Rabu, 30 Ogos 2023
NAJIB AKAN DI BEBAS ?
Najib terima RM2.28 bilion hasil 1MDB sejak 2011, kata penganalisis BNM
SEORANG penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa Najib Razak menerima RM2.3 bilion hasil 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam empat fasa dari 2011 hingga 2014 melalui dua akaun peribadinya di AmIslamic Bank Berhad.
Adam Ariff Mohd Roslan, 34, berkata menurut analisisnya, jejak wang dana tersebut yang diterima oleh dua akaun bank peribadi (berakhir dengan nombor 694 dan 880) boleh dikesan dan dibahagikan kepada empat fasa iaitu fasa Good Star, fasa Aabar-BVI, fasa Tanore dan fasa beli balik opsyen antara 2011 dan 2014.
“Bagi fasa Good Star antara 23 Februari 2011 dan 14 Jun 2011, sejumlah RM60,629,839.43 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 694 AmPrivate Banking - MR Najib di AmIslamic Bank, daripada akaun di Riyad Bank, Arab Saudi, boleh dikesan kepada terbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) 1MDB pada 2009 dan pinjaman bertempoh bersindiketnya pada 2010.
“Untuk fasa Aabar-BVI antara 30 Oktober 2012 dan 20 November 2012, sebanyak RM90,899,927.28 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 694 Najib, daripada akaun di Standard Chartered Bank, Singapura, atas nama Blackstone Asia Real Estate Partners, didapati boleh dikesan kepada bon yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd pada 2012,” kata penganalisis itu, yang dipinjamkan ke pasukan petugas 1MDB Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018.
Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.
Saksi itu berkata bagi fasa Tanore antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, sejumlah RM2,081,476,926.00 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 694 Najib, daripada akaun di Falcon Private Bank, Singapura, yang atas nama Tanore Finance Corp, didapati boleh dikesan kepada bon yang diterbitkan oleh 1MDB Global Investment Ltd pada 2013.
Selain itu, Adam Ariff turut menjelaskan bahawa bagi fasa beli balik opsyen pada 23 Jun 2014, sejumlah RM4,093,500.00 daripada hasil dikreditkan ke dalam akaun 880 AmPrivate Banking - 1MY Najib di AmIslamic Bank, daripada akaun di DBS Bank, Singapura, atas nama Blackrock Commodities (Global) Ltd, boleh dikesan kepada hasil pinjaman AS$250 juta 1MDB Energy Holdings Ltd pada 2014.
“Semasa fasa beli balik opsyen antara 23 Oktober 2014 dan 19 Disember 2014, sejumlah RM45,837,485.70 daripada hasil yang dikreditkan ke dalam akaun 880 Najib daripada akaun di Bank Amicorp, Barbados, atas nama Vista Equity International Partners Limited, didapati sebahagiannya boleh dikesan kepada hasil pinjaman AS$975 juta 1MDB Energy Holdings Ltd pada 2014,” katanya.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 30 Ogos, 2023.
APAKAH SATELAH
MAHKAMAH
DENGAR
SEMUA INI
NAJIB AKAN
DIBEBAS
AMIN
KHALAS
UMNO MULA TIBAI DAP
DAP perlu berubah untuk menangi pengundi Melayu, kata Nur Jazlan
DAP perlu membuat perubahan kepada perlembagaan partinya jika mahu mendapatkan sokongan orang Melayu, kata Nur Jazlan Mohamed.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata DAP perlu menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” dan agenda negara sekularnya daripada perlembagaan parti jika mereka mahu orang Melayu menyokongnya.
“Tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP hari ini sudah berbeza daripada sebelumnya, selain daripada parti itu meminda Perlembagaan parti berkenaan sekali gus menggugurkan dua elemen terbabit.
“Dua agenda itulah yang terus menjadi trauma kepada orang Melayu dan membuatkan mereka tidak boleh menerima perjuangan DAP,” katanya menerusi Facebook hari ini.
Nur Jazlan berkata sekiranya DAP benar-benar mengharapkan sokongan orang Melayu melalui kerjasama dengan Umno, maka mereka perlu berani melakukan perubahan besar untuk menjayakan pilihan raya umum ke-16.
Tindakan DAP untuk menamakan calon Melayu dalam pilihan raya, yang telah menjadi penggubal undang-undang, tidak lain adalah langkah kecil untuk “penerimaan” parti itu di kalangan orang Melayu.
“Persoalannya, bolehkah DAP melakukan pengorbanan yang begitu besar untuk survival politiknya?” soalnya yang juga timbalan speaker Dewan Negara.
Fasal II dalam perlembagaan parti DAP menggambarkan Perlembagaan Persekutuan sebagai dokumen sekular dan “rangka kerja sekular sebagai undang-undang tertinggi negara”.
