Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 30 November 2012

BANI MELAYU HILANG AKAL - BANI MELAYU TAK TAHU APA NAK BUAT






KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca ketiga-tiga berita ini
berita ini lahir dar mulut ketuan gerombolan bani melayu
yang sedang bersidang

apa makna berita ini?

berita ini memberi makna
bahawa pakatan rakyat telah sampai
ke tahap untuk mengambil alih kerajaaan

kalau dulu pakatan rakyat hanya dilekeh dan dikutu
dalam perhimpunan bani melayu
tetapi kali ini semuanya berubah

ucapan ketua gerombolan bani melayu
ucapan  ini  dari satu sudut ditujukan pada ahli bani melayu
tetapi dari strateji media isi ucapan  ketuan gerombolan ini
adalah untuk semua melayu  warga malaysia
 tetapi bukan dari bani melayu



BERWASPADA!
semua rancangan untuk menipu undi telah dipasang
semua rancangan untuk memastikan 
bani melayu terus berkuasa telah siap

ombak rakyat kian jelas
semuanya memihak kepada pakatan rakyat
bani melayu semakin di pencil
bani melayu semakin diketepikan

tetapi mereka akan menang dalam pru13 ini
walau pun undi datang untuk pakatajn rakyat
ini kerana suruhan jaya pilihan raya adalah barua bani melayu

spr ini telah mengatur
spr ini telah menyusun
pelbagai bentuk peraturan
pelbagain bentuk undang kecil
hinggakan pilihan raya ini menjadi satu sistem yang kebal

adalah di maklumkan bahawa bani melayu 
secara resmi telah lama nazak
justeru yang di lawan oleh pakatan rakyat  dalam pru13 ini
BUKAN bani melayu
BUKAN united malays national organisation dan kuncu kuncunya
TETAPI satu sistem yang diwujudkan khusus untuk menipu
khusus untuk memastikan pakatan rakyat akan gagal untuk mengambil alih pentabiran
akan digagalkan ke purtajaya

MAKA
anak anak muda
semua warga anak segala bangsa
kita turun ke kuala lumpur
pada 12 januari 2013
menuntut 8 tuntutan bersih di tunaikan
sejuta kita berhimpun
sejuta kita menuntut



BERITA

Jangan Ambil Risiko Buat "Uji Kaji" Pada PRU13 - Abdul Rahman Dahlan
KUALA LUMPUR: Rakyat, khususnya orang Melayu dan bumiputera, diingatkan agar tidak mengambil risiko dengan menjadikan pilihan raya umum ke-13 sebagai 'uji kaji'.
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat perlu mengamalkan politik yang cerdik dan matang serta tidak memperjudikan masa depan negara di tangan pembangkang.
"Secara ringkas kita hanya ada dua pilihan...sama ada kita akan bekerja kuatkekalkan kuasa dan berlaku adil kepada orang lain seperti kita buat selama ini,ataupun kita leka serahkan kuasa kepada orang lain dan kita berdoa orang lainberlaku adil kepada kita," katanya ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012, di sini Khamis.


Rakyat Malaysia Mesti Berhati-hati Buat Pilihan
KUALA LUMPUR: Peringatan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Malaysia supaya tidak menggantikan kerajaan Barisan Nasional dengan entiti lain yang belum tentu kemampuannya, turut mendorong penduduksebuah negara jiran menasihatkan rakan-rakan Malaysia mereka supaya berhati-hatidalam menentukan masa depan mereka.
Beberapa profesional ini menggunakan Facebook untuk berkongsi pandangan mereka mengenai perkembangan politik di Malaysia, berdasarkan tindakan pakatan pembangkang yang berusaha menumbangkan kerajaan yang ada pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan bila-bila masa.
Pesanan itu berbunyi: "Hati-hati buat pilihan, jangan menyesal dan terasakesusahannya macam kami sebagai minoriti di sini, nak praktikkan (amalkan) agamasendiri pun banyak batasnya."

BERITA

Ingatan Jangan Tukar K'jaan Bukan Untuk Takutkan Rakyat - Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak memberi peluang kepada pakatan pembangkang untuk memerintah negara, bukan bertujuan menakut-nakutkan mereka.
Beliau berkata pelbagai kepincangan pentadbiran di negeri di bawah pembangkang menjadi bukti mereka tidak berupaya membentuk kerajaan yang mantap untuk meneruskan agenda pembangunan negara.
"Peringatan Perdana Menteri tentang perkara ini bukan untuk menakut-nakutkan. Kita tak boleh perjudikan masa depan negara hanya kerana kita nak mencuba.
"Ini bukan masa depan kita sahaja tetapi juga melibatkan masa depan anak-anak kita," katanya mengulas ucapan dasar Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini Khamis.



-----

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg ada dh berkarat ibarat kereta tua yg patut ditukar baru...yg lebih selesa dan selamat///insyaallah

Tanpa Nama berkata...

orang dulu yang buat mintol yg kita guna hari ini, telah buat ujikaji beratus2 kali sebelum dapat menghasilkan mintol. Klu tak buat ujikaji tak dapek la kita bermintol sampai hari ni.

Budak dua beradik yg buat kapal terbang dulu tu, ambik risiko test besi terbang yg dia buat. Ambik risiko puluh2 kali beb. Klu budak tu tak ambik risiko dulu, hari ni kita pegi mekah naik unta lagi beb!

Peniaga & pengilang pun buat R&D, buat ujikaji ratus2 kali untuk hasilkan barang berkualiti. Kalu tak, sori le kilang nak maju dan dapat besaing. Lingkup adalah.

Sebab tu, nak bina kerajaan yang mantap pun kita kena buat ujikaji, kita kena berani ambil risiko. Klu tak berani ambik risiko atau tak mau buat ujikaji untuk pilih yg lebih baik; baik kita duduk dalam gua sepanjang masa.

Buatlah ujikaji. Beranilah ambik risiko. Buatlah R&D. Klu yg ini tak baik, kita tukar dgn yg itu. Klu yg itu tak baik jugak, kita tukar lagi dgn yg ini. Ini baru betul!!

Errrrrr.... pusat kordinat 112 tu kat mana bro? Tak ada sebut pon!!

DIDI KOTA BELUD berkata...

apa yang umno boleh buat kalau pakatan rakyat menang...APA...?!!!....ini soal EKONOMI......negara maju sebab ekonomi,rakyat pilih umno sebab ekonomi dan terbukti kamu umno curang dalam menjaga ekonomi kami.kami jadi sesak nafas,lumpuh anggota dan tumpul kepintaran...kerana kamu kami jadi begini dan kamu masih mahu menagih sesuatu dari kami berupa sokongan.kamu ingat kami ini gandum,katak, bahan ujikaji tentera atau hamba. UNTUK UMNO...INI BUKAN UJIKAJI KAMI...R N D KAMU TELAH GAGAL DAN KAMU MAHU MENIPU KAMI MELALUI SPR.PUAK UMNO...BELAJAR BELAJAR LAH PAKAI KERETA KANCIL,ISWARA ATAU NISSAN SUNNY 130 I KERANA UNTUK TEMPOH 100 TAHUN NI, ITULAH KENDERAAN RASMI KAMU SETIAP HARI.?!!!

anz remy berkata...

Abu...dgn RnD dpt hasilkn enovasi yg baru...adkh kita nk ddk dtakok lama lg..huu.huuu..mungkin tidak....aslkn bkn umno