Jumaat, 30 November 2012

BERITA YANG MENYAKITKAN HATI BANI MELAYU



KOMENTAR TUKAR TIUB
satu lagi langkah tersususn
satu lagi streteji di pasang
memang dirancang 
memang di atur
untuk himpunan bani melayu



Naib Ketua Wanita Umno Semporna sertai PKR
RUZY ADILA IDRIS
30 November 2012
PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan  itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.

"Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.

"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.

"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.

Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.

"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.

"Saya cuma ingin menasihatkan kepada pemimpin Umno untuk menghentikan segala fitnah dan  jadilah pemimpin yang telus," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, suami Kalasahan, Ab Habi Mustapha yang juga ahli jawatankuasa Umno Semporna  mendakwa, Shafie selaku Ketua Bahagian juga gagal memikirkan masalah rakyat dan negara.

Beliau mendakwa, perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Semporna begitu serius tertutamanya wujud beberapa cawangan Umno dalam satu kampung.

"Bayangkan dalam sebuah kampung itu, ada 17 cawangan Umno. Ada yang ada tiga cawangan.

"Dari segi ekonomi pula, jawatankuasa bahagian tidak ada langsung perancangan untuk membasmi kemiskinan membabitkan penduduk kampung," katanya yang telah meletak  jawatan dan umum keluar Umno pada 17 November lalu dan menyertai PKR.

AB. Habi menambah, lima hari sebaik beliau mengumumkan keluar dari parti itu, beberapa media melaporkan yang dia telah dipecat dari Umno.

"Untuk apa kata saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno lebih awal.

"Ini menunjukkan kerakusan beberapa pihak yang tidak habis-habis," katanya lagi.

Ketika ditanya mengapa memilih PKR, Ab. Habi berkata, beliau yakin parti itu benar-benar memperjuangkan hak rakyat.

"Dasar yang diperjuangkan amat jelas dan tidak memfitnah sana-sini," jelasnya lagi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...KESIAN BANI MELAYU.... kah kah kah..
kah kah kah...KOKOK BERDEKAH DEKAH.... kah ah kah..
kah kah kah.... SOKONGAN DI SABAH TELAH PECAH... kah kah kah..
kah kah kah... KOKOK BERDEKAH DEKAH.... kah kah kah..
kah kah kah.... SATU MALAYSIA  TENGOK NAK MUNTAH.... kah kah kah..






----

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1. semalam, itu wakil ulul almari cakap parti sudah 'pulih'.

2. jadi Cua Sok Leak ialah ulul amri BN?? wajib taat tuh!

Tanpa Nama berkata...

Cakap berdekah-dekah, habok pun takda, tapi taik melekat kat spenda sebab tak sempat nak basuh. Tak sempat basuh sebab geng gerombolan dah cabut lari akibat Sabah dah ubah.kah..kah..kah. Ini kalikah! kah..kah..Kah.
Cakap berdekah-dekah tapi diri sendiri yang takut sebab Sungai Buloh sudah kata mari!Kah..Kah..Kah..

DIDI KOTA BELUD berkata...

LUMPAT SI KATAK LUMPAT,LUMPATLAH TINGGI TINGGI.CEPATLAH ADIK CEPAT,KITA BAGI PAKATAN UNDI....macammana si pedal pop nak urus semporna....awek kat semenanjung cantik cantik...apa kelas layan awek semporna.....orang semporna semua kena budu budu...kalau marah..ada pedal pop kesah...satu kali lagi....LUMPAT SI KATAK LUMPAT,LUMPAT SAMPAI ATAS ATAP,KAMU INGAT SI PEDAL AMBIL POT,PANDAI PANDAILAH KAMU HIDUP.......???!!!