Rabu, 3 Ogos 2011

SELAMAT BERBUKA PUASA




HARI KETIGA


hari ke tiga
senang dan santai

seperti telah berjanji dengan alam
seperti telah berjanji dengan awan
seperti telah berjanji dengan matahari
seperti telah berjanji dengan angin
seperti telah berjanji dengan unggas

awan pun mengembang
matahari menguncup sinar
angin bertaburan meniup
unggas unggas terus menyanyi

aku dibilik melihat waktu
melihat masa berjalan meninggalkan hidup

lalu aku teringat
kasut kasut raya yang telah aku pakai
lalau aku teringat
baju baju raya yang telah aku sidai
lalu aku teringat
kekasih kekasih yang telah aku tinggalkan
lalu aku teringat
kota kota yang aku tiduri

lalu aku teringat
ayah dan bonda
yang tidak ada lagi di dunia ini

lalu aku sedar
masa yang berjalan
lalu aku sedar
waktu yang tidak menunggu


nota:
aku hanya memanaskan gulai kelmarin
tidak membeli apa apa
aku hanya memanaskan kueh kelmarin
yang sejuk di dalam frigo

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penduduk Warganegara kita setakat ini dianggarkan 28.3 juta orang.

Saya mengatakan jika jumlah pelayar tukartiub sudah mencapai angka 28.3 juta, mungkin di saat itu kita sedang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat di peringkat Pusat insyaallah...

Mince4AM berkata...

gulai semalam la power bos!

DatoPidi berkata...

salam sahabat,

hang pung dah mcm tokey restoren eeee, main panas2x je.

p/s - aku ingat aku sorg je. lauk masak lomak ayam samo robong yg mak den buek maso balik kg bersahor kelmarin pung den suruh wife reheatkan

Tanpa Nama berkata...

selamat berjuang TT

Tanpa Nama berkata...

Itu namanya puasa "out of the box", tak payak berbuka dengan lauk-pauk penuh di meja seperti kebanyakan para pempuasa, baik yang kaya mahupun yang miskin, baik dari orang terpelajar ataupun yang bangan. Ramadan dalam bahasa Arabnya membawa erti satu senario 'panas' yang bererti jika kita berjaya melalui puasa itu, berjaya mengatasai persekitar yang luar biasa maka kita sepatutnya menjadi nausia yang lebih mantap dari banyak aspek karakter termasuk nilai rohaniah, maknanya kita melepasi satu ujian, bukan ujian lapa dan dahaga saja seperti mereka yang berjaya melepasi tahanan ISA atau EO dan masih tidak berubah dengan pegangan atau prinsip perjuangannya. Kalu gagal jadi macam Kassim Ahmad, Chandra Muzaffar dan ramai lagi, menjadi pembodek pemerintah yang korap.
TT you hidup simple dan tidak termakan dengan himbauan komersialisme atau kebendaan termasuk dalam amalan berpuasa. You pasti berjaya dan mendapat hikmah puasa sebenarnya. Menjadi insan yang melawan kebatilan dan kepura-puraan hidup.

Tanpa Nama berkata...

aku hanya memanaskan gulai kelmarin
tidak membeli apa apa
aku hanya memanaskan kueh kelmarin
yang sejuk di dalam frigo..
kah..kah..kah...
jgn jd restoran eeee TT oi....
kah..kah..kah...
xpe,bersederhana dlm smua hal..

freeman berkata...

surah al asr. baca dan teliti ayat2 surah yang amat pendek ini seperti pendek juga umur kita. moga ramadan kali ini penuh makna.

Tanpa Nama berkata...

catitan puasa TT. keep it up. sambil tibai gerombolan, update jurnal ramadan!

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

Simple and nice poem.

Take care TT, we are need you,

Mohd Khairul Anwar berkata...

Aku selalu ajar pelajarku, dalam iftar kurangkan aneka juadah di meja.

Biarlah komersialisme yang merangsangkan WANT dilupakan.

Di mejaku cuma ada pecal, kerabu mangga dari lamanku dan ikan parang RM4 800g segar dari Laut China Selatan. Anakku yang baru belajar berpuasa pun berselera.

Sepatutnya bulan puasa kita semakin malas berbelanja.

Melayu mudah lupa.

botak berkata...

aku menjadi sayu
bila terbaca sajak sang pejuang
ya Tuhan
berilah rahmat pada tubuh badan
insan bernama hisham...amin..

MISAIMERAH berkata...

TT anak yatim piatu tapi bukan anak Rais Yatim ha ha.Semoga puasa kita semua diterima Allah SWT.

mek berkata...

'lalu aku teringat
ayah dan bonda
yang tidak ada lagi di dunia ini'

tt, nice one.
kita sama2 yatim piatu.
ambo berbuka ikan goreng & ulam pucuk ubi.

Unknown berkata...

selamat berjuang menjatuhkan kezaliman dan bincat..wakakakakaka

mb berkata...

isham janggut,
kau nak makan apa kasitau, aku beli,
atau nak ajak berbuka, call je aku

- yg letak nama utk concerto l'uomo, tapi tak datang2 practice

Tanpa Nama berkata...

bro! saya sarankan goreng pekasam, bulan puasa ni pekasam aku tak mis tahan lama plak tu bleh ulang goreng dan menaikkan selera kalau kena waktu sahur..salut lu bro..

Tanpa Nama berkata...

klasik TT.. aku tunggu next haiku pulak lepas ni.. mesti penuh tanda tanya..

apasal hah bila baca ko punyer ayat2 puitis ni terlalu banyak pulak persoalan timbul.. memang babi betul.. rawk..

Mamak Bangla berkata...

Dulu bagi keahlian UMNO kepada Mamak. Sekarang bagi kerakyatan kepada Mat Indon & Mat Bangla.

Baguslah bagi kerakyatan kepada orang Indonesia & Mat Bangla.

Bila orang Indonesia sudah jadi majoriti, Malaysia tidak perlukan Sultan Raja Gopal lagi. Malaysia akan jadi sebuah REPUBLIK macam Indonesia.

Jadi mengapa Presiden UMNO belum lagi didakwa cuba melawan Agong?

Tanpa Nama berkata...

aku terpandang tian chua bersongkok dan berbaju melayu
aku tertoleh sahrizat bertudung litup....

nikmat ramadan terlalu banyak...
berdoalah,mohonlah...

jauhlah kita dari gerombolan dan sekutunya....