungjawab diberikan beliau tidak boleh menonjolkan popularitinya.
“Kita harus berjuang untuk berbuat baik kepada rakyat dan terpulang kepada orang ramai untuk menilai dan menerima saya.
“Jika mereka sayang saya maka mereka akan mengundi. Sekarang ini semua calon berjuang untuk mencapai matlamat yang sama iaitu untuk menang,” katanya.
Pandan Indah ditandingi penyandangnya Izham Hashim dari PH, Lisa Redzuan mewakili Muda dan calon bebas R Sivaneswaran.
Selangor antara lima negeri – Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu – yang akan mengadakan PRN pada 12 Ogos ini. – 2 Ogos, 2023.
WOIT
MASA MUDA
PERANGAI
TAK JAGA
AMIN
BILA DEWASA
MERASA BALA
KHALAS
SOTONG JADI PM ?
SOTONG JADI
PERDAN MENTERI ?
KHALAS
Unknown commented on
"MELAYU HANCURKAN
DIRI SENDIRI"
Bagus lah pendapat orang ini, saya pun dah tengok banyak video TikTok berlegar sekarang, musuh orang kita orang kita sendiri bukan pendatang bukan orang luar bukan negara asing tapi kaum kerabat kroni penyokong sendiri, bagaimana pilih seorang pemimpin? Pertama lihat cara cakap cara berhujah isu cara penampilan diri cara perkataan keluar dari mulut, perwatakan diri semuanya lah, tapi kalau lah ada manusia manusia yang tidak sebarang kelayakan pun mampu jadi MB,
pemimpin YB tak boleh apa apa, kalau itu pilihan rakyat bawahan, itu hak tapi kalau bicara soal tata urus cara bercakap komidi ini memang seronok dengar lawak bagus tapi tak guna kerana orang begini akan jadikan negeri atau negara kaput ke belakang macam otak dia jugak jadi guna akal guna logik pilihan mestilah baik.menyesal nanti tak guna, Cuba bayang kalau Hadi Sotong jadi PM11,.lari LARI lol
Langgan:
Catatan (Atom)




