Jumaat, 6 September 2024
BAHAYA MEDIA SOSIAL
INI NAK TUNJUK
PADA MAK BAPAK
BAHAYA
MEDIA SOSIAL
AMIN
JUSTERU
WAJIB DIKAWAL
WAJIB DI LESEN
KHALAS
RAMAI MASIH TAKUT JALAN MASJID INDIA
Kebimbangan selubungi Jalan Masjid India selepas tragedi wanita 'ditelan bumi'
Komuniti peniaga di Jalan Masjid India yang menjadi tajuk berita media antarabangsa bulan lalu susulan tragedi seorang warganegara India ditelan tanah jerlus di sebuah kaki lima, kini menjalankan aktiviti harian dalam kegelisahan susulan ketiadaan apa-apa tindakan serius daripada pihak berkuasa memastikan peristiwa itu tidak berulang.
Sejak bulan lalu, pemilik perniagaan di kawasan beli-belah nostalgik yang menjadi tarikan pelancong asing ini berdepan kerugian dari segi kewangan, selepas operasi mencari dan menyelamat lebih seminggu yang gagal menemui Vijaya Lakshmi Gali, wanita berusia 48 tahun yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter pada 23 Ogos.
Kini, mereka bimbang bakal mengalami kerugian lebih serius yang tidak dapat diganti dengan wang ringgit, iaitu kehilangan nyawa.
"Sekarang ini memang tunggu masa bila lagi tanah jerlus yang baru akan muncul. Jalan kat sini tak rata, sudah banyak mendapan," peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Hasan memberitahu MalaysiaNow yang melawat kawasan itu minggu ini.
Hasan mempersoalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menurutnya masih belum dapat memberikan jaminan meyakinkan bahawa insiden sama tidak berulang.
"Sampai bila DBKL nak tutup dengan pita sahaja? Ini soal keselamatan," tambahnya.
"Cuba bayangkan kejadian itu berlaku dua atau tiga jam selepas itu, boleh jadi lebih daripada seorang nyawa akan terkorban."
Kegelisahan itu ditambah dengan kemunculan satu lagi tanah jerlus di kawasan sama, berhampiran dengan balai polis.
Tanah jerlus 23 Ogos yang mengorbankan Vijayalakshmi itu berlaku pada pagi Jumaat, hari di mana Jalan Masjid India sesak dengan tumpuan jemaah masjid di mana kawasan sama tragedi itu berlaku akan dipenuhi dengan pejalan kaki.
"Cuba bayangkan kejadian itu berlaku dua atau tiga jam selepas itu, boleh jadi lebih daripada seorang nyawa akan terkorban," kata peniaga Mohamad Shaifudeen, yang juga setiausaha Persatuan Perniagaan Masjid India (Miba).
Miba merupakan antara beberapa kumpulan yang mewakili ribuan peniaga di kawasan itu yang dinamakan sempena Masjid India yang didirikan pada 1883, dengan sejarahnya yang unik, dan kini sarat dengan pelancong yang berkunjung ke restoran, hotel, kedai emas serta gedung tekstil dan serbaneka.
'Mana DBKL?'
Peniaga berkata rungutan mereka mengenai tahap keselamatan di Jalan Masjid India bukan sesuatu yang baru, malah sudah bertahun disuarakan tanpa apa-apa tindakan pihak berkuasa, khususnya DBKL.
Ia termasuk isu penjaja haram yang membuka tapak kedai sehingga menutup laluan kecemasan, pemasangan kabel elektrik yang tidak sah dan cadangan membuka tapak bazar yang lebih tersusun dan selamat.
Rohana Mohammad Nasir, jurucakap Persatuan Peruncit Batu Road (Barra), berkata kehadiran pemimpin politik kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa bagi meninjau usaha mencari dan menyelamat tempoh hari diharapkan memberi peluang kepada peniaga memberitahu sendiri masalah mereka kepada pemimpin kerajaan.
