Rabu, 2 Ogos 2023

ZAHID TAK HORMAT- MIC KECEWA

 



Vigneswaran kecewa terhadap Ahmad Zahid, mahu MIC lebih dihormati

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, SA Vigneswaran secara terbuka meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak ‘menganaktirikan’ parti itu.

Vigneswaran sebelum memulakan ucapan berkata, beliau tidak menyangka Ahmad Zahid akan menyertai pertemuan dengan  Anwar Ibrahim.

“Saya tidak dapat baca ucapan teks hari ini secara umum lebih-lebih lagi dengan kehadiran media hari ini. Saya seperti tidak dapat bercakap kerana  Zahid Hamidi ada di sini hari ini, kita juga hanya dapat tahu beliau akan hadir pada saat akhir.

“Bagaimanapun ingin saya cakap di hadapan semua tentang rasa kurang senang kami terhadap tindak tanduk khasnya dalam BN itu sendiri. Kami telah dianaktirikan dalam soal pembahagian kerusi dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya pada majlis perjumpaan antara MIC bersama Perdana Menteri, di sini, hari ini. 

“Dalam kerajaan juga kami tidak diberikan apa-apa pengiktirafan, jawatan tidak kira kerajaan mahupun GLC. Bukan kami kejar jawatan tapi ini soal penghormatan kami, ini soal maruah. Pengiktirafan itu penting,” katanya pada majlis perjumpaan antara MIC bersama Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Menurut Vigneswaran, MIC telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi untuk Kerajaan Perpaduan namun tidak tanduk yang kurang menyenangkan menyebabkan akar umbi parti berasa kecewa.

Malah katanya, terdapat ahli parti yang menyangka beliau ‘mendapat sesuatu’ dan ini menyebabkan beliau mengambil pendekatan untuk bercakap secata terbuka.

“Selama ini juga apabila masyarakat melemparkan tohmahan, kita terus setia bersama BN dan UMNO sehinggalah komuniti ini bertindak menjauhkan diri dari kami, semua isu kami dipersalahkan. Kami terima dan terus berjuang bersama komponen sehingga saat ini, jadi mengapa anak tirikan komponen MIC dan MCA?

Vigneswaran berkata, MIC tidak sepatutnya mengahdapi situasi seperti itu lagi dan ia perlu ditangani secaraterhormat.

“Kalau tidak beri jawatan juga tidak apa, tapi berilah penghormatan yang sewajarnya kepada kita,” katanya.

KAH KAH KAH

TAK HORMAT

PADA MIC

KAH KAH KAH

NASIB BAIK

JADI ANAK TIRI

KALAU JADI

JANDA LAGI PARAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: