Selasa, 10 Mac 2026

TURUN TURUN TURUN


DEMO

TOLAK PERANG

JUMAAT 13/3/26

KHALAS





DUNIA HURU HARA


BILA DUNIA

 HURU HARA

ADA PELUANG 

DIRIKAN NEGARA

BENTUK BARU

KHALAS


Unknown commented on "PAGI INI"

Nampak sangat perangai buruk orang kita seperti TT ini, setiap masa memikirkan keburukan kejahatan songsang kepala otak songsang jugak, kalau orang baik, dia memikirkan kebaikan, bagaimana membawa keamanan, bukan kacau bilau, dah lah seorang meniti kehidupan dengan anjing haram,. perangai haram juga, kah kah kah

jangan terasa TT sebabnya ramai lagi penyokong awak di luar yang tiada pekerjaan tetap, mencari rezeki dengan putar belit, kenyataan songsang, fitnah tohmahan terhadap manusia yang ada juga buat kebaikan kepada orang lain, bukan macam awak, 

tidak menyumbang apa-apa kebaikan hanya kebencian hanya menjadi penghasut yang tidak berguna langsung kepada bangsa agama mahupun negara, jauh sekali membayar cukai atau menolong sesiapa, cuma mengambil peluang kategori sama macam Zamri Vinoth anak lelaki Kalimuthu kah kah kah

SAPA DI BELAKANG RANCANGAN JAHAT INI ?


SAPA DIBELAKANG

RANCANGAN INI?

JENG JENG JENG

KHALAS 

PADAN MUKA TRUMP


KENYATAAN

KERAS DARI

ISLAMIK REPUBLIK

IRAN

AMIN

PADAN MUKA

TRUMP

KAH KAH KAH

PADAN MUKA

SETANYAHU

AMIN

BOM BOM

TEL AVIV

KHALAS 



Iran jawab Trump - Kami yang tentukan bila perang berakhir

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan bahawa pihaknya yang akan menentukan bila perang dengan Amerika Syarikat (AS) berakhir’ Ia sekali gus menolak kenyataan Presiden AS Donald Trump semalam bahawa perang akan "tamat tidak lama lagi."

"Kamilah yang akan menentukan pengakhiran perang ini," kata IRGC dalam satu kenyataan yang dipetik oleh stesen televisyen AlJazeera.

"Persamaan dan status masa depan wilayah ini kini berada di tangan angkatan tentera kami; tentera Amerika tidak akan menamatkan perang ini," tambah kenyataan itu lagi.

IRGC turut memberi amaran bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk melumpuhkan laluan perdagangan tenaga global jika serangan ke atas kedaulatan negara itu diteruskan.

"Tehran tidak akan membenarkan walau seliter minyak pun dieksport keluar dari rantau Teluk sekiranya serangan AS-Israel berterusan," kata mereka.

Ancaman itu merujuk kepada kedudukan strategik Iran yang menguasai Selat Hormuz — laluan kritikal yang mengendalikan hampir satu perlima daripada bekalan minyak mentah dunia.

Sebarang gangguan di laluan ini dipercayai akan mencetuskan kejutan ekonomi dan lonjakan harga bahan api global secara drastik.

Evolusi serangan: Kepala peledak satu tan

Dalam perkembangan yang lebih membimbangkan, agensi berita melaporkan Komander Pasukan Aeroangkasa IRGC, Brigedier Jeneral Majid Mousavi, mengumumkan perubahan doktrin serangan peluru berpandu Iran.

Menurutnya, era penggunaan senjata ringan sudah berakhir.

Antara intipati pengumuman Mousavi termasuklah:
  • Peningkatan frekuensi: Iran akan melancarkan peluru berpandu dengan kekerapan yang lebih tinggi.

  • Kuasa pemusnah: Semua peluru berpandu akan dilengkapi kepala peledak seberat minimum satu tan.

  • Radius serangan: Jangkauan serangan akan diperluas merentasi sasaran strategik baharu.

Laporan daripada Iran International sebelum ini mendedahkan bahawa peluru berpandu Iran dengan peledak seberat beberapa ratus kilogram sudah cukup untuk meruntuhkan bangunan di Tel Aviv.

Penggunaan peledak seberat satu tan menandakan peningkatan keupayaan pemusnah yang jauh lebih dahsyat.

Pertembungan naratif Tehran-Washington

Di Florida, Trump sebelum ini mendakwa Iran kini berada di ambang kelumpuhan ketenteraan dan hampir kehilangan semua keupayaan tempurnya. Bagaimanapun, IRGC menolak naratif tersebut sebagai propaganda semata-mata.

Pihak IRGC menegaskan bahawa mereka masih mempunyai keupayaan penuh untuk memperluas skala peperangan dan tidak akan sekali-kali tunduk kepada tuntutan "penyerahan tanpa syarat" yang didesak oleh pentadbiran Trump.

Kenyataan ini juga dilihat sebagai manifestasi sokongan padu IRGC terhadap Pemimpin Agung baharu, Ayatollah Mojtaba Khamenei, ketika demonstrasi kesetiaan terus diadakan di seluruh negara.

Situasi di Teluk kini dilaporkan semakin tegang dengan kapal-kapal tangki minyak mula membatalkan laluan atau menangguhkan pelayaran, mencerminkan kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kemungkinan sekatan maritim oleh Iran.


RAFIZI BERTANYA !!!