Bagaimanapun, Rohana berkata mereka dihalang oleh pegawai daripada menghampiri pemimpin.
"Adakah itu adil? Jadi, saya buat kenyataan dalam Facebook Fadillah, 'masa PRU nanti jangan cari kami'," Rohana memberitahu MalaysiaNow.
Sebelum ini, Zaliha berkata DBKL akan melakukan pemetaan bawah tanah kajian integriti struktur tanah di ibu kota. Beberapa hari kemudian, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kejadian di Jalan Masjid India merupakan insiden terpencil, malah berkata pihak berkuasa sentiasa melakukan kajian integriti struktur tanah, sambil menambah Kuala Lumpur adalah selamat.
Rohana mendakwa DBKL, yang beribu pejabat hanya beberapa minit perjalanan dari Jalan Masjid India, masih belum menghubungi peniaga bagi membincangkan aspek keselamatan di kawasan itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif sebelum ini berkata pihaknya menjamin keselamatan pengunjung dan pemilik kedai di Jalan Masjid India dengan memasang pengadang di kawasan sekitar lokasi tanah jerlus.
Rohana berkata peniaga pernah berjumpa dengan bekas datuk bandar beberapa kali untuk menyerahkan dokumen mengenai tahap keselamatan yang membimbangkan di kawasan itu, khususnya melibatkan penjaja tidak berlesen yang memasang khemah dan kabel elektrik tanpa kebenaran.
Menurutnya, respons DBKL mengecewakan kerana sekadar memberitahu akan akan menghantar pegawai untuk tinjauan.
"Bila berlaku sesuatu tragedi lagi, apa mereka nak beritahu kepada kami? Bila bangunan dan terbakar dan sebagainya?" soal Rohana.
Shaifudeen berkata tragedi tanah jerlus itu sepatutnya membuka mata pihak berwajib mengenai aspek keselamatan dan menjadi lebih proaktif untuk mencegah sesuatu yang lebih serius pada masa akan datang.
Katanya, Jalan Masjid India bukan semata-mata pusat perniagaan dan membeli belah tetapi juga menjadi tumpuan pelajar di tiga buah sekolah berdekatan, penghuni kediaman dan golongan gelandangan.
Shaifudeen juga berkata aduan dan memorandum yang dihantar tidak pernah mendapat maklum balas.
MalaysiaNow telah menghubungi DBKL untuk mendapat respons terhadap dakwaan itu.
Mendapan
Sehingga kini, difahamkan belum ada sesuatu kajian dari segi saintifik dan kejuruteraan dilakukan khusus di Jalan Masjid India susulan tragedi itu.
Penduduk dan peniaga mempersoalkan sama ada projek River of Life yang berdekatan telah memberi kesan kepada keselamatan Jalan Masjid India.
Projek River of Life bermula di titik pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak di sekitar kawasan Masjid India, dan merupakan usaha besar-besaran menyelesaikan masalah pencemaran Sungai Klang dengan matlamat meningkatkan nilai komersilnya.
Veteran dan peniaga di Jalan Masjid India berkata selama ini kawasan itu tidak mengalami sebarang masalah, tetapi ia berubah selepas projek yang memakan belanja lebih RM4 bilion itu.
Peniaga tekstil Bhavesh M berkata perubahan ketara dapat dilihat pada struktur jalan, di mana jalan tar ditukar kepada jalan batuan selepas projek RoL yang mahu menjadikan kawasan itu mesra pejalan kaki.
"River of Life ini masih lagi baru, tapi boleh lihat sendiri kualiti jalan yang dibuat. Banyak jalan yang tidak rata dan mendap.
"Ini semua hanya tunggu masa untuk jerlus."
Shaifudeen berkata perlu ada penjelasan sama ada jalan batuan itu sesuai digunakan untuk laluan kenderaan berat yang kerap lalu lalang di Jalan Masjid India membawa bekalan barangan.