Satu lagi artikel di bawah klausa menggalakkan integrasi nasional juga menggesa parti itu “menyemai semangat kebangsaan dan perpaduan di kalangan semua kaum untuk membentuk identiti bersama Malaysian Malaysia yang bersatu”.
Nur Jazlan berkata beliau diberitahu oleh pengundi di Selangor dan Johor bahawa mereka tidak boleh menerima pendirian politik DAP kerana ia dibuat untuk kepentingan masyarakat Cina.
Katanya orang Melayu tidak mempunyai pandangan yang sama tentang MCA, dengan mendakwa parti itu tidak “ekstrim” seperti DAP, dan Umno adalah kuasa dominan dalam Barisan Nasional (BN).
“Tapi saya lihat pengorbanan besar Umno untuk bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah perlu dibayar dengan harga yang mahal. Umno terus dikecam kononnya bersekongkol dengan sebuah parti atau pakatan yang ekstrim.
“Dalam keadaan landskap politik hari ini, bukan hanya Umno yang perlu berubah tapi semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan juga mesti berubah jika mahu terima oleh orang Melayu.
“Jika DAP masih was-was untuk lakukan perubahan besar seperti mana pengorbanan yang Umno sanggup buat hari ini, saya jangkakan DAP akan terus dipulau oleh pengundi Melayu dan Umno juga akan terus ditolak orang Melayu selagi kami bekerjasama dengan DAP,” katanya.
Nur Jazlan berkata cabaran lain yang dihadapi DAP ialah sokongan PAS yang semakin meningkat di kalangan orang Melayu, yang mungkin membawa kepada senario politik di mana pengundi Cina akan terus mengundi DAP manakala orang Melayu akan beralih taat setia kepada PAS.
“DAP perlu jadi parti yang sederhana dan boleh terus disokong oleh orang Cina dan diterima oleh pengundi Melayu.
“DAP perlu ikut formula kejayaan BN yang sudah terbukti cemerlang selama lebih 60 tahun membela nasib orang Melayu tanpa mengabaikan hak rakyat bukan Melayu,” tambahnya. – 30 Ogos, 2023.
WOIT
KAH KAH KAH
DAP KATA
MEREKA JUGA
BAWA BEBAN
MEMIKUL PENCURI
PERASUAH
KAH KAH KAH
JADI MACAM
MANA ?
NAK KORBAN
SIAPA ?
KAH KAH KAH
KHALAS
BAHASA HIDUP PINJAM MEMINJAM
BAHASA IDUP
PINJAM MEMINJAM
AMIN
SYURGA NERAKA
DOSA PAHALA
ASAL USUL DARI
HINDU SANSKRIT
KHALAS
Unknown commented on
"ISMAIL SABRI DAN
BAHASA MELAYU"
ini cerita mimpi penyu..mana mungkin org2 jawa menerimanya bro..melayu itu adalah melarikan diri bro..seingat gua, ada prof2 siam kata bahasa melayu yg ori hanya la cuma beberapa kerat je, yg lain nya adalah cedokkan dari bahasa lain..apapun kiblat melayu kedua adalah kota london, british..satu part, melayu anti brisih,satu part melayu cinta kota london..bila nak hapuskan perlembagaan british?
PEGAWAI JABATAN AGAMA JUGA DITUDUH
Bekas penolong pegawai JAIM nafi tipu lebih RM154,000
MELAKA – Seorang bekas Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan bagi mendapatkan bayaran balik emolumen berjumlah lebih RM154,000, sejak tujuh tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Anuar Md Zin, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan empat individu untuk mempercayai resit rasmi bagi maksud pembayaran balik emolumen imbuhan tetap perumahan (ITP), elaun bantuan kos sara hidup (COLA) dan sejumlah elaun kakitangan awam (EKA) kerana peletakkan jawatan JAIM-KPM (1/12/2016 – 30/11/2018) keseluruhannya berjumlah RM154,864.40 adalah tulen.
Kesalahan itu dilakukan antara 8 November 2017 hingga 19 Julai 2018 di Pejabat Bahagian Sumber Manusia 2, JAIM dalam daerah Melaka Tengah yang mana mereka tidak akan menyerahkan harta itu sekiranya tidak diperdaya sedemikian.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Melaka, Nur Syakila Yaacob mencadangkan jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan.
Peguam Mohd Nazri Abd Hamid memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya seoeang bapa tunggal kepada tiga orang anak dan perlu menjaga ibu bapanya yang uzur.
Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Hakim Elesabet membenarkan jumlah jaminan berkenaan dan mengarahkan tertuduh melaporkan diri sekali sebulan di pejabat SPRM Melaka.
Mahkamah menetapkan 15 September ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen. –
WOIT
INI BARU
DITUDUH BELUM
DIDAPTI SALAH
AMIN
YANG DAH SALAH
NAK LARI HANYA
NJAIB & ROSMAH
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)