PASAI APA

ANWAR 

BIN IBRAHIM

PERTAHANKAN

AZAM BIN BAKI?

KHALAS 

PROJEK TRUMP GAGAL MELESET


PROJEK TRUMP

GAGAL

KAH KAH KAH

YANG MINTA 

BERHENTI 

PERANG

ISRAEL

AMIN

KERAJAN IRAN

MASIH KUKUH

AMIN

TEL VIV

BOM BOM

AMIN

RUDAL RUDAL

PELURU BERPANDU

IRAN TERUS

MENYERANG

KHALAS 


'Perang dengan Iran akan tamat tidak lama lagi' - Trump


DUBAI/JERUSALEM/DORAL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam meramalkan perang di Asia Barat mungkin akan berakhir tidak lama lagi, walaupun kelompok haluan kanan Iran mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin tertinggi baharu negara itu, Mojtaba Khamenei, sebagai isyarat negara itu tidak bersedia untuk berundur dalam masa terdekat.

Isyarat berbeza itu menyebabkan pasaran berdepan turun naik mendadak, dengan harga minyak melonjak selain pasaran saham menjunam sebelum kembali meningkat susulan kenyataan Trump serta laporan kemungkinan pelonggaran sekatan terhadap sektor tenaga Russia.

Mojtaba, 56, adalah ulama Syiah yang mempunyai pengaruh dalam kalangan pasukan keselamatan serta empayar perniagaan besar.

Bagaimanapun, Trump sebelum ini menolak Mojtaba dengan menyatakan beliau 'tidak layak' dan menegaskan Washington perlu memberi kelulusan terhadap mana-mana calon, selain menuntut Iran menyerah tanpa syarat.

Trump berkata, perang akan berterusan sehingga Iran 'ditewaskan sepenuhnya dan secara muktamad, namun meramalkan ia akan berakhir tidak lama lagi.

"Ia akan selesai dengan agak cepat. Kita sudah menang dalam banyak cara, tetapi kita belum menang secukupnya," katanya kepada ahli perundangan parti Republikan.

Bagaimanapun, Trump tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana kemenangan dalam perang itu akan dicapai.

Media kerajaan Iran menyiarkan rakaman orang ramai berhimpun dalam skala besar di beberapa bandar bagi menyatakan sokongan kepada pemimpin baharu itu sambil mengibarkan bendera Iran dan memegang potret bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi yang terbunuh dalam serangan Israel pada hari pertama perang terbabit.

Di Isfahan, stesen televisyen kerajaan melaporkan bunyi letupan berhampiran yang dipercayai akibat serangan udara ketika penyokong setia pemimpin Iran itu berkumpul di Dataran Imam yang bersejarah, melaungkan 'Allahu Akbar' di bawah pentas yang memaparkan potret Allahyarham Khamenei dan Mojtaba Khamenei.

Sebagai isyarat untuk meneruskan perang, tentera Iran berkata, ia akan meningkatkan serangan peluru berpandu.

Ahli politik dan institusi negara mengeluarkan ikrar taat setia kepada pemimpin tertinggi baharu itu, yang menurut media kerajaan Iran, isteri, anak lelaki dan ibunya turut terbunuh pada permulaan serangan udara AS-Israel.

"Kami akan mematuhi ketua angkatan tertinggi sehingga titisan darah terakhir," menurut kenyataan Majlis Pertahanan.

Rakyat Iran yang dihubungi melalui telefon memberikan reaksi berbeza dengan penyokong pihak berkuasa menyambut baik pelantikan itu sebagai tanda penentangan, manakala pihak yang menentang bimbang ia akan memusnahkan harapan mereka untuk perubahan.

"Saya sangat gembira beliau menjadi pemimpin baharu kami. Ia satu tamparan kepada musuh kami yang menyangka sistem ini akan runtuh selepas pembunuhan bapanya. Perjuangan pemimpin kami yang telah meninggal dunia akan diteruskan," kata pelajar universiti dari Tehran, Zahra Mirbagheri, 21.

Ramai rakyat Iran pada awalnya meraikan kematian Allahyarham Khamenei, beberapa minggu selepas pasukan keselamatannya mengakibatkan kematian ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan dalam pergolakan domestik paling buruk sejak era Revolusi Iran 1979.

Bagaimanapun, sejak tercetusnya perang, hampir tiada tanda demonstrasi jalanan bagi menentang kerajaan diteruskan, ini berikutan kumpulan aktivis bimbang akan keselamatan mereka susulan serangan AS-Israel.

"Pasukan elit Pengawal Revolusi Iran dan sistemnya masih kuat. Mereka mempunyai puluhan ribu anggota yang bersedia berjuang untuk mengekalkan rejim ini. Kami, rakyat biasa, tidak mempunyai apa-apa," kata Babak, 34, seorang ahli perniagaan di bandar Arak yang meminta nama keluarganya dirahsiakan.

Dalam pada itu, Israel berkata matlamat perangnya adalah untuk menjatuhkan sistem pemerintahan ulama di Iran.

Pegawai AS pula kebanyakannya menyatakan matlamat Washington adalah untuk memusnahkan keupayaan peluru berpandu dan program nuklear Iran, namun Trump berkata, perang hanya boleh berakhir sekiranya kerajaan Iran bersetuju untuk memenuhi kehendak Washington.

Israel turut berkata, pihaknya akan membunuh sesiapa sahaja yang menggantikan Khamenei, melainkan Iran menamatkan dasar permusuhannya.