Katanya keadaan jalan juga dilihat terkesan bukan sahaja oleh penggunaan kenderaan berat, tetapi juga banjir kilat dan air takung.
Pemeriksaan MalaysiaNow di beberapa lokasi mendapati beberapa kawasan tanah mendap dan jalan tidak rata di sekitar Jalan Masjid India.
Tetapi pemilik hartanah dan peniaga di sini tidak mahu menuding jari.
Sebaliknya, mereka berharap tragedi bulan lalu menjadi pencetus kepada perancangan yang rapi di kawasan yang terkenal sebagai nadi kebudayaan ibu kota ini.
"Aunty Lakshmi sudah mengorbankan nyawanya untuk kita buka mata tentang hal ini, jadi jangan sia-siakan pengorbanan beliau," kata Bhavesh.
RAMAI MASIH
TAKUT JALAN
MASJID INDIA
AMIN
KAJIAN UNTUK
SEMUA KL WAJIB
DILAKUKAN
AMIN
JIKA TIDAK KL
AKAN JADI
KUALA LUBANG
AMIN
KHALAS
MENTERI DAP MULA TUNJUK KUASA
Menteri diminta
mohon maaf,
hospital siasat insiden
tempat letak kereta
Pemimpin berpengaruh DAP Nga Kor Ming diminta memohon maaf selepas satu lagi insiden membabitkannya menjadi tular, di mana kenderaan rasmi beliau didakwa diparkir secara tidak sah di pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Ia menimbulkan kemarahan Pemuda MCA, yang meminta menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu memohon maaf kerana berulang kali menimbulkan kesulitan kepada orang awam dengan menyalah guna status menterinya.
NgaKorMing_PPUMGambar kenderaan rasmi Nga di pintu masuk hospital itu (kanan) dikongsi secara meluas di media sosial.
Menurut hantaran yang tular, pemandu kenderaan tersebut enggan mengalihkan kenderaannya apabila diminta berbuat demikian oleh polis bantuan, dan pertengkaran berlaku.
"Ini bukan kali pertama pasukan Nga Kor Ming mengganggu ketenteraman awam. Insiden ini menunjukkan kecuaian Nga Kor Ming terhadap tugasnya sebagai menteri. Beliau perlu mengambil tindakan segera dan meminta maaf secara rasmi kepada orang ramai dan berikrar tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi," kata Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung.
PPUM sedang siasat
Seorang jurucakap PPUM ketika dihubungi berkata pihak hospital sedang menyiasat perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.
Sementara itu, seorang pembantu kepada Nga berkata beliau akan memberikan respons selepas mendapatkan maklumat mengenai perkara itu daripada Nga.
Awal tahun ini, Nga menjadi sasaran serangan selepas tular klip menunjukkan kenderaan rasminya dipandu rapat di belakang sebuah ambulans bagi memintas kesesakan jalan raya.
Jun lalu, Nga terlibat dalam satu lagi insiden di Pulau Pinang apabila 30 tempat letak kereta dikosongkan untuk kegunaan rombongannya yang menghadiri majlis makan tengah hari di sebuah restoran.
Saw menuduh menteri dan pasukannya berulang kali menyalahgunakan keistimewaan menteri.
“Ia bukan sahaja menyalahgunakan sumber awam tetapi juga menunjukkan sikap tidak peduli terhadap peraturan jalan raya, dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
"Sebagai menteri, Nga Kor Ming mempunyai tanggungjawab untuk memimpin melalui teladan, tidak menyalahgunakan kedudukannya atau kuasanya. Bagaimanapun, beliau dan pasukannya berulang kali tidak mengendahkan amaran yang dikeluarkan dan terus melakukan kesalahan dan menjatuhkan imej kerajaan," tambahnya.
BIASALAH
DAH JADI MENTERI
BOLEH TUNJUK
KUASA
AMIN
BOLEH LETAK
KERETA DIMANA
SAJA
AMIN
BARU NAMPAK
ADA KUASA SAMA
MACAM RAJA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)


