Jumaat, 6 September 2024

MENTERI DAP MULA TUNJUK KUASA




Menteri diminta 

mohon maaf,

 hospital siasat insiden

 tempat letak kereta
Pemimpin berpengaruh DAP Nga Kor Ming diminta memohon maaf selepas satu lagi insiden membabitkannya menjadi tular, di mana kenderaan rasmi beliau didakwa diparkir secara tidak sah di pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ia menimbulkan kemarahan Pemuda MCA, yang meminta menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu memohon maaf kerana berulang kali menimbulkan kesulitan kepada orang awam dengan menyalah guna status menterinya.

NgaKorMing_PPUMGambar kenderaan rasmi Nga di pintu masuk hospital itu (kanan) dikongsi secara meluas di media sosial.

Menurut hantaran yang tular, pemandu kenderaan tersebut enggan mengalihkan kenderaannya apabila diminta berbuat demikian oleh polis bantuan, dan pertengkaran berlaku.

"Ini bukan kali pertama pasukan Nga Kor Ming mengganggu ketenteraman awam. Insiden ini menunjukkan kecuaian Nga Kor Ming terhadap tugasnya sebagai menteri. Beliau perlu mengambil tindakan segera dan meminta maaf secara rasmi kepada orang ramai dan berikrar tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi," kata Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung.

PPUM sedang siasat

Seorang jurucakap PPUM ketika dihubungi berkata pihak hospital sedang menyiasat perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Sementara itu, seorang pembantu kepada Nga berkata beliau akan memberikan respons selepas mendapatkan maklumat mengenai perkara itu daripada Nga.

Awal tahun ini, Nga menjadi sasaran serangan selepas tular klip menunjukkan kenderaan rasminya dipandu rapat di belakang sebuah ambulans bagi memintas kesesakan jalan raya.

Jun lalu, Nga terlibat dalam satu lagi insiden di Pulau Pinang apabila 30 tempat letak kereta dikosongkan untuk kegunaan rombongannya yang menghadiri majlis makan tengah hari di sebuah restoran.

Saw menuduh menteri dan pasukannya berulang kali menyalahgunakan keistimewaan menteri.

“Ia bukan sahaja menyalahgunakan sumber awam tetapi juga menunjukkan sikap tidak peduli terhadap peraturan jalan raya, dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Sebagai menteri, Nga Kor Ming mempunyai tanggungjawab untuk memimpin melalui teladan, tidak menyalahgunakan kedudukannya atau kuasanya. Bagaimanapun, beliau dan pasukannya berulang kali tidak mengendahkan amaran yang dikeluarkan dan terus melakukan kesalahan dan menjatuhkan imej kerajaan," tambahnya.

BIASALAH

DAH JADI MENTERI

BOLEH TUNJUK

KUASA

AMIN

BOLEH LETAK

KERETA DIMANA

SAJA

AMIN

BARU NAMPAK

ADA KUASA SAMA 

MACAM RAJA

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah berapa kali ini geng chin peng buat hal...

Tanpa Nama berkata...

Ya betul, ada orang letak meja atas jalan, ada orang meniaga atas jalanraya pun tak ada apa-apa, kalau parking sekejap tepi jalan terus disaman terus ditarik terus diikat rantai besi, ini kerja-kerja terpilih hanya oleh orang-orang berkuasa, terpilih kepada yang lemah, yang tidak dapat melawan, yang hanya akur, manakala taiko besar gelang besar rantai besar dibiarkan penguatkuasaan undang-undang, kah kah kah kalau kita buat tutup mata tutup aurat kalau orang lain memang nampak sangat kan?? Pendakwah terpilih khas memang ramai peminat tegar ramai lagi syukur alhamdulillah Malaysia masih aman tenteram sejahtera

Tanpa Nama berkata...

Ujian tapisan ada kuasa x ramai yg lepas syok enjoy dgn kuasa ramai yg inginkan nak tau lebih lanjut p terus jumpa yg ada kuasa eksekutif kewangan khazanah syoknya mcmna? Kahkahkah ramai yg sindir